April 21, 2011

Mahasiswa Pendidik -Penjelasan penuh berkaitan isu wang pendahuluan


Tanjong Malim, 21 April - Setelah pertemuan hampir satu jam wakil Mahasiswa Pendidik yang diwakili saudara Mohd Zahar Mohamed Nor (Koordinator MP) petang tadi, segala perbincanagn bersama pihak Bendahari UPSI, Pn. Hajah Khadijah bt Hamdan berjalan dengan lancar.

Pertemuan tersebut dibuat bagi mendapatkan penjelasan daripada pihak bendahari berkaitan kesanggupan pihak universiti sebelum ini yang berjanji akan memberi wang pendahuluan kepada semua pelajarnya yang akan menjalankan latihan mengajar awal bulan Mei nanti.

Menurut perkembangan yang diperolehi melalui facebooknya, beliau menyatakan bahawa pelajar yang mendapat tajaan daripada PTPTN, KPM, Kementerian Belia & Sukan, JHEOA, JPA Sabah dan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor akan mendapat wang pendahuluan sebanyak RM 2200 daripada universiti.

Manakala bagi peminjam daripada tajaan Yayasan Felda, LKTP Felda, Yayasan Terengganu, Yayasan Kelantan, Yayasan Pahang, Yayasan Negeri Sembilan, dan Yayasan Johor akan diberi wang pendahuluan sebanyak RM 1500.

Namun demikian bagi pelajar yang mendapat tajaan Yayasan Bank Rakyat, KPT dan MARA belum lagi dapat diputuskan kerana pihak bendahari masih gagal mendapat persetujuan daripada penaja berkenaan.

“ Berkaitan hal ini, kita telah meminta jasa baik pihak bendahari supaya dapat menyelesaikan perkara tersebut secepat mungkin. Pihak bendahari berjanji akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan jumlah sebenar tajaan bagi tiga penaja tersebut dan mnyelesaikan perkara yang berkaitan dalam masa yang terdekat, ujarnya.”

“ Sementara itu, baki wang pinjaman @ tajaan daripada pihak penaja masing-masing akan diperolehi apabila pihak penaja kreditkan wang tersebut ke dalam akaun pelajar kelak. Mengikut maklumat yang saya perolehi daripada pihak bendahari, wang tersebut (PTPTN dan KPM) akan dikreditkan pada Jun nanti, tetapi bagi penaja lain kami belum mendapat kepastian lagi, tambahnya lagi.”

Mejawab berkaitan tarikh wang pendahuluan dikreditkan ke dalam akaun pelajar, beliau menyatakan bahawa pihak bendahari akan cuba percepatkan proses kemaskini data dan kemungkinan pada 7 Mei wang tersebut akan masuk ke dalam akaun masing-masing.

Pihak bendahari juga dilaporkan menghadapi masalah dengan sebahagian data pelajar kerana status mereka belum lagi diapprove untuk menjalani latihan mengajar nanti.

Walaubagaimanapun barisan MPP Mahasiswa Pendidik mungucapkan terima kasih diatas perhatian pihak Dato’ Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Aminah Ayob dan pihak bendahari diatas segala kerjasama yang diberikan dalam mengurus dan menyelesaikan isu tersebut.

3 comments:

Anonymous said...

salam ukwah ~ bagaimana dengan pelajar diploma yang masuk ketika bulan enam ini? adakah ptptn akan dapat awal bulan enam ? atau sebaliknya ? kerana pelajar diploma upsi tidak sama cuti dengan pelajar degree :) harap menjawab pertanyaan ini. terima kasih :)

Anonymous said...

sy stdent UPSI xfhm dgn entri ni..mne satu yg betul, wang akn dikreditkan pada JUN atau pada 7 mei..sy nk kepastian bukan kemungkinan..tlng fahami kmi..huhuhu

Anonymous said...

kami pelajar KPM difahamkan akan turut mendapat bantuan dr UPSi selewat-lewatnya 7hb, namun yang mengecewakan..kami tidk menerima wang pendahuluan RM 2200 yang telah dijanjikan oleh UPSi sehingga tarikh hari ini 8Hb, hnya pelajar-peljar yang membuat pinjaman PTPTn sahaja wang dikreditkan...sejauh manakah kebenaran maklumat yang diberikan oleh pihak MPP ..??