June 5, 2010

Semester 8 : Boleh pohon GST jika surat senat keluar awal

Tanjong Malim, 2 Jun- Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang baru menamatkan latihan praktikum baru-baru ini dinasihatkan agar menunggu surat tamat pengajian yang diluluskan oleh senat sebelum mengisi borang penempatan dan borang permohonan Guru Sandaran Terlatih (GST) pada Jun ini.

Permohonan GST pada Jun ini dikatakan bukan khusus untuk pelajar Semester 8 sebaliknya permohonan GST bagi mereka ialah pada bulan Ogos ini. Namun begitu, sekiranya surat senat atau transkrip dikeluarkan sebelum 30 Jun, mana-mana pelajar yang berminat untuk memohon pada Jun ini boleh membuat permohonan.

Menurut sumber dari Mohd Amin Mat Sidik, Exco Akademik dan Kerjaya MPPUPSI, senat universiti akan bersidang pada 8 Jun ini dan dikatakan selepas 'meeting' terbabit diadakan , satu senarai nama pelajar yang bakal bergraduat pada konvokeyen sidang 2 akan disahkan dan dimajukan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Dalam pada itu, selepas senat mengesahkan nama-nama pelajar yang bakal bergraduat, satu transkrip atau surat pengesahan tamat pengajian akan dikeluarkan oleh Bahagian Akademik. Selepas transkrip terbabit dikeluarkan, barulah boleh dibuat permohonan Guru Sandaran Terlatih (GST) bagi mana-mana pelajar yang berminat.

Dalam hal berkaitan, keputusan peperiksaan bagi pelajar semester 8 akan dikeluarkan bermula 16 Jun ini manakala tarikh permohonan GST bermula 1 hingga 30 Jun ini.

16 comments:

PUAN PIA said...

Salam... Harap2 pengesahan senat dapat keluar awal .. Nak konvo awal, dan nak posting awal juga.. Amin! UPSI BOLEH!!

JAJIMA said...

Bagaimana sekiranya pelajar telah mengisi borang GST itu awal sebelum Senat bersidang dan mengeluarkan transkrip? Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh pelajar tersebut?

Anonymous said...

mcm mane ley cmtu lak kan..ktorg ni dh 8 bln tggu x posting2..x adil tol kalo diorg ley poasting awal..x adill

Anonymous said...

ntahla..mpp senyap je..xamik tahu lgsung tntg batch kami ni yg lama dok tggu posting ni..kalau kena batang idung sendiri baru diorang tau..yang dak2 bru abis prktkum ni diorang alert pulak...tp kami yg da abis ni langsung xdipedulikan...mmg kami rasa sgt2 dianaktirikan!!

Anonymous said...

dalam dunia fana ini mana ada keadilan...di akhirat kelak semuanya akan adil...tiada makhluk yang boleh berbohong...sabar dan redholah sahabat2 ku...mungkin ada hikmah disebalik yang berlaku..

Anonymous said...

bising betul nak posting.... pegi la cari kerja lain dulu..... bosan layan budak.

PUAN PIA said...

bersabar kawan2 semua... saya yakin kita sume akan dapat online e-gst sebelum 30jun... apa yang penting skrg ni, kita menunggu ajelah. lagipun, orang atasan skrg ni pasti tengah bertungkus lumus nak wat yg terbaik buat kita..

p/s:: jom study utk interview..

Anonymous said...

mcmne kte nk dptkan surat senat tui?pihak upsi anta melalui pos atau.....?

Anonymous said...

hampeh... sumenye hampeh...

nhaa said...

utk pengetahuan semua..kami graduan upsi yang konvo mac lepas,dah dipanggil interview mei aritu..tp ada gak yg tak berjaya..nape graduan upsi susah sgt nk jadi cikgu?yg berjaya, kena tunggu 6 bln sblm dipanggil..kena tunggu lg..yg xberjaya kena apply baru jun ni..sedihnya..anyway,cpt2 isi borang n wat betul2 masa temuduga n exam insak..

nhaa said...

bawa bersabar semua k....

Anonymous said...

ak dgr kte posting utk budak sem 8 skang bulan 2...der yg ckp budak dip bulan 7...@ kiter sme2 akan dibekukan posting....ntahlaaaaaaaa...

Awie Redzuan said...

semalam rakan sy dah tanya sendiri dekat staf akademik upsi. menurut staf akademik tu, senat baru nak bersidang 24hb. 2 minggu selepas tu baru surat2 & dokumen2 berkaitan akan dikeluarkan, dipos & sah senat. 2 minggu selepas 24hb confirm kita dah terlepas. tarikh tutup 30 jun. maksudnya kita semua mmg tak akan sempat mengisi permohonan online interview bulan jun ni. kena tunggu utk permohonan bulan ogos pula. sy ada terdengar ramai dah yg isi permohonan interview online tu. tapi nape isi sedangkan kita belum sah senat? sah senat maksudnya nama kita dah disenarai utk bergraduat & nama kita otomatik dah dihtr pada KPM. apa2pun, pd rakan2 yg dah isi, semoga takdelah kesan2 buruk menimpa nasib anda. mana tau dpt panggilan interview plak nnt ke? siapa tau kan???...

nur_hai said...

nak setadi ape tuk interview nanti yer...kongsi la sikit kawan2

Cikgu Arif said...

Batch lepas (yg konvo bln mac) yg dah gi interview 3-7mei 2010 dah dpt keputusan temuduga, cuma posting akan ditentukan ikut kekosongan. tu ikut apa yg tertulis dlm portal kpm la...

kalau dah rezeki x kemana...

Anonymous said...

salam..tarikh konvo yg sbnr bile..means,, tarikh ikut fakulti...dh kluar blum??? borang posting bile kluar??x sabo nk isi nih..