September 2, 2010

Perlantikan semula NC: Mahasiswa Pendidik ucap tahniah

Tanjong Malim, 2 September - MPP Mahasiswa Pendidik hari ini menyatakan ucapan sekalung tahniah kepada ibunda Naib Canselor Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Aminah Ayob kerana telah dilantik semula sebagai Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris bagi sesi akan datang.

Menurut Koordinator Mahasiswa Pendidik, Mohd Zahar Mohamed Nor yang juga merupakan Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah MPPUPSI menyatakan bahawa "kami mengucapkan sekalung tahniah kepada ibunda Naib Canselor Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Aminah Ayob diatas perlantikan semula sebagai Naib Canselor UPSI , dan kami dibarisan MPP sentiasa mendokong cita-cita dan nilai universiti dibawah kepimpinan Naib Canselor."

Mohd Zahar turut menyifatkan bahawa, perlantikan semula ibunda sebagai Naib Canselor merupakan satu anugerah kepada seluruh warga kampus kerana dedikasi dan kemesraan beliau memimpin universiti sebelum ini. Katanya 'kita bersyukur atas perlantikan semula ibunda Naib Canselor, saya sendiri amat menyayangi beliau dan beliau amat mesra dengan mahasiswa, cakna dan kami sendiri di barisan MPP tak ada banyak masalah untuk bertemu beliau. "

Dalam pada itu, MPP Mahasiswa Pendidik juga turut menyatakan hasrat untuk bertemu secara rasmi dengan ibunda Naib Canselor bagi menyatakan ucapan tahniah disamping menyifatkan bahawa ereka sentiasa mendokong aspirasi dan nilai kebitaraan universiti.

5 comments:

Anonymous said...

TAHNIAH UNTUK IBUNDA naib canselor... DARI aLUMNI upsi

tiganaga said...

KAH KAH KAH. Baik punya ampu derrr. KAH KAH KAH.

anak umi said...

KAHKAHKAH..
3 naga jelos..
kahkahkah..

Anonymous said...

peluang terbaik utk mahasiswa gunakan dalam masa setahun ni.. berikut perkara2 yg saya rasa ptut di ambik perhatian:

1. Pelaksanaan sistem khidmat pelanggan kakitangan kepada pelajar di Jhepa..

2. Pengurusan ruang di bitara siswa

3. Pengurusan perkhidmatan spt Bas, Library, Kolej-kolej kediaman dan tak lupa jugak kafeteria.

4. Memberi rupa baru kepada bitarasiswa terutamanya tempat rehat pelajat luar kampus, kafeteria ( yg sebenarnya tak ubah macam kantin sekolah).. dan unit berkaitan seperti MPP

harap pihak upsikini dapat membantu dalam memperbaiki sistem yg ada demi kepentingan kita bersama..

Anonymous said...

makin mundur la upsi...