April 19, 2011

Pelajar praktikum akan dibayar penuh - Zahar


Tanjong Malim, 19 April – Pelajar semester 6 dan 7 semakin tertekan kerana masih tidak mendapat kata putus berkenaan jumlah dan tarikh wang pendahuluan yang akan dibayar pihak UPSI disebabkan perubahan waktu praktikum mendadak yang dibuat oleh pihak universiti.

Mereka sebelum ini telah berasa lega apabila Naib Canselor, Dato’ Aminah Ayub berjanji akan membayar penuh sepertimana yang diperolehi daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Khabar angin yang bertiup sebelum ini mengatakan pelajar praktikum hanya diberi wang pendahuluan RM1000 kerana UPSI tidak mempunyai dana yang cukup.

Koordinator Mahasiswa Pendidik, Mohd Zahar Mohamed Nor menafikan khabar angin tersebut dan mengesahkan bahawa pelajar praktikum akan diberi wang pendahuluan penuh. “ mereka akan diberi wang pendahuluan penuh seperti yang anda dapat melalui PTPTN sebelum ini. Kita telah mendapat pengesahan kedua daripada Dato’ Naib Canselor berkaitan hal ini dalam pertemuan rasmi MPP bersama Dato’ minggu lepas, ujar beliau.”

Menjawab isu pelajar yang ditaja oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), tajaan negeri dan lain-lain, beliau turut memberi respon positif apabila menyatakan mereka juga akan dibayar oleh pihak universiti.

“Saya telah mendapat pengesahan daripada Dato’ NC berkaitan permasalahan ini dan beliau menyatakan pihak universiti boleh memberi wang pendahuluan tetapi harus ada kaedah perjanjian supaya ada jaminan mereka dapat membayar balik jumlah wang pendahuluan tersebut. Hal ini kerana pelajar selain daripada tajaan PTPTN tidak mempunyai akaun terus dengan pihak university kerana mereka dibayar terus oleh penaja masing-masing. Kita yakin perkara ini dapat diselesaikan dalam waktu terdekat, tambahnya lagi.”

6 comments:

Anonymous said...

bukan ke pelajar yg dpt tajaan KPM akan dibayar oleh KPM???
lagi satu saya nk tanya,sbg pelajar yg selalu mengikuti upsikini dan MP..saya ada jgk tertanya2...masa pilihanraya dlu saudara zahar ada menyebut utk memperjuangkaan berkaitan isu biasiswa kpm kepada semua kos...namun smpi skg sy msh lg xnmpk perjuangan tersebut.Adakah kata2 itu sbg retorik semata2 utk meraih undi atau sebaliknya..harap ada penjelasan daripada saudara zahar sendiri...

Anonymous said...

tak per la klu mcm tue..tp sekarang ni..sekadar kata-kata dan tiada dokumen rasmi yang boleh digunak dan dirujuk oleh pelajar..mcm tak kukuh gak kata-kata tue..masalah sekarang ni, pihak ULM pun masih belum lg kuarakn aper2 memo mengenai petempatan praktikum..

Anonymous said...

emm...xkan ptptn jew...kalo dpt tajaan dr jabatan kemajuan orang asli yg akan melalui bendahari mcm mane pula....xdpt juga kew...

Anonymous said...

tunggu blog ne kene hack hahahaha

Anonymous said...

apa bender la upsi..... xda kualiti ler

Fariz Hamid - D2008103**$@ said...

kenapa baru nak cari kaedah perjanjian antara pemegang biasiswa KPM dgn Universiti? sepatutnya dari awal lagi universiti dah cari kaedah ini kalau dah gatai sangat nak awalkan praktikum pelajar2...ini dah la awalkan praktikum sehingga buang study week, pastu buang cuti semester...dah sekarang pelajar merana sebab tiada duit untuk membiayai kehdupan semasa praktikum...inilah dinamakan universiti dunia pertama tetapi pemikiran dunia ketiga...memang ada kebaikan praktikum diawalkan tetapi biarlah dibuat dengan berhemah supaya tidak timbul perkara2 negatif sebegini kerana akhirnya ia hanya akan memalukan nama universiti...pihak sekolah juga mempertikaikan kewajaran pihak universiti mengawalkan praktikum kerana pelajar praktikum batch sebelum ini juga masih belum tamat...