April 4, 2012

Siri 18 : Memahami Pendekatan DD… Dalam Memastikan Calon-calon Tajaannya Memenangi Pemilihan MPP akan Datang.

Dalam siri yang lepas, penulis banyak mengulas berkaitan kelayakan DD… bagi menerajui HEPA. Ternyata DD… bukan sahaja tidak ada kelayakan dari segi perjawatan, tetapi tidak mempunyai apa-apa visi dan misi dalam aspek pembangunan pelajar. Oleh yang demikian, apa yang dilakukan oleh DD.. adalah untuk mencari populariti politiknya dan malamnya dihabiskan di kelab-kelab karaoke. Mungkin ramai pembaca akan mempersoalkan kenapa penulis membangkitkan aktiviti malamnya? Kerana itu adalah hak DD… kerana waktu kerja rasminya adalah dari jam 8 pg – hingga 5 ptg.

Makluman pembaca sekalian, penulis membangkitkan isu ini kerana dua sebab. Pertama apabila malamnya banyak dihabiskan dengan perkara yang tidak berfaedah sampai larut malam, maka sebelah paginya DD… akan menyusahkan orang lain. Orang pertama yang disusahkan adalah pemandunya yang terpaksa menunggu daripada jam 8 pagi tetapi DD… dikhabarkan akan menunjukkan mukanya antara jam 10 hingga 11 pagi. Penat beb… malam tadi berkaraoke sampai tuan kedai tutup lampu. Mungkin tidak setiap harinya begitu, untuk maklumat lebih lanjut berhubunglah dengan pemandu yang telah membawanya. Mungkin pembaca boleh mendapat maklumat kategori A.

Orang yang kedua disusahkan adalah kakitangan di HEPA, bayangkanlah wahai pembaca yang budiman, jika semua aktiviti yang melibatkan DD… tidak boleh dilakukan sebelum 10 pagi, kalau nak tahu lebih lanjut tanya Pendaftar Kanan di HEPA kerana dia berulang kali menyebut perkara yang sama dalam setiap mesyuarat. DD… bukan memegang jawatan Pekerja Am Pejabat. Jawatannya adalah TNC yang membuat keputusan dan dasar di HEPA. Pembaca boleh bayangkan berapa banyak keputusan penting yang tidak boleh dilakukan untuk kepentingan pelajar kerana sikap DD… yang menyalahgunakan waktu malamnya.

Walau bagaimanapun DD… akan seboleh mungkin menonjolkan dirinya sebagai jaguh di UPSI. Antara apa yang dibuat oleh DD… adalah memastikan setiap program seboleh mungkin namanya akan terselit di surat khabar. Kedua, DD… akan membawa seramai mungkin pemimpin kerajaan ke UPSI untuk menonjolkan dirinya dalam kalangan mereka, ketiga DD… AKAN MEMASTIKAN DENGAN APA CARA SEKALIPUN CALON-CALON TAJAANNYA AKAN MEMENANGI PEMILIHAN MPP AKAN DATANG agar beliau boleh berbangga, sekali gus akan mempopularkan dirinya sebagai jaguh pembersihan di UPSI, dan JAMINAN HAYATNYA DI UPSI LEBIH PANJANG.

Pada siri ini penulis akan mengulas beberapa strategi DD… untuk memastikan calon tajaannya akan memenangi pemilihan MPP akan datang. Mungkin sebahagian penulis menganggap ini sebagai remeh. Tetapi sebenarnya itulah antara keutamaan TNC HEPA di mana-mana universiti. Sejarah membuktikan TNC HEPA yang pertama UPSI ditamatkan kontraknya kerana gagal memberi kemenangan kepada calon-calon ASPIRASI.

Prof. Dr. Sidek Baba ditamatkan perkhidmatannya sebagai Timbalan Rektor UIAM atas kegagalan yang sama. Perkara yang sama berlaku dibanyak universiti. Ini bermakna MEMBERI KEMENANGAN KEPADA CALON-CALON ASPIRASI TAJAAN DD… AKAN MEMANJANGKAN HAYAT DD.. DI UPSI, SEMENTARA MEMBERIKAN KEMENANGAN KEPADA CALON-COLON SELAIN DARIPADA YANG DITAJA OLEH DD… AKAN MEMBUKA PINTU KELUAR KEPADA DD… UNTUK MENINGGALKAN UPSI. Saya yakin dan percaya ramai dalam kakitangan dan pelajar di UPSI yang begitu meluat dengan keangkuhan DD… Oleh, itu marilah kita sama-sama membuka pintu dan jalan keluar untuk DD… dari UPSI agar segala kekotoran yang dibawa oleh DD… ke UPSI akan dibawa pulang bersamanya. Kerana bagi penulis, DD… lebih layak untuk membuka kedai karaoke kerana minatnya yang begitu mendalam dalam bidang tersebut.

Antara strategi pertama yang dilakukan oleh DD… untuk memastikan colan-calon tajaannya memenangi pemilihan MPP adalah melantik juak-juaknya sebagai pengetua kolej kediaman. Sekali lagi penulis mengutarakan kehairanan yang pernah diutarakan sebelum ini. KALAULAH PEMANDU YANG BERJAWATAN KECIL TIDAK SANGGUP BERSEKONGKONG DENGAN DD… DALAM PERKARA YANG BERTENTANGAN DENGAN KETETAPAN AUKU DAN ISLAM, KENAPA ORANG YANG ADA PHD SANGGUP MENGGADAIKAN MARUAH DIRI DAN PRINSIP UNTUK BESEKONGKONG DENGAN RANCANGAN JAHAT DD… Maksud rancangan jahat DD… akan saya ulas pada siri akan datang. Tunggu kemunculannya…

Apa yang lebih menakutkan penulis adalah ada khabar angin yang mengatakan tauke video lucah UPSI. (Mungkin ada dalam kalangan generasi baru UPSI tidak memahami perkataan ini. Maksud penulis adalah seorang pensyarah UPSI yang terkenal dengan rakaman seks terlarangnya dengan pelajar UPSI pada era 2005 -2007, tetapi perbuatannya tidak diambil apa-apa tindakan lantaran hubungan rapatnya dengan pihak pengurusan tertinggi universiti pada ketika itu. Dengan bahasa yang lebih mudah semua pengurusan tertinggi universiti pada ketika itu adalah “teman selubungnya” di padang Golf). Dengar khabar pensyarah ini telah pulang ke tanah air setelah menuntut ilmu di seberang laut. Sekarang ini tengah intim dengan DD… di padang golf untuk mendapat jawatan Prof. Madya kalau semua warga UPSI tidak bertindak maka tunggulah kehancurannya.

Nantikan ulasan seterusnya berkaitan pendekatan DD… dalam memastikan calon tajaannya memenangi Pemilihan MPP akan datang pada siri yang akan datang.

1 comment:

Anonymous said...

Wow wow wow, UPSI ada tauke Karaoke, dan kini, kembalinya tauke Video Lucah UPSI yang asyik berdampingan dengan tauke Karaoke. Malangnya, semua jenis ketaukehan ini berbau dosa. Tauke video lucah nak dapat Prof. Madya di UPSI? Saya sedikit pun tak heran kalau tauke video lucah dapat. Dari internet dan ruangan siber, kita disajikan dengan berita dan bukti yang rata-ratanya Prof. Madya dan Prof. di UPSI kangkung-kangkung belaka, dari pihak atasan hinggalah bawahan.