August 25, 2011

NC jawab surat graduan kecewa: 'Graduan UPSI berdaya saing'


Tanjong Malim, 25 Ogos - Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris , Prof Datuk Dr. Aminah Ayub tampil untuk menjawab surat graduan kecewa yang dihantar di forum Utusan Malaysia 10 0gos lalu dengan menyatakan bahawa graduan Upsi berdaya saing.

Surat jawapan beliau telah dihantar di forum Utusan Malaysia dibawah tajuk "Graduan Upsi berdaya saing' (klik) bagi menjawab surat graduan kecewa yang mendakwa Upsi tidak lagi menawarkan jawatan guru.

Katanya "Segulung ijazah yang diterima Graduan Kecewa membuktikan beliau kini layak dilantik sebagai guru kerana kesemua program Pendidikan Guru yang ditawarkan oleh UPSI adalah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi, juga oleh beberapa negara luar yang turut menghantar pelajar mereka belajar di UPSI. "

"Pengambilan pelajar ke program pendidikan guru di IPTA adalah berlandaskan unjuran yang dibuat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada setiap tahun. Kepada UPSI, biasanya diunjurkan sekitar 50 peratus hingga 60 peratus pelajar iaitu dalam lingkungan 2,300 pelajar baharu setiap kali pengambilan."

Tambah beliau lagi "UPSI tidak pernah melanggar permuafakatan baik dengan KPM yang telah wujud sekian lama. Tuduhan menyatakan UPSI tidak berunding dengan KPM dalam pengambilan bakal guru tidak benar."


Selain itu, katanya "Setiap tahun lebih kurang 95 peratus graduan program pendidikan guru UPSI sama ada pemegang biasiswa KPM atau pinjaman PTPTN, bergantung kepada pelbagai faktor, misalnya kekosongan yang ada dan graduan lulus ujian INSAK serta temu duga dan mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.75."

1 comment:

cacen86 said...

Assalammualaikum
Saya salah seorang graduan UPSI, graduate pada tahun 2009. Alhamdulillah, walaupun saya belajar ditanggung PTPTN, saya berjaya posting
Kemudian, saya ditawarkan untuk berkhidmat sebagai peg pendidikan angkatan tentera malaysia dan ini bermakna selepas 6 bulan bekerja, saya telah meletak jawatan sbg guru siswazah terlatih di bawah KPM
Bagi sy, ini membuktikan, graduan UPSi pasaran kerja sangat luas.
Jadi saya ingin menawarkan, pemegang ijazah yang mempunyai IJAZAH PENDIDIKAN SAINS atau TESL yang berminat untuk menyertai ATM, bolehlah menghubungi saya.

p/s : masa zaman saya pon, memang kami dah tau yang graduan UPSI tidak dijamin penempatan. so, sepatutnya, yang baru grad, lagilah tahu sebab kami yang grad da bertaun ni pon mmg dah tau dari duluuu...:)

apa2 pon, mase interview KPM, please score ujian INSAK ang jage penmapilan mase interview. study pasal KPM and pendidikan. InsyaAllah, akan posting punya.