UPSI merupakan antara IPT yang menjalankan PRK lebih awal berbanding kampus-kampus lain seluruh negara. Pada 17 Oktober ini semua mahasiswa di sini akan menjalankan tanggungjawabnya untuk mengundi calon pilihan mereka. Sehubungan dengan itu, UPSI dikatakan antar IPTA yang dipantau dan menjadi perhatian IPT lain yang mengadakan PRK selepas tarikh 17 Oktober. Menurut mahasiswakini.com, PRK kali ini tidak akan dijalankan serentak seperti sebelum-sebelum ini.
Memandangkan UPSI adalah antara yang terawal membuka tirai PRK, sudah semestinya tinjauan yang dibuat melihat kepada pola sokongan masyarakat kampus UPSI terhadap calon yang berpegang kepada ideologi Aspirasi. Meskipun perkara ini dinafikan pihak HEP yang berusaha menghapuskan corak pertandingan yang dinaungi kumpulan tertentu, namun hakikatnya pemerhatian sokongan kepada Aspirasi tetap dibuat. Rata-rata mahasiswa di sini beranggapan bahawa pasti ada calon-calon yang cenderung kepada ideologi tertentu walaupun tidak dapat dikesan secara zahir.
PRK UPSI merupakan antara PRK yang menggunakan sistem e-voting dalam proses mengundi.
No comments:
Post a Comment