November 9, 2009

“Kediaman kami tak selamat” - pelajar DPLI

Tanjong Malim, 9 Nov. – Kejadian pecah masuk yang berlaku di kediaman pelajar-pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) minggu lalu menimbulkan kebimbangan di kalangan mereka dan mendakwa kediaman mereka tidak lagi selamat untuk didiami.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Kota Malim Prima pada malam Sabtu yang lalu membuatkan mereka semakin bimbang untuk terus menginap di kawasan terbabit.

Menurut sumber, kejadian pecah rumah yang melibatkan kediaman pelajar DPLI kebanyakannya berlaku di tingkat 4 dan ke atas.

Mereka walau bagaimanapun dilaporkan telah mengambil tindakan dengan membuat laporan polis sebaik sahaja mendapati rumah mereka diceroboh masuk.

Berikutan kejadian tersebut, pelajar DPLI sekali lagi mendakwa pihak UPSI tidak mempedulikan hal keselamatan dan kebajikan mereka meskipun kejadian yang sama pernah berlaku sebelum ini.

20 comments:

Anonymous said...

Sokong-sokong, tak nampak pun muka wakil dari UPSI datang dan ambil tahu pasal kami di sini. apadahhh...

Anonymous said...

Haha, ala kata dah leh survive..... xkan tu pun nak bising. g report polis la, itu pun nak masuk portal ke?

Anonymous said...

kepada blogger upsikini

Kalau boleh profesionallah sikit, xkan exam terus senyap je upsikini.

Anonymous said...

jadi apa tindakan upsikini? pentadbiran UKLK? Hepa upsi?

amni said...

DIHARAP PIHAK ADMIN LEBIH BERHATI-HATI DALAM MENYEBARKAN BERITA..KERANA TIDAK BERLAKU SEBARANG KES PECAH MASUK SEPERTI YANG DILAPORKAN..DAN TIADA SEBARANG LAPORAN POLIS DIBUAT. UNTUK KESAHIHAN PIHAK ADMIN BOLEH BERHUBUNG TERUS KE BALAI POLIS TG MALIM.PENYEBARAN BERITA YANG TIDAK BENAR MENYEBABKAN NAMA BAIK SESEBUAH ORGANISASI TERCEMAR ADALAH PERBUATAN YANG TIDAK BERMORAL..

amni said...

Diharap pihak admin akan lebih berhati-hati dalam menyebarkan berita..untuk makluman tiada kes pecah masuk yang berlaku di Kota Malim Prima seperti yang dilaporkan.Untuk kesahihan sila rujuk ke Balai Polis Tg Malim. Pengesahan telah dibuat..tiada laporan polis di buat berkaitan kes pecah masuk di Taman Kota Malim Prima. sila pastikan penyebaran berita anda benar2 tepat dan sahih..supaya tiada pihak teraniaya kerana telah mendapat nama dan pandangan buruk di mata orang ramai..sekian.harap maklum.

Anonymous said...

how about kat proton city? byk dah cite ni..

Anonymous said...

"Diharap pihak admin akan lebih berhati-hati dalam menyebarkan berita..untuk makluman tiada kes pecah masuk yang berlaku di Kota Malim Prima seperti yang dilaporkan.Untuk kesahihan sila rujuk ke Balai Polis Tg Malim. Pengesahan telah dibuat..tiada laporan polis di buat berkaitan kes pecah masuk di Taman Kota Malim Prima. sila pastikan penyebaran berita anda benar2 tepat dan sahih..supaya tiada pihak teraniaya kerana telah mendapat nama dan pandangan buruk di mata orang ramai..sekian.harap maklum."


BODOH! SAPE KATA XDE..
UMH AKU SIAP MASUK PENCURI LG..
DH BUAT REPORT...
KO NAK TGK KE LAPORAN YG KTE BUAT..
CAKAP CAM TAU JE..
BERITA YG ADMIN BAGI TU MMG BETUL!..

