April 26, 2012

Junaidi wajar ambil iktibar


Tanjong Malim, 26 April – Kes kematian seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)  yang dilaporkan akibat terjatuh dari tingkat 5 bangunan E-learning di kampus itu beberapa hari lalu harus diambil iktibar Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEP&A) UPSI, Datuk Dr. Junaidi Abu Bakar, menurut Persatuan Alumni UPSI.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Penaja Persatuan tersebut mendakwa, ramai mahasiswa UPSI mengadu kepada pihak alumni kes tersebut sepatutnya menjadi tamparan kepada Junaidi apabila beliau sering menjadi penghalang bagi menganjurkan program-program agama di kalangan mahasiswa.

Sebagai contoh katanya, pada semester lalu, Rakan Penggerak Ad-Din (RPA) yang menjadi nadi kepada program-program agama berbentuk perbincangan usrah di kalangan mahasiswa sering dihalang dan terpaksa melalui pelbagai pemantauan bagi mengekang program ini dijalankan.
Tambahnya lagi, tindakan tersebut telah melemahkan usaha murni mahasiswa untuk membantu aktiviti dakwah pelajar selain menjadi platform mahasiswa berkongsi pengetahuan agama.
Mengulas berkaitan peranan persatuan yang mahu ditubuhkan, beliau berkata persatuan akan melaksanakan beberapa langkah dalam membantu mahasiswa dari segenap sudut selain menjadi suara ketiga dalam perjalanan pentadbiran UPSI.

No comments: