October 29, 2008

Upsikini disaran tubuh kelab

Dalam kehangatan isu kabinet MPP yang menerima pelbagai respon daripada pembaca, Upsikini disaran oleh beberapa pihak untuk menubuhkan kelab Upsikini sebagai kelab yang berdaftar di bawah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan berperanan menjadi medan kewartawanan mahasiswa. Saranan tersebut dibuat melalui beberapa e-mel yang dikirimkan kepada Upsikini sebelum ini. Ketika diajukan perkara ini kepada Ketua Editor Upsikini yang hanya mahu dikenali sebagai Mr. Teller, beliau menjelaskan perkara ini mungkin boleh direalisasikan tetapi kebebasan dalam menyampaikan maklumat harus diberikan kepada Upsikini kerana itu adalah prinsip asas kita semasa Upsikini diwujudkan. Beliau turut menyatakan hasrat untuk melihat Upsikini menjadi sumber maklumat utama bagi menyampaikan sebarang perkembangan terkini kampus kepada pembaca khususnya warga UPSI. Upsikini juga menerima beberapa saranan untuk membangunkan sebuah portal interaktif yang mengandungi ruang forum dan maklumat lain selain berita terkini yang disampaikan.
Sejak diwujudkan pada 10 Oktober 2008, Upsikini sudah mencecah lebih 9000 hit.

7 comments:

Anonymous said...

Tubuh kelab??? rasanya toksah dulu la. sedangkan maklumat telus dalam negara pun tak direalisasikan lagi... nak harap HEP sokong? diorg mana nak bagi evrything transparent. kalau bole, selindung asal boleh. kalau stok berita mengampu... bole la siarkan. Bagi aku, selagi media dalam negara sendiri tak cover secara menyeluruh, jgn harap la kita yg kecik ni nak dapat peluang. huh!

Anonymous said...

aku pun setuju dgn mojo..
jgn cpt melatah dgn hits yg diterima. Selebihnya moderator blogger perlu mengindahkan dan menambah tarikan lagi utk blog ini. Berikan tulisan yg menepati selera pembaca lagi2 pelajar UPSI. Janganla asik tertumpu kdp berita MPP nak jawatan jer. Selitkan juga berita tentang pentadbiran UPSI.Kejayaan UPSI. Jadual peperiksaan. Ape2 lagi yg bagus.Tetapi main focus politik kampus. Kalau ada isu2 di KPM ker, di NUTP ker..selitkan sekali. Anda juga patut link kan UPSI portal, KPM, NUTP dan apa2 lagi berkaitan.
Percayalah, anda akan menarik peminat dari semasa ke semasa. Pastikan ada posting setiap hari. Jika boleh, wujudkan emel pembaca, atau penulis jemputan seperti saya. Hahha..Pasti menarik. Yg penting, jgn gelojoh utk tubuhkan kelab upsikini. anda cuma perlu lahirkan blogger dari upsi mcm anda.Baru student upsi ada info terkini. Kalo ada pelajar yg meninggal atau keluarga mereka meninggal, laporkan dlm blog. Bayanyak lagi boleh buat. Jgn bangga sgt dgn hits 9000 lebih. Tapi lps ni org x mau baca dah..Ok..saya cadangkan jer..ape2 pun boleh la emel kpd blahbadawi@yahoo.com

Anonymous said...

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=017592&Itemid=111

postkan link ini.menarik..

Anonymous said...

Terima kasih atas saranan dan pandangan anda. Upsikini akan ambil perhatian setiap saranan dan pandangan membina pembaca.

Asrul aka YaGaMi LaiTo said...

assalamualikum...

baguslah tapi tak payah tubuh dahulu dah..kukuhkan upsikini dahulu..biar lambat k..

chincha loke said...

klu dh dtubuhkan t, roger2 la ek. ak excited nk join ni..hee
even its a lil 2 late ak tau pasai blog nih.

Anonymous said...

Upsikini bertanggungjawablah dengan apa yang dipaparkan. Komen tu boleh tapi biarlah bersandarkan fakta dan disusuli cadangan membina demi masa depan UPSI dan anak bangsa. Jangan terlalu taksub dengan politik luar kampus. Fokus tentang UPSI dan bantu bagaimana memuliakna institusi ini dengan saranan bukan fitnah dan tomahan. Kalau betul Upsikini ni telus saya cabar paparkan komen ini, kalau tidak saya faham danterbukti Upsikini memang berhaluan kiri macam.....err Malaysiakini kot. hancur bangsa dibuatnya. maaflah kalau tersinggung.