Laman portal rasmi UPSI yang menjadi sumber penyebaran maklumat kepada semua warga UPSI semakin kurang digunakan sebagai wadah penyebaran informasi berguna melainkan dilambakkan dengan iklan-iklan yang berunsur perniagaan semata-mata. Kenyataan ini dibuat oleh seorang wakil Pro Kebajikan petang tadi yang melihat UPSI Portal tidak lagi digunakan untuk menyebarkan maklumat yang bermanfaat tetapi sebagai medium pengiklanan produk seperti ’pasar malam maya’.
”Saya melihat sejak akhir-akhir ini kegunaan UPSI Portal semakin menyimpang jauh daripada medium yang disediakan untuk percambahan idea dan pembinaan intelektual mahasiswa dalam menyampaikan pandangan”,ulasnya. ”Keadaan ini sebenarnya menggambarkan satu suasana yang menyedihkan di kalangan mahasiswa yang sepatutnya menggunakan kemudahan itu untuk menyampaikan pandangan dan idea, bukan sebagai medium pengiklanan produk semata-mata”, tambahnya lagi.
Sementara itu, seorang mahasiswa ketika ditanyakan berkenaan UPSI portal, beliau berkata, ”Saya tidak nampak apa-apa yang boleh dikongsi di UPSI portal melainkan mengiklankan produk dan kadang-kadang terdapat juga iklan skim cepat kaya”. Katanya lagi,”Saya juga jarang melawati portal tersebut kecuali kalau ada perkara mustahak seperti mengisi borang penginapan kolej, barulah saya melayari portal tersebut”.
Upsikini turut meninjau Portal tersebut dan dakwaan wakil Pro Kebajikan yang mengatakan UPSI Portal seperti ’pasar malam maya’ ternyata benar apabila deretan iklan terdapat di ruangan tersebut.
UPSI portal dibangunkan oleh Pusat ICT UPSI sebagai laman interaktif yang membolehkan semua warga UPSI berkongsi dan menyampaikan maklumat di dalam ruangan yang disediakan.
October 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Bismillah....
Nak buat camna? Bila dok komen kat situ, nampak iras2 tak side pihak u, takut kena ban ker, warning ker...
Tuh sbb diaorg tak berani sangat nak berbincang secara hebat kt situ kot. Blog lebih popular di kalangan mahasiswa untuk menyatakan pendapat. Mungkin sbb masih boleh bersuara di belakang tabir. Sekadar andaian asas...
Mungkin gelombang revolusi akan berlaku tak lama lagi... siapa tahu?
da ler..blaja jer laa...
risau pasal MPP pesal plak??
yang wat blok ni MPP pro Mahasiswa kot.. sumer pasal MPP ko tahu... wei...buat la keje kebajikan ko.. xpayah la nak menyalak dalam blok ni..wat tambah dosa jer.. aku rase org yg wat blog ni xkan ke mana pon...ke neraka ader la kot...huhuhu..sorry lau terlaser..
selamat menyambut hari peperiksaan...
ermmm...
betul la kat portal tu da macam pasar malam... jual ni jual tu.. tapi xper laa...skrg ni da ader MPP yg jaga kebajikan...boleh la hubungi mereka sbb maser rapat umum diorg kater mcm ni tau :
" kalau anda undi kami, petang ni kami menang, esok kami turun padang...jaga kebajikan anda tidak kira susah atau senang, miskin atau kaya".....
itulah antara bait2 yang dilafazkan oleh MPP pro kebajikan yang menang termasuklah wakil calon mereka...
so saper ader masalah tak cukup duit nak print masalah, xcukup duit untuk balik kampung, ader masalah peribadi, tayar pancit, baju tak basuh ker atau duit x cukup...MPP kebajikan sudi membantu dan berkhidmat untuk anda.. apa2 sila hubungi nombor ni: Aqilah Hanis(exco akademik merangkap pengerusi revolusi kebajikan UPSI)- 0122216958. boleh hubungi 24 jam...
terima kasih aqilah dan MPP yang kebajikan...we love u all...mmmmuuuuaaahhhhh....
udah2.. lerr
siti ker sopian ker...
abu ker..xyah la nak wat cerita...
pg la study tu..
kepada yang menang wat la keje korang sampai selesai...
kami mahasiswa masih tidak nmpak mana2 MPP baru turun padang.. masa berkempen punya la bersungguh2 nak jaga tu nak jaga ni...tp sampai sekrg ni hampeh..janji tinggal janji..
yang aku pelik...jawatn yang dikejarkan nyaa... yang jadi YDP tu nanti kita tgk la..bleh memimpin kerr atau sekadar taktik PRO KUALITI yang betul2 berkualiti atau x.. Jawatan xpenting...yang pentign adalah tanggungjawab... jgan la memecah belahkan MPP..biarkan mereka dengan urusan mereka..jgn sbb jawatan satu keje pon xbleh nak wat...yang berjuang demi agama ker..etnik kerr...tnjukkan kebolehan dan bakat dalam memimpin..jagn la jawatan dikejar2 tp amanah dibuat sampah jer... orang yang berilmu boleh membezakan sama ada blog ini berunsurkan apa? membela nasib pro KEBAJIKAN kan??
daripada org akan nmpak buruk barisan MPP yang mana memperjuangkan KEBAJIKAN seakan-akan GILA KUASA tapi KEBAJIKAN masih tiada TINDAKAN. ini akan memburukkan IMEJ MPP tersebut.. Berikanlah semangat dan dorongan kepada MPP KEBAJIKAN bukan dengan memburuk2kan IMEJ mereka.. sudah2 lah wahai penulis blog ini. kami pembaca da rasa mual dan rimas. dan ada kalangan kawan2 mengatakan yang calon2 KEBAJIKAN tidak tahu wat keje tapi hanya nak jawatan dengan cara memburuk2 dan menghasut mahasiswa melalui BLOG ni...
ok laa..saya pon malas mengulas panjang...smoga berjaya semua mahasiswa UPSI dalam final exam kali ini.. tak sabar nak tggu STUDY WEAK 2 Minggu...yeyehh.....
x abis2 STUDY WEEK 2 MINGGU...
study week seminggu ja ka...
ingat upsi ni pak ko yng punyer ka senang2 nak wak study week 2 minggu...
mcm2 lah, skang ni nk salahkan upsi portal plak dah. penulis blog nie, mcm bagus je... sahabat penulis blog, kalau tahun lepas x dpt bertanding, janganlah sibuk2 tahun nie plak. awak 2 mantapkan lah pointer dulu. NnT interview tuk praktikum x lepas kesian, x dpt posting, pas2 salahkan MPP, salahkan UPSI. hmmm... awak kalau awak fikir awak ni bagus sgt, bitara sgt, kenapa x nk jmp dato VC terus. Tapi duk menyalak. sahabat, anjing pon pandai berhenti menyalak tau, ni kan sahabat sendiri yang x hbs2 nk kucar kacirkan mahasiswa. helo, awak 2 hny mahasiswa, x de ijazah, hny stpm atau diploma je? 2 pon kalo cemerlang. Saya mmg sentiasa ikut perkembangan awak. Nmpaknya hmpir 90% adalah rekaan dan dusta semata2. kabinet dah bentuk, kalau x puas hati sgt awk pi jumpa dato VC. kuasa mutlak univ pd dato VC. so, buatlah ap yg patut kalau x puas hati sgt. saya cabar penulis blog ni, kalau betullah awak ni anak jantan, kalau betullah awak nie memperjuangkan jihad islam, maka keluarlah buat surat terbuka di UPSI PORTAL yang awak war2 kan sbg pasar malam maya. Ini cabaran untuk awak. kalau awak x berani buat perkara ini, lebih baik awak berhenti menulis blog ini, kerana awak sudah terlalu taksub dengan politik kampus. Gud Luck untuk awak 4 final exam, jgn silap jwp masuk politi kampus plak. Ingat awak hny seorang mahasiswa yang x pernah rs bersyukur dengan nikmat Allah. Kembalilah ke pangkal jalan sebagai mahasiswa. Anggap ini satu nasihat. Bye!
Aduyai~ .... naper macam nih? kalau rasa nak perbetulkan orang, iklas nak menegur, kenapa guna anonymous?
Bagi link yang tak berkaitan?
haha... lawak tol
suke sye nyatakan kat cni puak2 yg dh terkubur(aspirasi) jgn cube bermain api..NC dah hapuskan semua budaya politik sempit n jahat korg..sbb tu skg ni pakai atas tiket indvidu..
aku wakil calon Aqilah Hanis..
sape yg cabai sgt tu sesuke hati sebarkan no Aqilah ni??
bg name sebenar kau ler..
kite cube buat sume scara bersama..korg tau Aqilah boleh memimpin n "KUALITI" yg ade kat die tu mmg diiktiraf smp ditabalkan TOKOH MAAL HIJRAH seluruh UPSI..dr 15rbu pelajar die sorg yg terpilih..
tp kenapa dinafikan HAK jd MT??korg taukan MT ni ade kuasa besar dlm bersuara??aku pn pelik la..
yg xmo amek Pot hal politik kampus..dh..ko senyap je..xpyh menyemak kat sini..sini org ade kesedaran ttg POLITIK tu pemacu kpd
sesuatu..ko tgk negara ni pn dh kucar kacir dgn pemerintah yang dh hilang arah..
klu pointer pn biase2 xde la 4.00 or dekan stp sam xpyh la nak borak lebih..Aqilah yg dekan stp sam tu pn xckp cmni..siap bz gak dgn penglibatan tuk naikkan nama upsi ngn mcm2 pertandingan n gerak kerja kolej n persatuan sume..lngsung xgangu stud die..
tp hang??cermin diri gak..
jgn terlalu pentingkan diri sendiri klu busuk hati dgn org lain..
-ChegiFADH-
aduh adiuh tak habis ngan politik bengang ko ni..bila ko nak insaf ni..ko ni kemaruk sangat dengan mpp pro mahasiswa ini pasal apa...ko ada untung ke..mungkin adala corect corect ni hahahhaaa....kalau ko rasa ko dah kebajikan sangat apasal ko tak semuka sekali dengan si pengiklan atau org itu..jumpa dia kemudian terang apa ko nak..itu pun nak ajar..apala cikgu politik bankrap mcm ko..baik hang pi jumpa org tu kerna pada pandangan aku diorg ni jaga kebajikan pelajar sb bagi cara bgmna pelajar tambah duit bukan dapat komisen atau suka kutuk orang...sblm kutuk orang tgk kat cermin..kalau ko seorang yang berpendidikan dan baik akhlaknya, aku minta ko siarkan komen aku dan balas balik...ini satu perjuangan memartabatkan pendidikan bukan politik murahan macam ko..habuk pun tak nampak...opss sorry kalau nak jawab jgn lupa masukkan nota kaki biar jadi bukti...tq
Mahasiswa berkualiti pemangkin negara
tengku mario.........
bengong punya orang....hak untuk bersuara....katakanlah.....
membangkang x per ..tp bior la bernas...nie dh macam bukan mahasiswa...bila satu isu dibawa discus cara ilmiah...tp semua pakat nk sedap hati perut yg dh buta 2.....kalu sokong bagi alasan ....nie sembang guna emosi....nampak la sangat kebengongan mahasiswa kita....
bincang satu isu fokus pada topik...nie x melalut tah apa2....aduss mahasiswa kita....semoga tuhan memberikan hidayah kepada kita semua
Hhmmm... rata-rata mengaku mahasiswa/siswi berkualiti.. yalah, siapalah kan akan mengaku diri tidak baik, umumnya (ada juga segelintir yang insaf muhasabah diri dengan bersikap telus).. tapi... saya perhatikan penggunaan bahasa anda dalam berbalas pendapat dalam ruangan ini langsung tidak mencerminkan mahasiswa/siswi berkualiti yang berbudi luhur yang sewajarnya harus dimiliki oleh para mahasiswa/siswi.. contoh perkataan yang kurang bermoral dan kurang beretika adalah ''bengong/ bangang'' dan seumpamanya.. sepatutnya walau amarah mana sekalipun, harus tetap pandai memilih perkataan yang melambangkan kebijaksanaan anda sebagai mahasiswa/siswi dalam bertikam lidah... bukan main sesedap hati bersuara tanpa membuat pertimbangan sewajarnya yang menyebabkan tercalarnya tahap kualiti para mahasiswa/siswi yang sekaligus melambangkan tahap kualiti mahasiswa/siswi seluruhnya... bak kata pepatah, secalit lumpur di kerbau, semua terpalit dan setitik nila, rosak susu sebelanga... Sekian, WALLAHU'ALAM... bersama memartabatkan kualiti mahasiswa/siswi untuk melahirkan cendekiawan sebagai pemangkin negara.
UPSI ni...dah macam tempat melahirkan mahasiswa sampah dan guru kelas ketiga.....Mahasiswa dia dah gila berpolitik sampai pencapaian akademik merudum teruk...Tutup saja UPSI....tukar saja jadi IPG. Memalukan agama, bangsa dan institusi perguruan negara. Korang tahu tak ranking korang dalam senarai Universiti2 dunia. Setaraf kolej universiti negara2 dunia ke-tiga...tahu tak. kalau tak sedar diri juga....baik tak payah belajar U.
Post a Comment