October 13, 2008
Bakal calon sibuk letak jawatan hari ini
Syarat PRK kali ini yang menetapkan agar semua calon meletakkan semua jawatan sebelum hari penamaan calon menyebabkan mereka membuat tindakan tersebut dengan segera. Hal ini berikutan tempoh untuk berbuat demikian hanya beberapa jam selepas mereka membeli borang pencalonan pagi tadi. Beberapa pendapat mengatakan bahawa PRK kali ini begitu kalut apabila masa yang dijadualkan untuk setiap proses itu terlalu singkat.”Saya berasa begitu penat dengan pelbagai perkara yang perlu dibereskan hari ini.”kata seorang calon yang ditemui tengah hari tadi. PRK kali ini berlangsung dalam masa yang begitu singkat iaitu hanya 5 hari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment