Kalau sebelum ini kita sudah mual dengan helah dan kebaculan pihak yang bermain kotor dalam proses PRK, kali ini kita mahu lihat perubahan yang benar-benar menyeluruh dapat dibuat. Sebelum ini beberapa pertemuan dengan pihak HEP dan Pejabat Naib Canselor sendiri telah dibuat bagi membincangkan perkara ini. Nampaknya seperti ada perkembangan positif tetapi perasaan ragu-ragu itu masih ada. Perkara ini akan dapat kita lihat pada PRK kali ini sama ada usaha membersihkan PRK dibuat atau hanya omongan kosong. Melalui beberapa perubahan yang dinyatakan secara tertutup kepada wakil pelajar yang membuat tuntutan PRK yang lebih adil, antara respon yang dibuat berdasarkan tuntutan tersebut adalah seperti berikut:
- Pemilihan calon-calon akan dibuat secara bebas, sesiapa sahaja layak bertanding berasaskan syarat-syarat yang sedia ada.
- Pencalonan akan diadakan di Dewan SITC pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan
- Dekan dan saksi-saksi akan berada di Dewan SITC pada masa tersebut untuk menerima borang-borang pencalonan.
- Semua pencalonan dibuat serentak, disemak dan ditandatangani
- Senarai calon-calon yang berjaya bertanding akan dihebahkan selepas masa pencalonan ditutup
- Kempen boleh dibuat secara bebas dan bersih, hanya melalui poster dan ceramah (perlu ikut aturan sedia ada)
- E-voting akan tetap dikekalkan
- Mula dengan Naib Canselor dan tutp dengan nama Naib Canselor
- Keputusan akan dihebahkan sebaik pengundian tamat.
- Lain-lain peraturan perlulah mengikut peraturan sedia ada.
Meskipun respon ini dikatakan masih belum lagi menunjukkan usaha yang menyeluruh dalam membuat pembersihan proses PRK, namun beberapa langkah yang dijanjikan mampu mengurangkan ke arah penyelewengan itu.
No comments:
Post a Comment