October 18, 2008
Hanya Naib Canselor dan Pengarah Pusat ICT tahu “kata laluan”
Tempoh berkempen yang tinggal 3 hari lagi menyaksikan perang poster dan pengedaran flyers semakin rancak. Menjelang 21 Oktober ini, semua pihak terutamanya mahasiswa sedang mengenalpasti siapa calon pilihan mereka. Pada 21 Oktober ini, pihak sakretariat PRK yang diketuai Timbalan Naib Canselor HEP & A, Prof. Dr. Sahahrudin Abd Aziz sekali lagi membuat pembaharuan berkaitan sistem e-voting. Pada hari pengundian nanti, semua 7 pusat pengundian dikatakan hanya akan dibuka selepas Naib Canselor UPSI, Prof. Dato’ Dr. Aminah Ayob, memasukkan kata laluan bagi membolehkan sistem beroperasi. Upsikini dilaporkan, “kata laluan” tersebut hanya akan dipegang oleh Naib Canselor dan Pengarah Pusat ICT. Langkah ini adalah merupakan satu lagi inisiatif yang dibuat bagi menunjukkan kesungguhan sakretariat membersihkan tanggapan negative pengundi. Bagi melihat keputusan PRK, Naib Canselor juga yang akan menutup sistem itu apabila “kata laluan” tersebut dimasukkan. Menurut sumber, proses pengundian itu akan dibuka pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang. Keputusan pengundian dijangka diumum pada hari tersebut jam 6.45 petang di Dewan SITC. Keputusan rasmi pula akan diumum pada keesokan hari selepas tamat sesi rayuan dan bantahan keputusan kira-kira pada jam 12.00 tengah hari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Semoga PRK kali ini telus dan menutup pengkritik-pengkritik sistem ini.
Bagi jebat, yang menang ialah yang dapat menarik perhatian pengundi untuk mengundi mereka. Jangan salahkan sistem semata-mata.
pesan jebat - semoga berjaya
Post a Comment