Pemerhati politik UPSI rata-rata menjangkakan isu posting bakal dimainkan sebagai bahan kempen calon-calon PRK kali ini. Sebelum ini, isu posting sering dimainkan dan menjadi perhatian seluruh pengundi di sini. Isu posting menjadi begitu hangat apabila berlaku masalah posting graduan-graduan UPSI pada beberapa tahun sebelum ini. Pihak Aspirasi pada masa itu mengatakan bahawa masalah itu berpunca daripada barisan MPP 2004/05 yang terdiri daripada pembangkang. Isu itu merupakan faktor kemenangan pihak Aspirasi pada PRK selepas itu yang menang tanpa bertanding dan dijangka akan digunakan sebagai bahan kempen calon-calon PRK kali ini.
Sementara itu, semua bakal calon yang menyertai kursus kepimpinan siri 2 telah pulang dari kursus tersebut petang semalam.
No comments:
Post a Comment