March 4, 2013

Pray 4 Sabah


TANJONG MALIM, 4 Mac – Satu majlis solat hajat dan bacaan Yasin “Pray 4 Sabah” akan diadakan pada 4 Mac 2013 bertempat di Masjid Kampus Sultan Azlan Shah.



Majlis solat hajat yang dianjurkan bersama antara Rakan Pusat Islam(RaPI), Persatuan Pendidikan Islam(PPI) dan Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah(IKSAS) bertujuan untuk mendoakan kesejahteraan negeri Sabah yang ketika ini dilanda krisis keselamatan.

Majlis ini juga dilihat sebagai langkah baik yang diambil oleh penganjur bagi menunjukkan solidariti mahasiswa UPSI untuk Sabah. Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah, Majlis Pemimpin Pelajar UPSI, Wan Nur Atiqah Mohamad Zamri yang dihubungi oleh pihak UPSIKini melalui laman Facebooknya turut menyatakan kebimbangannya terhadap masalah pencerobohan yang berlaku di Sabah. Beliau turut melahirkan harapan kepada semua mahasiswa UPSI agar turun bersama ke majlis ini bagi menunjukkan kebersamaan terhadap krisis yang berlaku ke atas Sabah.


Majlis yang pada awalnya dirangka berakhir pada 9.00 berlaku perubahan di sangat akhir. Perubahan tersebut adalah pembambahan kepada slot Ceramah Keselamatan Negara oleh Majlis Keselamatan Negara. Majlis yang dijangka berakhir jam 10.30 malam ini turut mendapat kerjasama daripada Pusat Islam UPSI dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan ALUMNI(JHEPA), UPSI.

1 comment:

aliza nuraini said...

salute .. mari terus berdoa..