March 30, 2012

Siri 17: Apa Beza Dato’ Dandut Berkaraoke dengan Orang Lain Berkaraoke?.

Selain daripada misinya untuk mencari populariti politik peribadi melebihi daripada aspek pembangunan pelajar yang sepatutnya menjadi keutamaannya, DD… juga dilihat begitu menggilai karaoke. Sekali lagi penulis ulangi pendirian yang pernah dinyatakan sebelum ini. Kalau DD… tidak memegang jawapan TNC HEPA dan berkuasa memutuskan dasar di UPSI, tentu sekali penulis tidak akan mengulas isu peribadi beliau.

Penulis sama sekali tidak akan memperdulikan pusat karaoke mana yang DD… kunjungi, kerana itu adalah hak peribadi beliau. Cuma apabila DD… orang yang berkuasa di UPSI, penulis terpaksa menyebutnya kerana dua sebab. Sebab pertama setiap kali DD… mengunjungi pusat karaoke dia telah membazirkan beberapa banyak duit universiti. Bayangkan satu malam beliau berkunjung ke pusat karaoke dengan menggunakan pemandu universiti. Penulis dikhabarkan seawal-awalnya pukul 12 malam dan boleh berlanjutan sampai jam 3 pagi baru DD... meninggalkan pusat karaoke. Pembaca boleh mengira berapa banyak elaun lebih masa yang perlu dibayar kepada pemandu universiti yang bertugas menunggu kepulanagan DD…

Dalam hal ini, penulis benar-benar kagum dengan pendirian semua pemandu universiti yang tidak sanggup bersekongkong dengan DD… kerana mereka tahu tuntutan elaun yang dibuat ketika menunggu DD… berkaraoke bukanlah urusan rasmi universiti. Sekali lagi saya menyeru kepada Unit Audit Dalam untuk menyiasat perkara ini, kerana penulis dikhabarkan semua pemandu yang membawa DD… mempunyai dua catatan berbeza. Catatan pertama adalah dalam buku log kenderaan universiti dan catatan kedua adalah di dalam buku catatan peribadi yang mencatatkan tempat sebenar yang dikunjungi oleh DD… Mungkin sebahagian daripada salah laku ini telah dilaporkan oleh pengerusi Persatuan Pekerja Am Universiti kepada pendaftar tempoh hari.

Penulis juga terpaksa mengulas isu ini kerana perasaan malu kepada masyarakat setempat hasil daripada kegilaan DD… untuk berkaraoke tanpa rasa segan dan malu. Kalaulah tidak malu pada Allah, malulah pada manusia yang menilainya sebagai seorang yang menerajui pembangunan kerohanian pelajar di UPSI. Benarlah peringatan Rasulullah saw: “Apabila diserahkan sesuatu urusan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah kehancurannya”. Penulis masih ingat betapa malunya warga UPSI apabila keghairahan berhibur pada era 2005-2007 menjadi isu yang dikhutbahkan di Mimbar Masjid Jamek, Tanjong Malim. Apakan tidak, program hiburan yang dianjurkan di UPSI tidak lagi memperdulikan waktu azan dan waktu orang sedang berwirid. Wahai saudaraku warga UPSI, sanggupkah kalian untuk sekali lagi dikhutbahkan di mimbar yang sama?

Sekurang-kurangnya penulisan ini akan menjelaskan kepada masyarakat di luar sana bahawa tidak semua pelajar dan kakitangan UPSI yang gilakan hiburan. Masih ramai lagi jiwa-jiwa yang cintakan benaran di UPSI yang bertuah ini. Juga masih wujud insan-insan yang cintakan Islam dikala wujudnya sekelompok manusia yang ingin bersihkan Islam di UPSI ini.

Jika orang lain berkaraoke menghabiskan duit sendiri, tetapi DD… berkaraoke menghabiskan duit universiti, itulah hebatnya DD… nak dibandingkan dengan orang lain. Dan itulah bezanya antara karaoke DD… dan karaoke juaknya yang lain. Nantikan siri seterusnya dengan tajuk pendekatan DD… bagi memastikan calon tajaanya memenangi pemilihan MPP.

No comments: