May 31, 2009

MSK : MPP Terpaksa Ambil Alih?

Tanjong Malim - YDP Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), sdr Hairie akhirnya mengakui bahawa MPP terpaksa mengambilalih sekretariat Minggu Suai Kenal (MSK) untuk membersihkan sekretariat itu daripada dikuasai oleh satu persatuan pelajar sahaja. Umum mengetahui persatuan yang beliau maksudkan adalah Sahabat Mahasiswa Universiti (SMU).

Pelbagai perubahan yang terpaksa dilakukan supaya mahasiswa khususnya persatuan pelajar lain kembali menghormati MPP sebagai badan induk persatuan pelajar. Antaranya pengisian MSK yang lebih santai (mengurangkan taklimat-taklimat), membekalkan air minerel 2 botol sehari, mewujudkan slot solat berjamaah dan sebagainya.

Mencurigakan

Mahasiswa memuji tindakan Hairie, namun beberapa tindakan sekretariat yang diketuai oleh Hairie adalah sangat mencurigakan dan menampakkan "kekuasaan" pihak lain keatas dirinya. "Najis gajah tidak mungkin ditutup oleh sehelai daun". Bermula dengan temuduga pemilihan jawatankuasa yang diketuai oleh wakil SMU, Hairie secara terang-terangan menafikan ahli MPP yang lain. SMU dilihat memkambing hitamkan YDP sendiri untuk mengkaderkan ahli-ahli mereka. Lebih dahsyat dari itu hairie menjemput mantan MPP lepas (puppet HEP) untuk merangka modul LDK untuk pelajar baru. Tema MSK turut sensitif dan mencurigakan. Perkataan "KUALITI" dilihat sebagai doktrin awal kepada pelajar baru. Kenapa ini berlaku?

Muzammil

Perlantikan En Muzammil mengetuai MSK di peringkat pentadbiran HEP dilihat sebagai punca utama berlakunya situasi ini. Beliau telah menguruskan MSK sebanyak 12 kali dijemput kembali oleh En Faizi. Kedua-dua pegawai yang telah di'backlist' oleh pelajar kerana campur tangan terang-terangan dalam gerakan pelajar sehingga hari ini. En Muzammil yang pernah mencerobohi Mesyuarat Bulanan MPP kali ke-5, secara dilihat terang-terangan menguasai pencaturan sekretariat MSK kali ini. Pengalamannya dijadikan alasan utama untuk mengelirukan pelajar.

"Ahli MPP terkejut dengan tindakan En Muzammil itu. Masuk mesyuarat rasmi MPP dan mencelah percakapan YDP tanpa segan silu. Siapa dia nak masuk miting kami?" kata salah seorang ahli MPP.

"Dia cuba memperbodohkan kami. Ada ke patut ditimbulkan persoalan sekretariat MSK nak pakai tag nama leminate atau sarung? Design baju, nak makan apa dan entah apa-apa lagi! Kami ada sekretariat yang akan uruskan semua tu la!"

"En Muzammil tidak sepatutnya masuk mesyuarat kami. walaupun telah dilantik mengetuai pegawai yang lain, beliau tetap perlu menghormati mesyuarat kami. Akhirnya mesyuarat terpaksa dilewatkan sehingga hampir masuk waktu maghrib..."

"Dia nampak gelojoh sangat. NC pun tak pernah masuk mesyuarat rasmi MPP"

Apapun komen ahli MPP, kehadiran En Muzammil sudah pasti menyukarkan Hairie untuk melakukan tranformasi dalam MSK mahupun MPP itu sendiri. Sesetengah ahli MPP dan pimpinan pelajar percaya En. Muzammil adalah "tukang karut" dan Hairie hanyalah puppet yang digerakkan olehnya.

Sejarah

Sebagai catatan, SMU adalah persatuan pelajar yang merupakan proksi utama juak-juak aspirasi di UPSI. Persatuan ini diasaskan oleh TNCHEP lalu, Prof. Datuk Dr. Abdullah Al-Hadi, yang mengamalkan kepimpinan diktaktor selama berkuasa di HEP. 2 tahun tanpa pilihanraya. Dekan-dekan fakulti ditekan habis-habisan agar menyekat pelajar non-aspirasi dari menyertai pilihanraya dan sebagainya. SMU yang terang-terangan memakai label "ASPIRASI" dalam pilihanraya kampus sejak tiga tahun. Malah sanggup mengabadikan tag nama ASPIRASI yang disulam pada vest sekretariat MSK.

