November 11, 2009

71% setuju bukti Pro Kebajikan diterima mahasiswa

Tanjong Malim, 11 Nov. – Keputusan undian sama ada Pro Kebajikan perlu bertanding dalam Pilihan Raya Kampus akan datang atau pun tidak yang menunjukkan 71% pengundi bersetuju disifatkan Ketua Penerangannya sebagai bukti bahawa Pro Kebajikan diterima di kalangan mahasiswa UPSI.



Beliau yang mengulas berkenaan keputusan tersebut mendakwa tahap sokongan kepada Pro Kebajikan adalah konsisten dan mempunyai penyokong setia dalam agenda perubahan yang dibawa.

Katanya lagi, dalam tinjauan rambang yang dibuat menunjukkan rata-rata mahasiswa mempunyai persepsi yang positif terhadap Pro Kebajikan namun perkara tersebut tidak akan dapat dibuktikan sekiranya tidak ada ‘pengukur’ iaitu pilihan raya.

Dalam pada itu katanya, Majlis Tertinggi Pro Kebajikan harus membuat keputusan yang tepat dalam memutuskan sama ada Pro Kebajikan perlu bertanding atau tidak dalam PRK akan datang dan tidak hanya bergantung kepada saranan Biro Politik dan Risikan (BPR) Pro Kebajikan semata-mata.

Beliau turut memaklumkan Pro Kebajikan sehingga hari ini masih belum memutuskan sama ada akan menghantar calon atau tidak dalam PRK.

Ditanya bila keputusan tersebut akan diumumkan, beliau berkata kemungkinan dalam minggu ini – bergantung kepada mesyuarat khas yang akan diadakan esok.

10 comments:

Anonymous said...

i agree..pro kebajikan perlu ada.
baru la kebajikan kita terjaga.

Anonymous said...

i disagree.. tidak boleh ada pro dan kontra dlm mpp upsi sekarang krn kita perlu menjaga matlamat sebenar kita belajar di bumi upsi ini; y dilihat kian mencabar dan kian goyah dengan pelbagai perubahan dan isu semasa. MAKA PRK ADALAH AMAT PENTING; pemimpin harus bijaksana serta hebat; tidak kira dari segi akademik mahupun personaliti. Memang harus dikekalkan syarat pointer bakal calon y ingin bertanding dlm PRK berada pada tahap tertentu seperti y di syaratkan sekarang. selain itu, pemimpin pelajar y dipilih juga, haruslah dipilih dari kalangan individu yang lantang bersuara dan mampu bersatu dan tidak hanya tahu membantah cadangan pemimpin lain semasa mesyuarat MPP diadakan, supaya pemimpin y dipilih kelak jgn lebih bersifat tin kosong seperti y pernah pelajar UPSI pilih 1 masa dahulu dan sebelum ini.. seterusnya, pemimpin y ada sekarang, perlulah ditukar kerana, tidak mampu menjaga kebajikan pelajar dengan sepenuhnya. SUARA PELAJAR ADALAH KUAT ANDAI KITA BERSATU. tidak perlu kita berkasar dalam menyuarakan harapan. 'ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut jgn putus, tepung jgn berselerak'. keputusan di tangan kita; mahasiswa. jgnlah memilih calon y hanya pandai berkempen ataupun calon y telah menjadi MPP sebelum ini supaya ada perubahan dalam MPP upsi. sekian.

Anonymous said...

71% ? tgk berapa yg buat undian? x payah bagi bayah nilai peratus, rasanya software undian tu kemukakan berapa org yg buat undian..so bagi nilai orang..bukan peratus..kalau 10 org yg buat undian, tapi 7 orang setuju 3 lagi tak setuju..tak logiklah..

Adam Brown said...

Saya dah kata dah..Dah usulkan...dah war-warkan..

Nak buat Undian biarla secara manual dan menyeluruh..melibatkan semua pelajar..

kalau kita nak harapkan keputusan poll dari blog sukar nak sahkan..

memangla penyokong dan pengikut blog akan kata ya sahaja. Lebih-lebih lagi kepada yang fanatik tu..

banyak lagi yang tak kunjung blog ini..bukan apa..mungkin tak suka, mungkin tak tahu, mungkin tak ada pemberitahuan, mungkin tak menyeluruh...

kalau nak sangat tahu keputusan yang sangat sahih dan terbukti..cubala letak borang tu kat bitara, depan gate, stesen bus..

p/s-teringin sangat nak tahu respon keseluruhan pelajar

budak getah said...

Pro Kebajikan? aku mantan pelajar UPSI. aku sedikit pun tak pernah dapat kebajikan dari UPSI. walaupun aku hidup susah aku cari duit sendiri. kerja sendiri. nak harap dorang membantu. tak ada la. kalau nak cakap pasal penempatan.. tingo 400orang gagal dalam intevew. ada ker yang nak tolong dorang. tolong tingok je adalah. SEUMUR aku kat upsi.. semua budak2 yang ikut MPP habis buat kerja durang sendiri je, kepentingan sendiri je. PERCAYA tak.. orang bernama FREDDY AU????? dia tu pentingkan diri. kalau buat aktiviti contohnya pegi genting atau pegi tempat yang best kat malaysia.. dia cuma bawa aweks cun je.. kami yang jantan tak pernah di bagi tau. ada pun jantan dia bagi tau yang ahli dalam mpp je. Saya tak sokong bila ada orang cakap PRO kebajikan tu perlu wujudkan. semua ahli dalam MPP tu semua sama je. lepas tangan. gaduh sana sini. aktif kunun. tapi makan duit. Gila kuasa. cam Freaddy Aww. memang patut kalah dalam MPP dulu sebab. dia tak mesra dengan orang. dia hanya mesra dengan pompan yang cute-cute ja.

Anonymous said...

Kepada semua pelajar upsi yang baru abis exam. Korang memang melampau. maksiat depan2 time malam ek, bajet xjumpa la time cuti nin. malu la pada org lain. ini ke budaya upsi. mane dia penguatkuasa kolej. Apa dah jadi ni.. aku doakan agar yang buat maksiat mlm akhir sem ni akan menempuh kecelakaan. Aku cukup2 sedih malam ni.......................

Al-ahzar united

Anonymous said...

Sy pun x setuju la ade aspirasi n kebajikan... pada sy dua-dua x bleh nk gerak. Last2 mrk same2 mereke berebut. Tapi ni x bermakna ada pro kebajikan x bgs. Ttp bgs. Tp mslhnye bile ade pihak x profesional bile dah jd mpp, masyarakat upsi yg jd masalah. Fokus pd msalah pelajar. Bukan sedap tekak masing2. Bukan sy mnx kebajikan atau aspirasi undur. Tp lagi elok klu dua2 bersatu dan bergerak seiring. Macam lagu "SATU HATI". Em... mcm tu la... k, renung2 kan... Selamat beramal

Anonymous said...

salam
sala bakal guru lepasan IPTA yg telah ditemuduga pada 4 november 2009 lalu. ada apa2 info tak mengenai penempatan? bila boleh cek? tolong..

Anonymous said...

blog ni kena tukar la nama dia, kata terkini dari upsi, ni senyapppp je... kami yg tak posting lg ni nak tau jugak, apa berita terbaru tentang posting... bila agaknya borang permohonan keluar?

Anonymous said...

emacers