Anonymous said...

bakal pendidik...guna la bahasa yg baik dan indah.."Bahasa Jiwa Bangsa"..dia maksudkan laporan yg terbaru..kes lama dah selesaipun..pegi la balai polis buat pertanyaan..bukan sesuka hati mengeluarkan perkataan kesat...hadooii...sakit jiwo den..tak pon..g la pejabat tanyo..adusss..

Anonymous said...

ntah MMP upsi nie..yuran MMP kami bayar tau...tp langsung x nampak muka2 MMP kt cni...jgn kan nk beramah mesra, nk jumpa pun payah...umah dah bpe kali kene pecah..tu pun, mcm xdek sapa2 pun amek pedulik...memang la boleh survive, tp kalo dah melibatkan kecurian nie...kene la ade sapa2 yg amek tau.. korang yang x penah alami benda ni memang lah senang cakap p lapor polis..nnt kalo dah kene kt batang idung sendirik...rasalah sendiri..ha, amk engkau.....

Anonymous said...

kejadian2 cmni mmg slalu terjadi di mana2..xkira la baru jd ke, dh lame jd ke..still it happens..means kite perlu sentiasa alert...di proton city pun keadaan x brape selamat..penuh dgn warga asing...pelajar2 hidup dlm risiko..sentiasa kene berjaga2..tp hidup mst diteruskan..apatah lg di kota malim prima..namun begitu, pihak pentadbiran UPSI perlulah mengambil langkah yg berkesan bg mengatasi masalah ini....kediaman pelajar DPLI dibawah seliaan UKLK ke?tidak pernah pula kelihatan wakil UKLK dtg membuat lawatan hatta menjenguk...xtau la kalau2 ada tp pelajar2 DPLI x di beritahu...ape pun satu tindakan perlu diambil..bg memastikan kes2 cmni x berlaku lg..ia boleh menjejaskan pelajaran...

miharbi-sama said...

ak penah pegi sekali kota malim prima,,,bg ak kat situ x secure la..
em mgkn mase ak dtg tu guard xdek kot..tp psal kecurian ni ak pn dah pernah kna..dan prnah berlaku pecah masuk umah student upsi 2 buah pd ari yg sama...kerugian tu mmg bnyk la..laptop.enset,kasut, mcm2 la..dh wat report tp xde respon dr polis,mmg kecewa..berkenaan dgn status seliaan,kediaman yg selain drpd kolej khar,kz,kab n kuo memg under uklk..besenye ader wakil uklk yg dtg,,cme korg x kenal kot..xde la die dtg setiap hari..sepatutnyer korg yg tggal kat luar ni kne merapatkan diri dgn bilik gerakan uklk,,kat situ korg leh dpt maklumat felo mne yg jaga zon korg,,amik contact number die..pe2 hal senang,,call jer..

Anonymous said...

kpd AMNI y bajet srba tau tue..kalu x tau jgn nk memandai-mandai..semakin byk kita bckp mgenai prkara y kta x tau, semakin terserlah keBODOHan itu..

kt cni byk brg y ilang.. kmputer, laptop...n bla.. bla..

mluat dgn org y bajet serba tau...uwekk

trima kasih kpd polis tg malim y slalu mronda n wt roadblock..kalu x, msti moto pon dh ilang..

Anonymous said...

bakal pendidik...guna la bahasa yg baik dan indah.."Bahasa Jiwa Bangsa"..dia maksudkan laporan yg terbaru..kes lama dah selesaipun..pegi la balai polis buat pertanyaan..bukan sesuka hati mengeluarkan perkataan kesat...hadooii...sakit jiwo den..tak pon..g la pejabat tanyo..adusss..

kes lama dh selesai..
ko merepek ape ni labu.
ble nye selesai..
ko ckp ikot sedap mulut ko je..
dh xtau bt3 pandai plk..
ape ke hei nye .