Namun SMU telah hilang taringnya apabila Al-Hadi ditamatkan kontrak sebagai TNCHEP. Yang menggerakkan SMU pada hari ini hanyalah En. Muzamil, pegawai kebajikan di HEP merangkap felo di KUO. Beliau digelar "sesumpah" oleh sesetengah pelajar kerana kebijaksanaannya menyesuaikan 'dirinya' dengan suasana sekeliling. Namun, beliau tetap kekal sebagai "sesumpah" walaupun kadang-kadang terlepas pandang dek kerana warnanya seakan-akan ranting pokok atau daun hijau. Cukup licik dan berbahaya.

Sejarah hitam yang berlaku di UPSI tidak pernah padam angkara kerakusan TNCHEP ketika itu dan juga disebabkan kesanggupan segelintir mahasiswa/i SMU ketika itu diperkudakan (baca diperbodohkan) demi menjayakan agenda jahat pihak tertentu. Tahun lalu, dengan campur tangan Naib Canselor, Prof. Dato' Aminah Ayob, demokrasi UPSI dikembalikan kepada pelajar. Tranformasi sedang berlaku, politik baru telah muncul. Mahasiswa UPSI berharap calon yang tulen dari mahasiswa akan merampas sepenuhnya pentadbiran MPP pada PRK akan datang. Bukannya dari anak didik En. Muzammil yang kerap bertukar warna itu.

11 comments:

sayang upsi said...

salam. Janganla terlalu buruk sangka. Perjuangkanlah islam dgn hati yg suci dan ikhlas. Jgn dibuat fitnah kpd org2 yg ikhlas melakukan kerja. Ingatlah, saudara/i sujud dan sembah Tuhan yg satu, kiblat yg sama, pegangan yg suci. Jika berterusan memfitnah org, x perlu lah saudara/i berlaku alim kalangan mahasiswa/i. Ingatlah balasan azab yg bakal dijanjikan. Ingatlah Allah itu maha adil. Tidak rugi kalau sesama ummah saling berpesan - pesan. Kerana kubur itu sendiri dizahirkan secara berasingan. Wallahualam. Allahu Akbar.

Anonymous said...

hebat sgt ker MPP ni sampai korang nk pejuangkan?
ke korang2 MPP ni gila kuasa?
rasul xpernah melantik diri jadi rasul.
ayah pin jer lantik diri jd "rasul". pikir2 la. lu ada otak.:)

Anonymous said...

adakah SMU tidak melaksanakan urusan MSK dengan sempurna?
adakah SMU sebelum ini menanamkan sikap bencikan UPSI?
jawapannya tidak sama sekali..
saya selaku mantan SMU amat tidak bersetuju dengan kenyataan di atas yang terang-terangan menghasut agar para pembaca blog ini membenci SMU dan En. Muzammil..
saya mula menceburkan diri dalam sejak semester ketiga (zaman JKS), seterusnya zaman RSK, dan meneruskan khidmat sukarela ini sehingga saya praktikum.. niat saya hanya satu, membantu UPSI yang saya cintai bagi melancarkan program orientasi yang diadakan setiap kali pengambilan pelajar baru.
tentang temuduga yang dikendalikan oleh SMU, itu tidak menjadi masalah kerana SMU berbuat demikian hanyalah bagi memastikan mereka yang terpilih mengendalikan MSK adalah benar-benar berkualiti kerana mereka inilah yang menjadi barisan hadapan dalam berhadapan dengan pelbagai kemungkinan yang bakal berlaku semasa hari pendaftaran pelajar dan sepanjang minggu suaikenal berjalan. pelbagai sifat positif kami pupuk dalam diri setiap mereka yang dipilih, antaranya sifat cintakan UPSI, bekerjasama, taat kepada pemimpin, kemahiran membuat keputusan dan sebagainya. hasilnya, ramai MPP yang berkaliber dapat dilahirkan dari kalangan SMU.
berkenaan dengan En. Muzammil pula, beliau adalah pegawai yang bertanggungjawab dalam memastikan setiap aktiviti sepanjang MSK berjalan dengan lancar, beliau juga pegawai yang tampil memberi bantuan tanpa berkira masa, tenaga dan wang ringgit.
kepada individu yang secara terang-terangan menghentam SMU, singkaplah kembali saat pertama anda menjejakkan kaki ke bumi UPSI, ingatlah bahawa SMUlah yang dengan senyuman mesra menyambut kehadiran anda. di bawah panas terik menjaga lalulintas, bersengkang mata memastikan kebajikan anda dijaga sehingga kebajikan sendiri terabai. bukan penghargaan yang kami minta, tapi cacian ini amat menyedihkan kami.

