Mengikut tradisi PRK sebelum ini, akan ada ahli MPP pada sesi sebelumnya bertanding dalam PRK seterusnya bagi merebut mana-mana kerusi MPP. Bagi PRK kali ini, tidak ada ahli MPP lepas yang bertanding dalam PRK kali ini. Maklumat ini diperolehi apabila melihat kepada senarai mereka yang menyertai Kursus Kepimpinan anjuran HEP tidak ada ahli MPP lepas. PRK kali ini menonjolkan lebih 50 calon yang menyertai kursus kepimpinan dan jumlah sebenar yang bertanding akan ditentukan semasa hari Pencalonan, 14 Oktober nanti. Wakil Pro Mahasiswa mengatakan bahawa berita ini tidak mengejutkan mereka. “Berkemungkinan ini adalah salah satu cara pihak HEP ingin membersihkan MPP daripada kumpulan tertentu terutamanya aspirasi yang dilihat sering dibantu oleh HEP. Apapun kita tetap akan berwaspada dan berhati-hati kerana kita tahu masih ada calon yang menjadi anak didik mereka bertanding dalam PRK kali ini”ujar beliau.
Sebelum ini, HEP menetapkan agar semua mahasiswa yang berminat untuk bertanding menyertai kursus kepimpinan yang dianjurkan bagi melayakkan mereka bertanding dalam PRK kali ini.
No comments:
Post a Comment