June 2, 2010

Tunggu pengesahan senat, konvo dijangka 12-16 oktober- Bahagian Akademik

Tanjong Malim, 2 Jun- Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang baru menamatkan latihan praktikum baru-baru ini dinasihatkan agar menunggu surat tamat pengajian yang diluluskan oleh senat sebelum mengisi borang penempatan. Menurut sumber, senat dijangka bersidang pada 6-9 Jun ini.

Dalam pada itu, tarikh konvokesyen untuk sidang kali ini dijangka berlangsung pada 12-16 Oktober 2010 setelah mendapat perkenan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun Binti Mohd. Ali, D.K. , D.M.N iaitu Canselor UPSI.

Menurut Mantan Exco Akademik dan Kerjaya, Nur Aqilah Hanis ketika dihubungi berkata, beliau amat menghargai pengorbanan kakitangan bahagian akademik yang sentiasa bertungkus lumus memastikan pengijazahan seseorang mahasiswa berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

“Saya ingin berterima kasih kepada semua kakitangan bahagian akademik atas pengorbanan untuk memastikan semua mahasiswa dapat bergraduat dengan jayanya. Mudah-mudahan segala urusan untuk pengijazahan tahun ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Beliau turut menambah, sebagai persediaan, mahasiswa dinasihatkan untuk mengisi masa lapang ini dengan perkara-perkara yang bermanfaat dan sentiasa peka dengan maklumat-maklumat terkini berkaitan akademik mahupun berkaitan dengan sekeliling mahasiswa.

“Saya menyeru kepada semua sahabat-sahabat saya untuk kita sama-sama memenuhi ruang waktu ini dengan perkara-perkara berfaedah seperti bekerja sambilan, menuntut ilmu mahupun membantu ibu ayah di rumah.

“Saya juga ingin sama-sama menasihatkan sahabat-sahabat untuk kita sentiasa ‘update’ dengan maklumat-maklumat terkini bukan sahaja berkaitan dengan konvo, tapi juga berkaitan dengan masalah umat seperti yang berlaku di Gaza ketika ini,” tambahnya.

9 comments:

Asrari said...

Terima kasih di atas maklumat terkini. Moga kita semua sentiasa dalam rahmatNYA.

Penerbit Ibnu Al-Manhar said...

Salam, sekadar bertanya. Adakah tarikh tersebut merupakan tarikh normal konvo. Atau ia lambat daripada biasa. Harap balas.

Anonymous said...

kalau diikutkan yg lepas2, tarikh ni bkn tarikh normal konvo..biasanya yg lepas2 tu dlm bln 8 lg dh knvo pn..sepatututnya bln 10 tu dah waktu utk tggu reslt utk posting dah pn...

Anonymous said...

sekadar ingin tahu....
tapi sebelum itu tahniah la pada junior saya yg bernasib baik kerana dpt isi borang posting awal......tak macam kami dulu......6 bulan kene tunggu baru blh isi borang posting...

ingin bertanya dan ingin tahu...
tak de ke sebarang insiatif diambil oleh mana2 pihak terutama MPP upsi untuk selesaikan masalah kami ni.....keputusan penempatan tak tahu bila keluar....tapi permohonan baru utk temuduga dah ada...kami berasa sangat2 di anak tirikan....

Anonymous said...

nape kmi batch lpas kna tgu tmdga smpai 6 bulan...mpp xwat krja ke? atau saja nk main2 kn kami...batch akn dtg ni cpat je dpt..
yg aku dgr prof zakaria kasa pn cm xnk bg kmi posting je...
xguna la byar alumni RM10..

Anonymous said...

sy sokong pendpt anonymous yg len tu..mmg xadil la coz batch kami ni berbulan2 tggu utk isi borang posting..pastu ni xtau lg bila leh tau result nya..lau dpt posting ok la jgk tp lau xdpt kna tggu bape bulan lagi pun xtau la..bygkan dr bulan 9 lgh kami abis prktkum n skang ni masih lagi tertunggu2..ini mmg tdk adil!!!mmg malang sungguh nasib kami batch yg lepas ni..ape pun..sy hrp smga dipermudahkan segalanya dan semua dpt posting..amin

Anonymous said...

jas asking...for ismp or dpli student???

Anonymous said...

anony:

untuk ISMP/DPLI/PHD..

Anonymous said...

memang tak adil sesgt...ni dh dpt tau keputusan temuduga tggu lg..kalo dkirenkan ktog ni kene tggu sethn br ley posting..mmg la bergantung pada rezeki masing2 tapi kenapa xde tindakan dr mpp utk bantu kami..smpai bila kami harus bersabar..