October 22, 2008

Siapa layak untuk duduk di kerusi nombor satu MPP

Seluruh mahasiswa yang mengikuti perkembangan PRK pada kali ini pasti tertanya-tanya siapakah calon yang layak untuk duduk di kerusi Yang Dipertua yang merupakan kerusi penting dalam organisasi kepimpinan mahasiswa.
Berdasarkan keputusan PRK yang diumumkan semalam, Akmal Madzir disebut-sebut sebagai antara calon yang layak memegang jawatan itu berikutan jumlah undi yang diraih beliau. Akmal memperoleh jumlah undi tertinggi dalam kerusi umum iaitu sebanyak 4124 undi. Untuk rekod, Akmal sebelum ini memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Sains selain pernah menjadi Exco Perpaduan dan Kerohanian dalam Jawatankuasa Mahasiswa Kolej, Kolej Ungku Omar. Berdasarkan 2 jawatan tertinggi yang pernah dipegang beliau selain penglibatan dalam beberapa program lain sebelum ini, beliau mempunyai potensi besar untuk menyandang kerusi YDP MPP sesi ini.
Calon kerusi umum lain yang berkemungkinan merebut kerusi ini adalah Muhamad Nazarul Hazwan Bin Abd Razak yang juga memenangi satu kerusi umum dengan jumlah undi sebanyak 3729 undi. Beliau juga dikatakan antara calon pilihan yang berpotensi merebut kerusi tersebut berdasarkan pengalaman beliau menyertai pelbagai program.
Seorang lagi calon yang dikatakan berpotensi untuk kerusi tersebut adalah Mohd Hairie bin Abdullah yang menang tanpa bertanding untuk kerusi Fakulti Bahasa. Beliau juga dikatakan mempunyai pengalaman dalam banyak program di peringkat universiti seperti Pertandingan Tilawah Al-Quran IPTA dan sebagainya. Beliau yang sudah lama bergiat aktif dalam Kelab Sahabat Mahasiswa Universiti (SMU) mempunyai banayk pengalaman dalam program universiti.
Upsikini juga dilaporkan ada ura-ura mengatakan kepimpinan MPP kali ini akan mengubah landskap organisasi yang akan dibentuk. Berkemungkinan juga Nur Aqilah Hanis akan dicadangkan memegang jawatan nombor satu itu setelah berjaya menang kerusi umum. Ini berikutan sokongan dan pengalaman beliau yang mampu menjadi kredit untuk beliau memegang jawatan itu. Beliau yang mempunyai pengalaman dalam Jawatankuasa Mahasiswa Kolej, Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) turut berpotensi untuk merebut jawatan tersebut. Selain itu beliau turut memegang beberapa jawatan tertinggi di dalam beberpa persatuan di peringkat universiti. Beliau juga pernah memenangi Anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat UPSI bagi kategori pelajar wanita selain menjadi pendebat UPSI dalam beberapa pertandingan debat. Ada cakap-cakap mengatakan orang nombor satu mahasiswa berkemungkinan diberi kepada golongan wanita setelah melihat kepimpinan universiti yang dipimpin oleh Naib Canselor wanita iaitu Prof Dato’ Dr. Aminah Ayob.
Berdasarkan kepimpinan yang lalu, kabinet MPP akan dibentuk melalui 2 kaedah iaitu sama ada lantikan terus Naib Canselor atau mandat daripada ahli MPP Yng diberikan kepada calon tersebut.
Perkembangan yang pelbagai ini memberikan satu suasana yang cukup menarik dalam PRK kali ini.
Kabinet MPP dijangka dibentuk dalam beberapa hari lagi selepas tempoh selama seminggu diberikan kepada mereka berbuat demikian.

24 comments:

Anonymous said...

Salam...Tak perlu nak berkira-kiran untuk menjadi YDP jika tidak mengetahui kemampuan diri. Jgn nak bermimpi di siang hari. Menjadi mantan Presiden Persatuan Sains yang hanya 2 bulan dibentuk bolehkah dikatakan berpengalaman??? Lantikan pun tidak diiktiraf, mesyuarat pun tidak sah bagaimana pulah boleh menggelarkan diri sebagai presiden 'mahasiswa' sains??? Aqilah Hanis jadi YDP??? Tolong bagitau saya ranking ke berapa si Aqilah ini dalam arena perdebatan jika nak dibandingkan dengan Nurul Nadiah dan Habibbah Juddin??? Kita tunggu dan lihat sahaja keputusannya kelak....

Anonymous said...

tiada calon yg layak menyandang YDP MPP. kalau abg rashid yew...

Anonymous said...

Maaf kata Aqilah tidak boleh menyandang jawatan ini....Saya kagum dengan semangatnya namun biarlah dia menjadi MPP biasa2 sahaja..

Anonymous said...

salam..
agak ssh sbnr nye utk mmlh YDP yg lyk..tp sy kira yg plh layak akmal madhzir..pengalaman sbg JMK KUO byk membantu..agaknya specky nih buta.tlepas pndg yg akmal pnh jg JMK KUO.

specky lu buta ka?ada berani merempit?..agknye kecewa la 2 calon plhn kalah..muahahahaha...lu sndri pn x berani btnding lu ckp byk plak...

andalusia said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

aqilah layak jadi ydp..knp nak banding ngan nurul nadiah n habibbah dorang bertanding ke?menang ke?..pandai berdebat tak semestinya pandai memimpin..pemimpin xsemestinya pandai berdebat..aparra..akmal madzir juga layak..dia bekas naib ydp jabatan perwakilan pelajar masa di matrikulasi dulu..specky masuk matrik x?hehe..banyak lagi jawatan dia pegang..sememangnya dia layak..usah pertikai..

