Tanjong Malim, 5 November - Sidang Dewan Pendidik yang merupakan medium bagi pemimpin mahasiswa Upsi menyatakan isu kebajikan baru-baru ini telah menimbulkan persoalan dari barisan presiden persatuan. Mereka dikatakan mempertikaikan komitmen MPP yang disifatkan 'tak buat kerja' kerana tidak hadir dalam program terbabit.
Walau bagaimana pun barisan MPP yang tidak hadir yang dikatakan majoritinya dari Pimpinan Bitara telah menafikan hal terbabit dan menyifatkan mereka mempunyai komitmen lain yang perlu diuruskan. Namun, wujud dakwaan mereka (preiden persatuan) bahawa sepatutnya SDP adalah program utama yang perlu disertai oleh MPP kerana ianya membincangkan isu mahasiswa dan kebajikan.
Mereka mengatakan bahawa "SDP program wajib untuk MPP, apa salahnya kami dari Presiden Persatuan menyenaraikan nama MPP yang hadir supaya mahasiswa tahu siapa MPP yang hadir, maaflah kalau kami dari Presiden ini menganggap MPP yang hadir ini sebenarnya yang banyak buat kerja, cuma ingat satu sahaja,kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai, kalau takut dengan tanggungjawab lebih baik jangan bertanding MPP, MPP untuk kebajikan bukan untuk syok sendiri"
Dalam pada itu, wujud dakwaan mahasiswa yang mempersoalkan tentang sejauh mana perkara yang disuarakan oleh mahasiswa dalam sidang tersebut diambil tindakan oleh pihak atasan termasuk isu akademik kebajikan dan lain-lain.