November 5, 2012

Junaidi terus melobi


Tanjong Malim, 5 Nov – Junaidi dilihat terus melobi rakyat kawasan Kuala Krai untuk menonjolkan dirinya sebagai calon yang layak mengisi kerusi Parlimen Kuala Krai dalam PRU nanti.

Sebelum ini, beliau kerap menggunakan pelajar UPSI untuk membuat segala bagai program di segenap penjuru kawasan Kuala Krai. Junaidi menggunakan segala kuasa yang ada padanya untuk mencurahkan sebanyak mungkin peruntukan program pelajar ke Kuala Krai. Usaha tersebut dilihat sebagai taktik junaidi untuk menarik perhatian rakyat Kuala Krai sekaligus menonjolkan dirinya sebagai bakal pemimpin yang baik.

Sebaliknya, warga HEPA dan pelajar UPSI ada jawapan tentang siapa Junaidi yang sebenarnya. Beliau tidak lebih daripada seorang politikus yang ke hulu dan ke hilir demi mencari kepentingan diri semata-mata.

Terkini, Junaidi meneruskan misinya dengan menggunakan pelajar sekolah sekitar Kuala Krai dan dibawa ke UPSI untuk program “Kem Tarbiah” yang berakhir pada 05 Nov (hari ini). Junaidi menggunakan pelbagai taktik supaya warga Kuala Krai dapat menerimanya sebagai calon kerusi Parlimen tersebut nanti. Junaidi sedang bersaing dengan 4 calon lain termasuklah Ketua UMNO bahagian, Datuk Ramzi Ab Rahman.

Junaidi dianggap sebagai calon ‘mee segera’ mendapat tentangan hebat daripada UMNO Kuala Krai tetapi seakan mendapat restu Datuk Najib.

Junaidi sepatutnya lebih member fokus kepada pembangunan warga UPSI untuk mengangkat nama universiti pendidikan itu sesuai dengan graduan kelahirannya adalah sebagai bakal guru kelak.   

2 comments:

Anonymous said...

Salam. Saya rasa tak bersalah untuk Junaidi buat begitu. Beliau mempunyai niat utk bertanding di kawasan tersebut, maka perlulah beliau menonjolkan diri. Memandangkan beliau merupakan TNCHEP, maka beliau boleh mengoptimakan kedudukannya untuk membantu rakyat kawasan kuala krai. Apa yang rugi kepada pelajar UPSI yang belajar menabur bakti? Apa yg rugi untuk pelajar-pelajar kuala krai yg dibawa ke UPSI untuk mempelajari sesuatu? Tak rugi pun apa-apa. Mungkin penulis mempunyai prasangka terhadap beliau, lantas mempunyai pandangan serong terhadap bakti yang ditaburkan. Saya seorang yg neutral, dan bukan untuk mentripodkan TNCHEP.

Anonymous said...

fitnah lebih buruk dari membunuh.. blog nih teruk... penulis menulis ikut hati.. bukan otak.. otak ada di kepala lutut.. kalau nak membangkang pakai lah otak skit.. ckckck.. kesian... sedih betul..