October 16, 2008

Tiada Aspirasi mahupun Pro Mahasiswa – HEP

Desas desus mengatakan PRK UPSI kali ini menampilkan pertembungan 2 penjuru antara Pro Aspirasi dan Pro Mahasiswa dinafikan pihak HEP hari ini. Seorang pegawai HEP menjelaskan bahawa kita tidak mahu lagi ada sebarang unsur berkumpulan dan berpuak dengan nama-nama tertentu dalam PRK kali ini. “Kali ini kita bebas dari sebarang bentuk berkumpulan sama ada Aspirasi mahupun Pro Mahasiswa. Sebab itu kita adakan kursus awal bagi setiap calon yang mahu bertanding agar mereka menyedari tanggungjawab mereka sekiranya ditakdirkan memegang amanah memimpin rakan mahasiswa nanti”,katanya. Tambahnya lagi “kita juga menolak sebarang bentuk pertandingan berkumpulan yang boleh menimbulkan pelbagai persepsi dan kita tegaskan perkara ini dengan menggariskan beberapa peraturan berkaitannya”.
PRK kali ini merupakan PRK yang paling dinantikan mahasiswa setelah beberapa IPTA lain selesai PRK mereka minggu ini.

7 comments:

Anonymous said...

Secara zahirnya mungkin tiada, tetapi jika diperhalusi mungkin puak-puak ini masih ada. JIka tak percaya, tunggulah semasa pengumuman kemenangan calon pada 21Oktober nanti.

Renung-renungkanlah...

Anonymous said...

Salam.
Moderator blog. Jangan mudah termakan dengan kenyataan HEP. Jikan anda hendak menjadi blogger yang kritis, jangan diambil bulat2 kenyataan dari HEP. Anda sepatutnya memberikan persepsi anda sendiri supaya ia selari dengan selera pembaca blog. Tetapi, jgn pula menfitnah.Itu dosa besar. Satu lagi, sila 'disappearkan' gambar 2 org calon HEP di dalam posting anda kerana ia merupakan undi percuma kepada mereka berdua. Kena pandai guna strategik sikit. seharusnya anda memaparkan gambar calon2 Pro Mahasiswa supaya org lebih mudah kenali.dan promosi blog anada dengan besar-besaran. Anda boleh promote calon pro mahasiswa dengan menceritakan kelebihan calon2 tersebut dan pengalaman mereka.

Selamat Ber'blog'

Anonymous said...

pandangan kancil yang amat bernas. Perkara remeh yang sebenarnya amat penting.

p/s : kancil yang bijak

Anonymous said...

salam..
saya antara beberapa mahasiswa yang sempat mendengar sesi talk manifesto calon tadi...saya melihat terdapat beberapa pasukan provok(bersorak dan menyokong segelintir calon) dalam sesi pidato td. Yang saya musykil katanya tiada pro mahasiswa atau pro aspirasi, tetapi satu keturunan Mantan MPP diketuai YDPnya berada dikawasan berkempen dan bersolak apabila calon2 mereka membuat ucapan...macam ada ASPIRASIJE...

so saya rasa macam ada je...

Anonymous said...

Berdasarkan pendapat jebat, pengaruh PRK-PRK yang lepas mungkin ada. Sentimen plotik secara berkumpulan ini mungkin ada. Tapi bagi jebat yang tak berapa pandai ni kan, melalui 2 kursus kepimpinan yang HEP telah lakukan, sentimen tidak sepatutnya berlaku lagi. Mudah-mudahan..

jebat - mungkin ada mungkin tidak

scodeng said...

memang secara dasarnya tiada calon aspirasi dengan pro tapi..jika diperhalusi memang wujud 2 puak yang macam ni..u lihat bagi calon HEP ada perkataan kualiti dan calon x HEP ada perkataan kebajikan..klu yg ada kedua2 perkataan ini calon bebas..tpi rasanya x der kot...satu lagi ada sy tanya bestfreind kawan sy budak FPE rapat sangat dengan MPP dan YDPnya mengatakan bahawa wujud dua puak tapi bukan atas nama aspirasi d pro..sebaliknya perkataan yang membezakannya..huhuuuu.....x kisah lah aspirasi ke pro ker janji bila diberi tjwab dapat bt dengan ikhlas kerana ALLAH..bukan semata2 nak kejar glamour atau giler kuasa..sy sendiri pun yang join aktv sama MPP harap ada revolusi dalam tampuk MPP..

undi mestilah bijak, undi calon yang benar2 boleh buat kerja bukan cakap2 aje...kalu diikutkan calon hep yang layak untuk pegang tampuk MPP dua orang budak FPE yang senantiasa bersama MPP sebelum ini..itu jer..yang lain macam hampas kelapa..tiada pengalaman cuma baru dalam proses mencari pengalaman...5 calon FPE ..yang berkaliber hanya budak pengurusan perniagaan dan perakuanan (sem 5)..yang lain susah sy nak komen..hadir kursus pun macam x der perubahan..jadi vote lah mereka

Anonymous said...

KITE TGK KETELUSANNYE NANTI