Kempen PRK kali ini semakin dirasai apabila sudah kelihatan poster-poster dinaikkan di kawasan sekitar kampus dan kolej kediaman. Ketika rapat umum yang diadakan di Kolej Harun Aminurrashid malam tadi, upsikini sempat menemui beberapa bekas penyokong pro aspirasi yang giat membantu PRK yang lalu namun tidak pada kali ini. Beliau yang tidak mahu namanya disiarkan mengatakan bahawa beliau tidak terlibat dalam kempen kali ini kerana sudah tiada habuan yang disediakan. “saya dah tak ambil ‘port’ dalam PRK kali ni sebab dah tak ada habuan”,katanya. Tambahnya lagi,”pada PRK yang lalu, saya memang giat pasang poster dan terlibat semua bentuk kempen sebab habuannya boleh tahan juga.” Ketika ditanya berapa habuan yang diperolehnya, beliau sebagai berkata beliau tidak berapa mengingatinya tetapi cukup lumayan kalau terlibat dengan aktif. Pro Aspirasi pada PRK kali ini dilihat cuba menyembunyikan identiti mereka namun mahasiswa di sini rata-rata mengatakan tindak-tanduk mereka dapat dikenalpasti melalui cara berkempen.
Hari ini merupakan hari kedua berkempen dan dijangka lebih menghangatkan dengan perang poster dan pengucapan awam yang biasanya diadakan di sebelah malam.
October 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
korang bantu aku lawan dengan blogger blogger UMNO yang fitnah kita ni. salah satunya ialah di sini. korang pun kena hentam.
http://anginperubahan.blogspot.com
hum...btul ke bdk tu ckp mcm 2?jgn pukul rata je. xsemua yang mcm tu. ada y ikhlas. dan mgkn ada serpihan yg mahupun habuan, bukan sebelah pihak aje..dua2 sama aja. selagi mana nama nya manusia, xkan terlepas daripada mahukan kesenangan dan mementingkan keperluan diri sendiri. yang penting, diri kita ni, ikhlas x?everything start from us.so, start being nice and good boy/girl.d",b
ha2 apeler .. ko ni penulis blog ni..menulis jgnler bias...habuan apa yg dorang dpt..yg jd calon dptler....yg jentera bawah2 tu habuk pun x dapat...dah kena sapu..huik2..
from: angkatan pelajat sedar..
Post a Comment