October 13, 2008

Tarikh pembuangan undi PRK UPSI ditunda 21 Oktober 2008

Tarikh pembuangan undi yang sebelum ini dijadualkan pada 17 Oktober akan ditunda ke 21 Oktober atas arahan Naib Canselor UPSI, Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Aminah Ayob. Berita penukaran tarikh pembuangan undi ini dibuat secara tidak rasmi petang tadi dan akan dibuat hebahan secara rasmi esok. Sementara itu, arahan ini telah dimaklumkan kepada HEP selaku Sakretariat PRK. Menurut pegawai UPSI yang melaporkan perkara ini sebagai berkata, tarikh baru ini dibuat atas pertimbangan Naib Canselor yang melihat tempoh berkempen terlalu singkat. Selepas penukaran tarikh ini dibuat, calon yang akan bertanding mempunyai masa yang lebih panjang untuk berkempen iaitu selama 6 hari berbanding hanya 2 hari sebelum ini.
Tempoh berkempen selama 2 hari sebelum ini menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan mahasiswa.

No comments: