Tanjong Malim, 18 Ogos - Seorang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris, Adam Adli yang juga merupakan Koordinator Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) menyertai satu Dialog Bersama Menteri yang bertajuk Peranan Mahasiswa Dalam Memperbaiki Sistem Demokrasi Malaysia.
Dialog tersebut menampilkan Adam Adli sebagai moderator dan 3 ahli panel termasuk Dato' Ahmad Maslan, Tim. Menteri Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Syazwan Presiden GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia) dan Muhammad Firwan Pres. MPPUIA.
Perbincangan tersebut dikatakan akan merungkai peranan mahasiswa dalam memurnikan sistem demokrasi yang diamalkan dinegara ini yang dilihat telah lari dari prinsip-prinsip dan norma-norma demokrasi-murni yang membawa kesejahteraan.
3 comments:
perghhh,,bangga !!!! (^__^)
wah...cepat UPSIkini..haha..terima kasih atas liputan..=)
Pihak PERTUBUHAN PENAWAR SATU M'SIA (Selangor)selaku penganjur akan mengadakan sinambungan kepada program yg sebegini bagi memartabatkan suara mahasiswa/i & anak muda terutamanya Melayu...sokongan dari golongan mahasiswa/i & anak muda amatlah dialu-alukan.
Post a Comment