Anonymous said...

smu,mpp,jmk dan lain2 yang menjadi sukarela, semuanya melakukan yang terbaik. jika ada kesilapan itu perkara biasa. saya kenal ramai smu, mereka xde pon mendatangkan masalah. mungkin kdang2 terlanjur perbuatan dan perkataan. apepun, tahniah kepada sesiapa sahaja yang dengan sukarela membantu menjayakan segala aktiviti di upsi. upsi di hati..

Anonymous said...

Malang sekali posting anda dihiasi dengan fitnah, buruk sangka dan mengumpat. Maaf, anda banyak membuat andaian sendiri. Sekalipun apa yang anda katakan itu betul dan sahih, anda sebenarnya telah mengumpat. Islam melarang kita menghebahkan keaiban orang lain. Saya berdoa dan mohon kepada Allah agar anda tidak tergolong di kalangan orang yang murah pahala. Dengan ertikata, anda mudah sahaja memberikan ‘pahala’ anda kepada orang lain, atau dengan mudah rela menanggung dosa orang lain jika anda tidak dapat memberikannya pahala. Selamat bermuhasabah

Anonymous said...

Salam. Saya merasa malu dengan cara anda perjuangkan sesuatu. Anda memilih cara memburukkan dan menghentam orang lain untuk mencapai agenda. Ini bukan cara yang dituntut oleh agama suci kita. Tambahan pula, sebagai bekas pelajar upsi, saya tahu banyak perkara yang anda tulis adalah fitnah dan andaian anda semata-mata. Saya bersimpati dengan SMU dan bekas TNC HEP kerana telah menjadi mengsa fitnah anda. Mereka ini tidak mengetahui tentang tulisan anda ini. Oleh itu mereka tidak dapat menjawab tuduhan anda untuk mempertahankan diri mereka. Sebagai manusia biasa, pasti mereka ini mempunyai kelemahan dan melakukan kesilapan. Tetapi secara keseluruhannya, saya akui mereka ini banyak menyumbang kepada pembangunan pelajar upsi. Sepertimana pengirim komentar sebelum ini, saya juga berdoa kepada Allah semoga anda tidak tergolong di kalangan orang-orang yang pemurah pahala. Nasihat ikhlas saya kepada anda:- Bebaskan diri daripada melakukan fitnah, membuat andaian dan mengumpat terhadap orang lain. Berjuanglah secara mulia.

Anonymous said...

ASKM.

SAYA BEKAS PELAJAR UPSI DAN AHLI KELAB SMU SEMASA BELAJAR DI UPSI. SAYA MENDAPAT MAKLUMAT DARIPADA BEBERAPA ORANG RAKAN BERHUBUNG DENGAN TULISAN SDR INI. KOMEN SAYA ADALAH SEPERTI BERIKUT:

TULISAN SDR CUKUP MENGHINAKAN SAYA DAN RAKAN-RAKAN SMU YANG LAIN. BANYAK MAKLUMAT YANG TIDAK BENAR DAN HANYA ANDAIAN SDR SEMATA-MATA. SAYA TIDAK BERKECIL HATI KALAU SDR TIDAK MAHU MEMBERIKAN PENGIKTIRAFAN DAN PENGHARGAAN KEPADA AHLI-AHLI SMU. INI KERANA MENDAPATKAN PENGHARGAAN DAN PENGHORMATAN BUKAN TUJUAN SAYA MENJADI AHLI SMU. SAYA MENJADI AHLI SMU SECARA IKHLAS UNTUK MEMBANTU UPSI DAN MENDAPATKAN PENGALAMAN. TETAPI APABILA SDR MENCACI SMU, SAYA MENJADI KECEWA DAN TERHINA. SAYA HAIRAN MENGAPA SDR SANGGUP DAN BERANI MEMBUAT PELBAGAI TUDUHAN TERHADAP SMU. SEHINGGA SAAT INI, SAYA BELUM PUTUSKAN SAMADA SAYA AKAN MEMAAFKAN SDR ATAU TIDAK! INGATLAH SDR , MELAKUKAN DOSA DENGAN ALLAH LEBIH MUDAH UNTUK MEMOHON KEAMPUNAN.. TETAPI MELAKUKAN DOSA SESAMA MANUSIA MEMERLUKAN BERSEMUKA DENGAN ORANG YANG BERKAITAN. WASSALAM

Anonymous said...

