Terbaru dinyatakan oleh sumber yang boleh dipercayai, tidak ada lagi kumpulan atau individu yang akan bertanding atas nama aspirasi atau pembangkang. Semua calon adalah mewakili aspirasi university dan bersifat individu. Kenyataan ini menunjukkan satu usaha bagi menangani kecenderungan calon-calon mendukung mana-mana ideologi secara berkumpulan.
Bagi wakil Pro Mahasiswa yang tidak mahu dikenali identitinya mengatakan bahawa langkah ini sebenarnya sedikir sebanyak menyekat mahasiswa dalam membawa ideologi masing-masing. Tambahnya lagi,”kita mahu lihat mahasiswa membawa satu bentuk kepimpinan yang didorong oleh kesedaran pemimpin itu sendiri dan bukan diasuh seperti budak sekolah. Ini memperlihatkan seolah-olah mahasiswa sudah semakin lemah. Namun kami menyertai usaha tersebut atas kesedaran mahu mereka mengenali siapa kami yang sebenarnya dan kami sudah lama untuk bersedia memikul tanggungjawab memimpin mahasiswa.”
PRK dijadualkan bermula dengan penamaan calon pada 14 Oktober dan pembuangan undi pada 17 Oktober.
No comments:
Post a Comment