February 1, 2009

Spekulasi siapa calon TNC HEP UPSI bertiup kencang

Tanjong Malim, 1 Feb. – Hebahan kekosongan jawatan Timbalan Naib Canselor & Alumni (HEPA) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang disiarkan dalam laman web rasmi UPSI mula menjadi perhatian mahasiswa di sini.

Tarikh permohonan yang ditutup pada 23 Januari lalu mengundang pelbagai khabar angin yang menjangkakan TNC baru bakal diketengahkan untuk mengetuai Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPSI.

Kerusi panas yang sering dikaitkan dengan kepentingan politik ini dijangka penuh dengan pelbagai spekulasi berdasarkan perkembangan semasa mahasiswa seluruh negara.

Lantaran itu, timbul cakap-cakap yang mendakwa antara calon yang dijangka mengisi jawatan tersebut adalah Prof. Omar bin Abdull Kareem yang kini merupakan Dekan Institut Pengajian Siswazah.

Desas-desus yang mengaitkan nama Prof. Omar dengan jawatan TNC HEP ini timbul apabila beliau dilihat sebagai ahli akademik yang terbuka dalam mengendalikan beberapa isu.

Di samping itu beliau juga dikatakan antara ahli akademik yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa kegiatan mahasiswa di UPSI.

Namun tiada sebarang bukti kukuh yang diterima Upsikini bagi mengesahkan kenyataan ini.

Upsikini turut dilaporkan berkemungkinan juga jawatan ini dikekalkan kepada penyandangnya kini, Prof. Shaharudin Abd Aziz yang dikatakan berjaya membawa beberapa perubahan dalam pentadbiran JHEPA.

Antara yang jelas adalah keterbukaan HEP dalam mengendalikan Pilihanraya kampus yang lalu meskipun terdapat beberapa kelemahan yang berlaku terutamanya dalam penegasan peraturan PRK.

Beliau juga dikatakan bakal berdepan dengan tugas sukar sekiranya kantrak jawatan TNC HEP ini terus diberikan kepadanya akibat gelombang perubahan dalam PRK yang lalu apabila 8 kerusi MPP berjaya dirampas Pro Kebajikan yang tidak sehaluan dengan Pro Kualiti (dahulunya dikenali sebagai Pro Aspirasi).

Untuk rekod, kontrak jawatan TNC HEP hanya berkuatkuasa selama 2 tahun dan dijangka bakal diperbaharui pada Jun ini.

2 comments:

kyle xx said...

sape2 pun yg memegang jawatan TNC tidak akan mengubah ape2 perjuangan mahasiswa kerana TNC adalah baruah a.k.a boneka KPT..
selagi UMNO-BN memerintah, mahsiswa akan terung dibelenggu oleh TNC yg pro UMNO..kpd moderator, ramalan anda kurang tepat..Calon yg akan mengisi kekosongan jawatan TNC HEP UPSI akan datang adalah calon luar..
Wait n see..

Anonymous said...

Clear water don't sangka tiada buaya! Prof. Omar pun belum tnjk belang dia...