Pusat penamaan calon sudah mula menjadi tumpuan mahasiswa yang ingin melihat proses pertama PRK hari ini. Bermula pada jam 8.30 pagi, semua bakal calon yang layak bertanding akan melalui proses ini kurang sejam dari sekarang. Apa yang pasti PRK kali ini lebih hangat daripada biasa. Penamaan calon kali ini menunjukkan sedikit perbezaan daripada sebelumnya apabila semua dekan fakulti dikehendaki hadir bagi membuat pengesahan pencalonan semua calon hari ini. Langkah ini diambil apabila sekumpulan mahasiswa membuat tuntutan kepada Naib Canselor supaya pihak universiti melakukan sesuatu bagi mengelak kejadian kehilangan borang pencalonan di fakulti dan kerenah birokrasi untuk bertemu dengan dekan bagi mendapatkan pengesahan. Rata-rata calon yang ditemui berpendapat langkah ini adalah perkembangan yang sangat baik dan memudahkan semua calon yang ingin menawarkan diri bertanding.
Dijangka lebih 200 mahasiswa akan berkumpul bagi mengikuti proses penamaan dan sesi taklimat hari ini. Proses penaamaan calon akan berlangsung di Bilik Seminar Bangunan Bitarasiswa UPSI bermula jam 8.30 pagi sehingga 11.00 pagi.
October 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment