December 19, 2008

MPP 07/08 berlepas ke Beijing

Tanjong Malim, 19 Dis.- Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sidang 2007/08 dilaporkan telah berlepas ke Beijing, China pada jam 9 malam semalam dalam satu lawatan yang dianjurkan mereka. Lawatan yang disertai kesemua ahli MPP ini diketuai oleh 2 pegawai pengiring iaitu Timbalan Naib Canselor HEP, Prof Dr. Shaharudin Abd Aziz dan Timbalan Pendaftar JHEPA, Encik Faiezi Othman.

Turut terpilih untuk mengikuti lawatan ini adalah Abdul Rashid Husain, Nabila Soraya Hani, Nor’Ain A. Razak dan Syaiffuldin bin Mohamad. Mereka dikatakan antara ahli SMU paling aktif dan memegang jawatan penting dalam organisasi tersebut selain mewakili Pro Kualiti sebagai Calon Umum dalam PRK lepas.

Program yang sepatutnya pada tarikh 29 Disember hingga 3 Januari ini terpaksa diawalkan berikutan tarikh pendaftaran pelajar baru pada 2 Januari ini.

Program lawatan ke luar negara merupakan program yang lazim dijalankan selepas tamat satu sidang MPP berkhidmat.

Semua peserta lawatan dijadual pulang pada 24 Disember ini.

1 comment:

Anonymous said...

selain daripada MPP dan beberapa org pelajar YANG DIKATAKAN ORG KUAT SMU, terdapat juga pelajar lain yang terlibat..mengapa tidak disenaraikan sekali?adakah kerana mereka bukan TARGET @ SASARAN UNTUK DIMANIPULASI?..mengapa tujuan mempromosikan UPSI di mata dunia tidak dimaklumkan sekiranya penulis benar-benar mengambil berat terhadap rombongan ini??..para pembaca yang bijaksana sekalian..SEGALA HASIL 'ILMIAH' DI UPSI KINI INI TIDAK BOLEH DIPERCAYAI 100%..so..lu pikirla sendiri..huahaha..sayangi UPSI..=)