December 26, 2008

MPP, JMK KHAR adakan dialog, bincang masalah

Tanjong Malim, 26 Dis.- Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) bertemu dalam satu majlis dialog di KHAR semalam. Majlis yang berlangsung di Bilik VIP KHAR itu dihadiri lebih 40 ahli MPP dan JMK KHAR.

Majlis dialog yang bertujuan membincangkan beberapa masalah pelajar dan mengeratkan hubungan dua hala antara MPP dan JMK mencapai matlamatnya apabila kedua-dua belah pihak tanpa berselindung melontarkan pandangan dan persepsi mereka.

Antara isu yang dibangkitkan semasa sesi dialog tersebut adalah mengenai sikap JMK KHAR yang dikatakan bersifat kekolejan terutamanya dalam penganjuran program yang dilihat tidak melibatkan MPP.

Rungutan ini disuarakan oleh YDP MPP, saudara Hairie yang merujuk kepada tindakan JMK KHAR semasa sesi yang lalu. Beliau juga menyampaikan hasrat untuk meneruskan agenda MPP sesi sebelumnya dalam pelaksanaan ‘Rakan Pakatan Strategik’ yang memfokuskan kerjasama antara JMK kolej-kolej kediaman dan MPP.

Menjawab kepada rungutan yang disuarakan Hairie, JMK KHAR bingkas membetulkan persepsi tersebut dan meminta agar MPP sesi ini tidak dibayangi MPP lepas.

Mereka juga meminta agar MPP menghormati organisasi mahasiswa lain dan berhemah dalam mengambil tindakan sepertimana yang berlaku pada MPP sesi yang lepas apabila Exco-Exco JMK KHAR diambil sebagai Rakan Exco MPP tanpa dibincang terlebih dahulu.

Sesi Dialog juga banyak menyentuh soal akademik, kebajikan, kewangan dan sahsiah mahasiswa UPSI.

Pro Kebajikan tidak diberi peluang
Dalam sesi dialog itu juga, MPP Pro Kebajikan dikatakan tidak diberi ruang untuk berhujah dalam beberapa perkara sehinggalah pihak yang bertanya menyebut nama ahli MPP Pro Kebajikan untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan. Dialog itu juga dikatakan tidak seimbang apabila Hairie dilihat menguasai ruang dialog.

Akmal selamatkan keadaan
Saudari Masatirah Romalan, Bendahari JMK KHAR yang bangkit bertanya tentang AUKU tidak mendapat perhatian Hairie untuk menjawab soalan tersebut dan seringkali dilihat cuba mengelak apabila persoalan tentang isu semasa dibangkitkan. Keadaan ini diselamatkan oleh saudara Akmal yang sedia menjawab segala persoalan tentang AUKU dan beberapa isu semasa yang dilontarkan.

Majlis dialog tersebut berlangsung hampir 2 jam bermula pada 9.45 malam sehingga 11.45 malam.

4 comments:

Anonymous said...

XPERLULA KOT NAK MEMBUKA PEKUNG DI DADA..SIMPAN SENDIRI SUDAH R...KALAU NAK CITE KAT ORG PN BIARLA BENDA2 YANG ELOK..SAYANGILA UPSI..SAYANGI UPSI..SAYANGI UPSI..SAYANGI UPSI.. TEMPAT KITA MENCARI ILMU..SAYANGI UPSI..=)

Anonymous said...

Keupayaan lidah memang tidak dijangka. Ia anggota tubuh yang paling baik dan paling buruk selain hati.

Lidah hendaklah dikawal daripada berbicara mengenai hal orang lain seperti mengumpat dan membuat fitnah sesama manusia.

Daripada Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidak akan lurus keimanan seseorang hamba sehingga lurus hatinya dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya.”

Jagalah lidahmu kawan! Agar ia tidak menyengatmu kerana lidah tidak ubah seperti ular berbiasa. Banyak orang binasa akibat perbuatan lidah padahal dulu mereka dihormati kawan-kawannya. (Iman al-Syafie)

Sayidina Umar al-Khattab r.a pernah berkata : “Barang siapa banyak bicaranya maka banyak kesalahannya. Orang yang banyak salahnya bererti banyak dosanya sehingga nerakalah sebaik-baik tempat bagi mereka.”

Daripada Muaz, Rasulullah bersabda : “Mahukah kamu jika aku katakan kepadamu tentang sendi daripada semua kebaikan?”

Jawab Muaz, “Ya, kami nak tahu.” Maka Rasulullah s.a.w menunjukkan sendi kebaikan itu pada lidahnya dan berkata, “Jagalah ini.”

Muaz berkata, “Wahai Rasulullah, adakah kami akan mendapat seksaan akhirat daripada ucapan kami?”

Rasulullah menjawab, “Betapa azabnya Muaz orang yang tersungkur di dalam neraka itu melainkan hasil daripada menabur fitnah melalui lidah mereka. Akhirnya mereka menerima seksaan daripada Allah.”

Anonymous said...

upsi kini pigi la kau..nak hasut org je..mana kebajikan yg geng geng ko cakap..apa punya orang la kamu..alih alih yang geng aspirasi dan SMU yg korang pertikaikan tu yg jaga kebajikan pelajar...kalau nak sangat politik pergila kat KT nanti..nanti ada la geng anda spt bro anwar nanti kat sana..join diorang..ini Universiti tempat cari ilmu bukan tempat politik...hm satu lagi kalau awak memang pejuang kebajikan mahasiswa, saya nak tanya awak apa yg akan awk lakukan untuk menjadikan UPSI ni sebuah unvsty APEX dan pelajarnya berkualiti..ini baru kebajikan namanya..apala

Anonymous said...

Assalamualaikum...Saya terpanggil untuk memberikan sedikit komen terhadap blog ini. Pada pendapat saya, tidak perlulah anda menulis untuk menentang mana-mana pihak atau nak membahaskan AUKU. Cermin diri. Tengok masalah dalaman pelajar Upsi sendiri. Saya nak berkongsi sedikit situasi yang pernah berlaku di Kongress Mahasiswa Utara di Hotel MS Garden di Sg Petani sekitar tahun 2005. Kongress ini diwakili oleh barisan wakil-wakil pelajar UPSI juga. Dalam kongress tersebut, pelajar upsi x habis2 menghentam soal kelewatan duit PTPTN masuk. Padahal itu adalah perkara kecil yang memerlukan kewarasan dan kematangan untuk berfikir.

Wahai penulis, sebelum anda membicarakan soal AUKU atau perkara berbaur politik, selesaikan dulu masalah pelajar-pelajar UPSI yang kian tidak berkualiti ini. Anda adalah pembawa imej perguruan. Sebagai contoh, adakah contoh guru terdiri daripada pelajar2 upsi yang berlagak seperti perempuan(pondan)? Saya sering kali terlihat aksi-aksi memualkan pelajar2 upsi yang datang dari golongan ini. Menjelekkan.

Bagaimana pula peranan anda memastikan kualiti pelajar upsi sendiri? Adakah dengan berfesyen ala-ala punk dan skin head itu cara pelajar UPSI?

Kualiti?

Emmm...sekarang semakin menjadi-jadi kurangnya kualiti pelajar upsi, ini dapat dilihat apabila mereka membuat latihan praktikal di sekolah-sekolah. Kelas x masuk, projek sekolah yang diberikan dibuat akhir minit. Kesannya, seperti budak tadika yang membuat kerja. Komunikasi dengan guru-guru senior pula tidak dijaga. INIKAH PELAJAR UPSI YANG BERKUALITI?

Tepuk dada tanyalah sendiri.