Jaminan pihak HEP bahawa Kursus Kepimpinan yang dianjurkan akan dihindari daripada mempengaruhi pelajar kepada ideologi tertentu menyimpang sama sekali. Kenyataan itu dibuat oleh beberapa calon yang mengadu kursus itu secara jelas berusaha mempengaruhi peserta kepada ideologi Aspirasi dan bukan untuk mempertingkatkan kemahiran kepimpinan mahasiswa. Seorang peserta yang mahu identitinya dirahsiakan mengadu bahawa slot kursus yang dimuatkan ternyata mendorong kami untuk memegang ideologi tersebut. Selain itu katanya, ada beberapa peserta yang menjadi tumpuan penceramah yang diundang daripada USM itu apabila mereka sering ditanyakan soalan.”Saya merasakan ini adalah salah satu usaha mereka untuk mengenalpasti identiti peserta dan membuat provokasi secara halus” ujar beliau. Seorang lagi peserta yang ditemui berkata,”ini adalah proses biasa dalam menghadiri mana-mana kursus yang mana unsur kenegaraan itu diterapkan bagi memberi kesedaran kepada mereka”.
Kursus yang diadakan sebayak 2 siri itu sebelum ini menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan mahasiswa.
October 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment