Kursus Kepimpinan siri 2 yang berakhir semalam membawa beberapa perkhabaran tentang PRK yang bakal dijalankan bermula 14 Oktober ini. Sumber upsikini.blogspot.com membuat kenyataan bahawa sudah ada bakal calon yang berkemungkinan besar menang tanpa bertanding. Ini adalah perkembangan yang memihak kepada calon tersebut apabila melihat kerusi fakulti yang ingin ditandinginya tidak ditentang oleh calon lain berdasarkan kehadiran bakal calon ke kursus kepimpinan siri 2 yang dianjurkan HEP. Walau bagaimanapun, sumber tersebut tidak menyatakan kerusi fakulti mana yang dimaksudkan. Sumber tersebut juga mengatakan perkembangan ini bergantung kepada sakretariat PRK yang mempunyai kuasa untuk meminda mana-mana peraturan yang dirasakan perlu. Oleh yang demikian berkemungkinan juga akan ada pertandingan meskipun calon yang tampil untuk merebut kerusi tersebut tidak menghadiri kursus yang diwajibkan oleh HEP kepada semua bakal calon.
PRK kali ini dilihat menampilkan ramai muka baru.
No comments:
Post a Comment