March 26, 2013

UPSI: Budaya Songsang?


Tanjong Malim, 26 Mac – Dalam keadaan segelintir rakyat malaysia yang tergila-gila dengan PSY, mahasiswa UPSI pula dihidangkan dengan hiburan Teater Asmara Songsang yang dilakonkan oleh Dato Jalaluddin Hassan, Kamal Adli, Radhi Khalid, Julia Ziegler dan sebagainya. Pementasan  yang memang jauh menyimpang dalam memberi didikan dan pengajaran kepada mahasiswa.

Perkara ini telah disahkan saudari Wan Nur ‘Atiqah Binti Wan Zamri, Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah dan Pascasiswazah dalam kenyataannya kepada facebook Kami Sokong Mahasiswa Pendidik yang terkilan dengan adengan-adengan yang tidak sepatutnya dipentaskan.


Katanya lagi, babak teater tersebut banyak menyentuh isu sentiviti agama dan politik.Teater Asmara Songsang yang jelas ditaja oleh JASA telah banyak memainkan babak yang memburuk-burukan parti pembangkang terutamanya isu demontrasi BERSIH.


Ujarnya, babak yang tidak sepatutnya dipentaskan telah dimaklumkan kepada YDP MPP tetapi seolah-olah tiada tindakan yang sepatutnya dilakukan menyebabkan beliau kecewa dengan YDP MPP. Tindakan penganjur yang menampilkan artis yang jelas berpakaian tidak senonoh dan tarian turut dipersoal oleh beliau.

Tarian yang dipersembahkan.

Program yang dihadiri sekitar 1000 mahasiswa turut dihadiri TNC HEP, Dato’Junaidi Abu Bakar dan staf UPSI. Tambahnya lagi selaku Exco MPP, rasa kecewa kerana beliau telah membuat pambahagian tempat siswa dan siswi tetapi ramai mahasiswa tidak mematuhi arahan menyebabkan pengaulan mahasiswa juga agak bebas di tambah suasana dalam dewan Besar UPSI yang gelap.

Tiada pantauan yang sewajarnya diambil oleh pihak terbabit juga dipersoalkan kerana  melanggar peraturan yang ditetapkan, “katanya.

6 comments:

leman berani said...

adengan-adengan..haha lol...
sengau eh??

Anonymous said...

lawaknya mahasiswa pendidik yg ramai dalam dewan hahahaha...siap bara2 bare2 kah3..terima kasih yg hadir seramai 2500 mahasiswa....Mahasiswa sekalian jom tolak mahasiswa pendidik yg SENTIASA MENYEMAI BUDAYA MENGHASUT..KIKIKI...

Anonymous said...

lawaknya mahasiswa pendidik yg ramai dalam dewan hahahaha...siap bara2 bare2 kah3..terima kasih yg hadir seramai 2500 mahasiswa....Mahasiswa sekalian jom tolak mahasiswa pendidik yg SENTIASA MENYEMAI BUDAYA MENGHASUT..KIKIKI...

Anonymous said...

nama pon asmara songsang. takkan nak belakon bebaik kot. kene belakon ikut kesesuaian tajuk baru jadi real. kalau tanak adegan gitu, buat pementasan cite cinta madinah ke.pikiran jangan la kebelakang sangat. patutnye korang da tau jalan citer die camne, cara pementasan die cane. takkan korang tak tanye dulu kot. ape la, da lepas baru nak bising bising

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt..
pertama sekali,, sy ingin memohon maaf andai kata2 sy ni bakal mengguris sesiapa shj yg terasa bila membacanya..
kedua,, sy sendiri berada di dalam dewan SEPANJANG TEATER BERLANGSUNG..
ketiga,, biar sy jelaskan kepada semua yg keliru dgn penyataan saudari atiqah yg mewakili EXCO2 MPP..
keempat,, sy mulakan dgn Bismillah..
1) setahu sy,, pementasan ini dibawa masuk bertujuan utk MEMBUAT KUTIPAN AMAL LAHAD DATU iaitu semua kutipan akan diserahkan kpd balu2 pejuang negara yg terkorban ketika mempertahankan kedaulatan tahahair dan tabung tersebut telah diserahkan sebagai simbolik dihadapan 1000 pelajar upsi di atas pentas sejurus selepas pementasan habis..
2) Tajuk ASMARA SONGSANG itu sendiri membawa mksud penyampaian jalan cerita GEJALA DAN BUDAYA HEBAT LESBIAN,GAY, BISEKSUAL,TRANSEKSUAL yg semakin merebak dlm kalangan mahasiswa khususnya.. jika dilihat secara positif,, penyampaian mesej itu jelas skali kerna pementasan itu menceritakan GAYA HIDUP GOLONGAN LGBT tersebut..
**persoalannya disini,, adakah mereka yg mempertikaikan ttg pementasan teater ini LANGSUNG TIDAK PERNAH SEKALI PUN MENONTON FILEM NUR KASIH atau ADAM HAWA atau ape2 shj la filem melayu lainnya yg PASTINYA pelakon2 didalamnya tidak bertudung & berpakaian tidak menutup aurat.. atau membaca majalah/suratkhabar/bergosip/MENGUMPAT/ MENABUR FITNAH dgn menyebarkan video2 dgn tujuan hndak menjatuhkan org lain sdgkan org lain itu hndak melakukan kebaikan.. Nabi pernah bersabda.. dgrlah nasihat walaupun dari seorang pelacur.. kawan2 saudara2.. jgnlah mencari kesalahan org lain,, adakah diri kita terlalu sempurna?? cukup2lah cubaan menjatuhkan sesama sendiri sesama agama.. kelak di akhirat,, tidak ditanya perkara lain melainkan amal kebajikan dan ibadah didunia..
mengharapkan ada sinar perpaduan antara kita semua..
bukankah klau rasa pementasan ini tidak bermoral,, harus ditegur secara berilmiah.. bukan menjatuhkan dan membusukkan org lain?? Allah tidak pernah membezakan hambaNYA.. kenapa perlu kita membezakan saudara2 seagama kita??
diharap dptlah berbaik semula..

Anonymous said...

terima kasih pada anonymous di atas. saya salah seorang pelakon asmara songsang yang mempersembahkan teater pada hari tersebut. niat kami hanya untuk menyampaikan mesej, dan negativiti gejala lgbt tersebut. pada yang mengkritik hebat pementasan teater tersebut, adakah anda menjangkakan yang pelakon2 teater tersebut akan memakai kerudung dan sebagainya dengan membawa watak lesbian? bukan kah itu akan lebih menyentuh sensitiviti masyarakat? satu je saya nak cakap, kalau buruk kita fikir, buruk lah ia. kalau baik iktibar yang kita ambil, maka baik lah ia. terima kasih kerana hadir pada malam pemenmtasan tersebut. kami hanya menjalankan tanggungjawab yang telah diberi.