Tanjong Malim, 6 Dis – Husnil Khatimah Hussin, Exco Perhubungan Awam
& Antarabangsa MPP menyatakan bahawa SDP akan diteruskan lagi pada sesi
ini.
Beliau mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi pihak Upsikini hari
ini. Dalam pada itu beliau berharap perancangan dan persiapan awal yang dibuat
dapat memastikan perjalanannya tidak terganggu dengan kerenah birokrasi sedia
ada.
Husnil juga menyatakan komitmennya terhadap program tersebut kerana
berpendapat ianya memberikan banyak kebaikan kepada mahasiswa.
“saya melihat sidang SDP yang lepas dan sebelumnya memberi impak yang
besar terhadap kebajikan mahasiswa khususnya. Sebab itu saya begitu excited untuk
meneruskannya, katanya.”
“Selain itu, SDP adalah medium terbaik untuk perwakilan mahasiswa
bertemu empat mata dengan pihak pentadbiran UPSI, tambahnya lagi.”
SDP merupakan satu program yang membuka ruang kepada mahasiswa untuk
mengemukakan usul kepada pihak universiti dan dibahaskan untuk mendapat solusi
terbaik.


No comments:
Post a Comment