ASKM. SAYA BEKAS PELAJAR UPSI TETAPI BUKAN AHLI SMU.
HEBAT SDR INI! BERJUANG DENGAN CARA MEMBURUKKAN DAN MENGAIBKAN ORANG LAIN. SAYA PERCAYA KEBANYAKAN ORANG-ORANG YANG SDR PERKATAKAN DALAM TULISAN SDR ADALAH INSAN-INSAN YANG SDR TIDAK KENALI SECARA RAPAT ATAUPUN MEREKA SENDIRI TIDAK MENGENALI SDR. DENGAN ITU, PERKARA-PERKARA YANG SDR PERKATAKAN ITU ADALAH BERDASARKAN KEPADA MAKLUMAT/ CERITA-CERITA ORANG LAIN ATAUPUN DILANDASKAN KEPADA ANDAIAN ATAU KESIMPULAN YANG ANDA BUAT SENDIRI. SDR PERLU SEDAR BAHAWA MAKLUMAT YANG SDR TERIMA BELUM PASTI SAHIH (BENAR) DAN ANDAIAN SDR JUGA TIDAK SEMESTINYA BETUL. JIKA BETUL SEKALIPUN MAKLUMAT DAN ANDAIAN TERSEBUT, MAKA SDR TELAH MENGUMPAT YANG MENYEBABKAN ORANG LAIN DALAM KEAIBAN. SEBALIKNYA PULA, SEKIRA TIDAK BETUL APA YANG SDR PERKATAKAN, MAKA SDR MELAKUKAN FITNAH. SAYA PERCAYA SDR TAHU APAKAH HUKUMAN TERHADAP ORANG YANG MELAKUKAN FITNAH DAN MENGUMPAT ! APA YANG SDR LAKUKAN MELIBATKAN INSAN MANUSIA YANG LAIN. DENGAN ITU, KALAU SDR INSAF DAN MAHU MEMOHON MAAF, MAKA SDR PERLU BERTEMU DENGAN MEREKA. AGAK SUKAR UNTUK MELAKSANAKANNYA. APA YANG SDR BOLEH LAKUKAN IALAH SDR MEMOHON KEMAAFAN SECARA TERBUKA MELALUI BLOG SDR. ITUPUN TERPULANGLAH KEPADA MEREKA (YANG SDR SEBUTKAN DALAM POSTING SDR) SAMADA MAHU MEMAAFKAN SDR. NAMUN BEGITU, SEKIRANYA SDR MERASAKAN SDR DI PIHAK YANG BENAR DAN CARA PERJUANGAN SDR ITU BETUL (MEMBURUKKAN DAN MENGAIBKAN ORANG LAIN), MAKA TERUSKANLAH ! ALLAH MAHA BERKUASA DAN MAHA ADIL

Anonymous said...

salam...
anda boleh memfitnah atau merapu apa sahaja di dalam blog anda ni..
tetapi ingat..jangan menabur fitnah..jangan cuba untuk megeluarkan fakta yang auta..Hidup umpama roda..suatu hari nanti..anda pula akan diperkatakan pula..waktu itu...jangan melatah..cermin diri dahulu..hebat sangatkah anda..anda hanya pengecut yang tidak memiliki kejantanan..berani kerana benar..

x-mpp

Sdr. Amir Derakh said...

kwang3..

Pendeta Muda said...

Saya agak bersetuju dgn sesetengah komen. Penulis perlulah menyajikan warga UPSI dengan pandangan yang intelektual dan berwibawa dengan bukti dan fakta. Bukan sekadar menuduh itu dan ini berdasarkan prasangka. Saya faham perjuangan penulis dalam politik kampus, namun jangan pula menjadi fitnah kepada Islam itu sendiri. Biar kalah undi, jangan kalah dalam dakwah.