Anonymous said...

untuk makluman kwan2. mmg ade kes pecah msuk. ni bukan rekaan semata2.. ini terjadi di rumah aku sendiri. bayak yang hilang, kmputer, prnter, kasut dan sebagainya.. dah buat report polis IP report 11828. Sila chek di balai polis Tanjung Malim kalu x caya.. terpaksa di dedahkan bagi mencari kebenaran. so lepas ni jgan kecoh2 lg. Yang berkenaan sila ambil berat skit...

Anonymous said...

ish..ish..jgn la asyik nak salahkan org lain bila sesuatu yg buruk tu jadi..muhasabah diri sikit..yang buruk jer korang nampak..yang baik..tak pulak nampak..sekarang ni kat mana2 pun kita terdedah ngan bahaya..so jaga la harta benda masing2..jgn nak harap org lain pulak susah2 tolong jaga..

Anonymous said...

kes lama dh selesai..
ko merepek ape ni labu.
ble nye selesai..
ko ckp ikot sedap mulut ko je..
dh xtau bt3 pandai plk..
ape ke hei nye .

kan aku dah suh g balai buat pertanyaan..p la tanya..polis dah g amik blum brg yg dicuri tu..sebab org yg mencuri tu dah kena tangkap..hidup ni kena la bekawan..bru la ada info..jgn tau menyalak jer..

Unit Keselamatan UPSI said...

Merujuk Kepada Petikan Dari,
upsikini.blogspot.com - 09 Nov 2009
Kediaman Kami Tidak Selamat -


Dakwaan mengenai kejadian pecah masuk yang berlaku pada malam Sabtu, 06 Nov 2009 di kediaman pelajar DPLI (Kota Malim Prima) adalah tidak benar.
Perkara ini diakui sendiri oleh pejabat pengurusan Kota Malim Prima. Untuk makluman, sebelum tarikh tersebut (sewaktu cuti Hari Raya Aidilfitri) memang ada berlaku beberapa kes pecah masuk kediaman pelajar DPLI di KMP. Namun begitu, hasil maklumat dan siasatan pihak Polis, penjenayah tersebut telahpun diberkas.
Di sini, kami ingin menasihatkan para pelajar agar tidak lalai dan meninggalkan kediaman dalam keadaan tidak berkunci. Juga ingin diingatkan di sini agar para pelajar menambahbaik tahap keselamatan kunci di kediaman masing-masing, contohnya dengan merantai grill atau memasang mangga pintu tambahan dan bukan hanya bergantung harap pada pihak pengurusan KMP semata-mata. Keselamatan adalah tanggungjawab semua pihak.
Sebarang kejadian jenayah boleh dilaporkan kepada pihak Polis agar masalah tersebut dapat dibanteras dengan pemantauan atau rondaan Polis.
Para pelajar juga adalah digalakkan berhubung dengan pihak pengurusan KMP jika terdapat apa-apa masalah.
Buat masa sekarang, pihak Keselamatan UPSI, pihak HEP dan juga pihak Polis ada membuat pemantauan di kawasan-kawasan kediaman para pelajar. Dan sekiranya diperlukan, sila hubungi kami di:

05-4506810 (waktu pejabat)
05-4506813 (selepas waktu pejabat)
05-4506177 (selepas waktu pejabat)

HOTLINE POLIS DAERAH TG. MALIM
05-4526999 (24 Jam)

Anonymous said...

ermmm... tahniah kpd yang prihatin terhadap masalah ini, ape yang melucukan adalah sape kata kes ni selesai.. tergelak aku semua dgn korg,...merujuk kpd ip 668/09 dan laporan polis 2063/09 pada 28/9/09 kes ini belum selesai sepenuhnya. Banyak barang curi yang ditemui semula dan banyak yang tidak dijumpai sampai sekarang.. Namun barang yang telah dijumpai belum lg diserahkan kepada tuan punya serta suspek yang ditahan tiada bukti untuk didakwa.. sampai bila harus kami nanti..waaaaaa

Anonymous said...

huuu..kita ni anak tiri UPSI je..jgnla kecik ati kalu mak tiri x peduli...