March 14, 2012

Siri 13: Apa Beza Antara Demontrasi Anjuran Adam Adli dengan Demotrasi Anjuran DD…?

Dalam kepeningan pengetua kolej kediaman untuk mencari jawapan kepada pendedahan UPSIKINI berhubung beberapa perilaku yang tidak boleh dinafikan kebenarannya. Sekali lagi mereka menerima arahan daripaada DD… melalui sms:

“Saya mohon semua Pengetua mencari pimpinan pelajar 40 orang setiap kolej untuk dibawa ke KPT pd 21 Dis Rabu jam 2 pm (di KPT). Bertolak UPSI jam 11 pagi. Bagi menyatakan sokongan padu UPSI kepada pimpinan YAB PM Malaysia. Semua IPTA dan alumni akan bersama-sama kita di sana. Sila koordinasikan dgn En Muzamil HEPA. Tnc hepa.”

DD… tidak perlu terkejut bagaimana penulis boleh mendapat SMS yang dihantarkan kepada pengetua kolej, untuk makluman DD… penulis mempunyai beberapa pemberi maklumat “dalam kain DD…” dan “kelas pertama”. Ini kerana bagi memastikan pendedahan yang dilakukan adalah benar seratus peratus, tiada unsur-unsur fitnah. Sekali lagi penulis tegaskan, PENULIS TIDAK AKAN MENYERANG PERIBADI DD… DAN JUAK-JUAK KECUALI YANG MELIBATKAN SALAH GUNA KUASA DAN PENYELEWENGAN DI UPSI.

Berbalik kepada sms yang dihantar DD… kepada juaknya di kolej kediaman. Pada pandangan penulis, sms tersebut merupakan salah satu daripada sms-sms pembohongan yang dihantar oleh DD… kepada juak-juak pengetuanya. Penulis katakan begitu kerana hujah-hujah berikut:

1. Jika benar demontrasi itu dianjurkan untuk memberikan sokongan kepada PM. Kenapa memilih destinasi KPT, bukan pejabat PM? Sudah tentu ada tujuan lain demotrasi itu diadakan.

2. Jika benar demontrasi itu dibuat sebagai sokongan UPSI kepada PM. Soalnya kenapa melibatkan IPTA lain dalam demontrasi tersebut. Ternyata ada agenda tersembunyi??

3. Akhirnya terbongkar kisah sebenar bahawa demontrasi tersebut diadakan bertujuan mendesak Timbalan Menteri KPT meletak jawatan, sebagaimana dilaporkan oleh media perdana pada hari tersebut dan keesokan harinya.

Wah! hebat sungguh penipuan DD… dan jauk-juaknya. Yang paling teruk rasa tertipu adalah kalangan pemimpin pelajar yang dikerah untuk meninggalkan kelas dan menghadiri demontrasi tersebut dengan paksaan dan tipu daya. Penulis ada terdengar khabar, ada pengetua yang begitu marah kepada JMK di kolejnya yang enggan menghadiri demontrasi tersebut lantaran terlebih dahulu dapat mengesan tipu daya pengetuanya, akibatnya sehingga hari ini JMK itu “digantung tidak bertali” dari jawatan JMK.

Adakah DD… tidak dianggap memalukan nama baik universiti apabila menganjurkan demontrasi untuk menuntut Timbalan Menteri KPT meletak jawatan. Sedangkan dia sendiri baru sahaja dilantik sebagai TNC oleh KPT pada ketika itu. Maksudnya DD… menganjurkan demontrasi untuk melawan bosnya sendiri. Lantaran bosnya dilihat melayan setiap pelajar IPT secara adil tanpa melihat kepada fahaman politik yang dianuti. Penulis yakin orang seperti DD… tidak akan boleh membezakan antara tanggungjawab dan peranan Timbalan Ketua Pemuda UMNO dengan tanggungjawab dan peranan jawatan Timbalan Menteri KPT. Untuk pengetahuan DD… KPT itu diwujudkan untuk menaungi semua pelajar IPT sedangkan pemuda UMNO diwujudkan untuk menaungi ahlinya sahaja. Itu pun susah mahu faham ke?

Adakah kebiadapan DD… memalukan nama baik UPSI pada mata KPT boleh dipandang sebelah mata? Tidakkah mahu “Profesor Kongkang” Zainal Keling berhujah untuk menggantung DD… daripada jawatannya sebagai hukuman kerana mencemarkan nama baik UPSI.

Jika Adam Adli berdemotrasi menuntut kebebasan akademik agar orang politik seperti DD… tidak diberikan ruang untuk menerajui universiti kerana dia tidak layak dari segi akademik, tidak layak dari segi perjawatan, tidak ada akhlak yang boleh dicontohi dan kontang idea untuk membangunkan pelajar. Sedangkan DD… berdemontrasi untuk menuntut orang yang menjalankan tanggungjawab dan tugas dengan betul meletak jawatan bagi digantikan dengan orang sepertinya. Bezanya, Adam Adli menuntut pembaharuan ke arah kebaikan universiti. DD… menuntut agar universiti menuju kehancuran dengan melantik orang sepertinya menerajui KPT.

No comments: