May 17, 2011

Mohd Nor Idris tidak faham demokrasi

Tanjong Malim, 17 Mei - Ketika para guru sedang menyambut sambutan hari guru pada tanggal 16 Mei, timbul satu kenyataan yang bersifat tidak professional daripada seorang pengetua muda kolej kediaman UPSI.

Beliau mengeluarkan pandangan agar pihak kerajaan tidak menyediakan penempatan kepada bakal guru (mahasiswa) yang berada dalam kumpulan pro mahasiswa. Beliau turut menggambarkan kumpulan tersebut sebagai ‘pembangkang’ yang tidak pernah menyokong aspirasi kerajaan.

Upsikini menerima banyak respon daripada pelbagai pihak terhadap kenyataan tersebut dan menyifatkan pengetua tersebut sebagai tidak faham erti sebenar sebuah demokrasi. Oleh itu ramai antara mereka yang mengesyorkan beliau supaya berundur dan melatak jawatan sebagai pengetua.

“Jawatan tersebut tidak layak baginya kerana perkara asas begitupun dia tidak faham, macam mana mahu memimpin. Saya rasa dia patut letak jawatan daripada terus mencemarkan nama UPSI, menurut salah satu email yang diterima.”

Dalam sebuah negara yang mengamalkan semangat demokrasi, rakyat diberikan hak sepenuhnya untuk memilih kerajaan yang diyakini kepimpinannya. Pilihan tersebut harus dihormati oleh mana-mana kerajaan pemerintah dan bukannya bertindak mengkhianati dan menzalimi pilihan rakyat.

Dalam pada itu, beliau sebelum ini dikecam hebat oleh mahasiswa kerana perwatakannya yang ala punk. Gaya tersebut tidak sepatutnya dibawa ke dalam UPSI kerana ia akan dipandang serong oleh masyarakat.

Dalam email yang diterima juga turut meminta Mohd Nor menumpukan perhatian terhadap pembangunan kolej kerana setakat beliau memegang jawatan pengetua tidak banyak kemajuan yang dibawa untuk meningkatkan kualiti warga kolejnya.

8 comments:

Mujahid muda said...

Kahkahkah... Aku meluat apabila aku baca di wall Mohd Noor Idris kononnya beliau di fitnah oleh UPSIKINI. Aku sendiri yang berdiskusi di wall facebooknya tentang isu ini.

Pda mulanya dia mengatakan isu ini buka idea dia tetapi idea para bakal guru Pro Aspirasi Kerajaan. tetapi apabila dia terbelit dengan hujah sendiri dia memang bersetuju dengan apa yag dilontarkan pihak aspirasi kerajaan itu..

Maknanya beliau sendiri pun bersetuju dengan idea bangang ini. Aku meliaht beliau seorang yang emosi, berhati busuk dan sangat pendendam kepada orang yang pro pakatan rakyat. Aku tak tahu apa motif beliau yang sejak akhir2 ini suka pos isu2 politik di wall fbnya seolah2 sedang mengampu untuk sebuah jawatan yang tinggi..

Anonymous said...

sttmnte gile2 pnsyrh ni..
mmg x lyak lngsung jd pnsrh.personaliti pn mcm bkan org yg trpelajar.pening kpalaaku dibuatnya

Anonymous said...

akhirnya ramai da buka mata dan sedar sape dia mat deris sbnrnya.....baguslah....hati2 ngan dia tuh...pndai brputar belit, smpai terbelit2...dahla suka guna ayat quran lau brhujah, salah plak tuh...malu aku bg phk dia...jgn men2 ngan ayatullah laa whai mat deris..sesat hbes umat kang,..

jasa ekspedisi said...

mampir nich dari JAKSEL

Anonymous said...

nk jd cikgu xyah le nk berpolitik plak..

Anonymous said...

memalukan selaku bakal pemimpin...
jgn terlalu taksub dengan sesuatu...
hingga menampakkan kebodohan diri sendiri..

Anonymous said...

panglima besar ;)

saja aku tgk KOmen2 kat atas...wahh..baru aku taw...selama ni aku dengor orang sok sek2..jew...spttnya dia jadi idola pada stdnt. nih..len pulok jd nye..aku agk stuju komen ats..sbb stdnt bnyk sok sek2..(bercakp) hal dia. harap dia tahu dan rasew malu. Mudahan lerw ada perubahan.
wallahua'lam

Anonymous said...

hmm..jadi ini lh sikap dia, sbg pengetua dn pnsyrh?..bru aku taw dia cm ni. sebelum nih aku tgk ok jew. tak tau plak boleh jd hal cm ni...ooo...