Anonymous said...

specky..specky..sape yg bermimpi di siang hari ni..aku rasa ko yg bermimpi di siang hari..aku rasa akmal yg layak jd YDP...akmal presiden persatuan sc..kami yg angkat tgn pilih beliau..so..kami sebagai ahli mengiktiraf akmal sebagai Presiden Persatuan Sc.

Anonymous said...

sah specky ni budak debat tp bdk debat yg xaktif lg la sgt..bdl2 debat kat upsi ni yg hebat2 xcampur bende2 camni...sape la ye agaknye die ni??aku cam dh blh agak..bdk debat pun xramai mane kat upsi ni..setelah ditapis2 maybe die ni penah la join debat jap kot..ala..debat2 peringkat kolej jew...ops!...ko ade betanding??xbetanding jgn byk bunyik...duk diam2 praktis debat byk2..blh masuk debat alam sekitar tahun depan..bg up sikit name upsi dlm arena debat..ade ranking rupenye debat ni...ko ranking no bape??ke xde dah ranking sbb xlaku??akmal tu jmk kuo bai..pengalaman die byk dah...aku ade mase mesyuarat agung tu..geng2 ko(mpp) menyibuk persoalkan kewangan la ape la padahal mase program bdk2 sains ade ko n remi tu dtg???huh!aqilah tu jmk khar..lg la die byk pengalaman..so xyah sibuk2 pertikaikan sape ydp..ko tu kukuhkan diri ko tu supaye leh masuk sekurang2nye debat piala pengetua kolej kediaman upsi ni..jadi laaaa..ops!..ahaks!

stuju dgn post atas2 tu..pandai debat xsemestinye pandai memimpin//mcm ko specky yg pandai bedebat la konon n mengumpat pastu langsung xde ciri2 kepimpinan..ciri2 kepondanan ade la ko tu..ops!..jgn terasa bang..specky konon...i know exactly who u r....daaaaaa

ibnu fauzi said...

salam..kepada specky..apa bukti yang boleh anda ketengahkan bahawa mesyuarat tidak sah?? walaupun 2 bulan memegang jawatan presiden PMS, namun sepanjang 2bulan saya berkerja bersam-sama beliau, terus terang saya katakan, Akmal sememangnya layak untuk mewakili kerusi no.1 itu..anda pernahkah berkerja bersama beliau??saya bersama saudara akmal sejak dibangku matrikulasi lagi,waktu itu saudara Akmal memegang jawatan naib ydp!!di peringkat kolej kediaman saudara Akmal merupakan bekas jmk..dan baru semalam dibuktikan lagi dengan undian paling tinggi oleh mahasiswa UPSI, jadi tidakkah kau mengerti wahai specky?

Anonymous said...

Pemilihan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar layak diangkat sedikit sahaja dari Pemilihan Kerusi YDP Tingkatan Enam. Malahan lebih bagus lagi. Orang kalau dah gila jawatan mmglah akan berkata itu dan ini...kononnya lebih hebat dari yang lain. Kita tgk la mampukah si Akmal ini memimpin 15200 orang pelajar. Itupun nasib baiklah kami x bagi barisan 'Pro Kebajikan' menang tanpa bertanding. Kami nak tgk sejauh mana kemampuan geng2 "TULA" ni buat kerja. Apa yang pasti Exco Kebajikan pastinya akan diisi oleh korang dan sudah semestinya Exco Kerohanian juga. Kita tgk pencapaian pasukan nasyid U all macmana. Perjuangkanlah PTPTN tue. Awak nak x payah bayar pun boleh. Tapi sedar atau tidak duit yang korang dapat tu jugaklah yang membiayai pelajaran korang. Dasar x sedar diuntung! Duit dah habis berkempen baru sibuk nak 'tembak' PTPTN. Kita akan tgk ape pencapaian MPP 08/09 kali ini x kira siapa juga nakhodanya. Kalau orang sedar akan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin pastinya dai akan berkata TIDAK. Tidak untuk bertanding. Cuma nasihat saya pada PRK akan datang, Pastikanlah u all ada pelapis dan pastikan semua kerusi ditandingi. Baru boleh ambik Kabinet MPP, baru la boleh buat keputusan besar, barulah ada suara majoriti.

Anonymous said...

saudara specky ni pening gamaknye..tak pernah pun ana dengar dari mulut akmal bahawa ni nak jadi ydp tu..dia tak beria2 pun nak jawatan tu..cuma dari kami saja yang mahukan dia jadi pemimpin kami..mana ada dari puak2 kamu yang layak..akmal sememangnya layak..insyaALLAH..dan kami juga boleh terima kalu bukan dia yang diangkat jadi ydp..takde masalah buat kami..insyaALLAH..hal ptptn bukan perjuangan akmal saje..calon2 aspirasi juga banyak sebut hal ptptn ni dlm manifesto dorang..cthnya saudara rashid tu..mintak ptptn naikkan pinjaman untuk pelajar bukan sains..jadi knp pertikai akmal seorang..

Anonymous said...

Ko x dengar...aku pun x dengar tapi aku ni jenis yang rajin membaca...Cuba baca keluaran kosmo! lepas (semalam 22/10/08)... "saya bersedia memegang jawatan Yang Dipertua..." Ape tuh??? Lagi satu kan...ape hal plak si penjual nasi lemak tue beria-ia benar nak pegang jawatan YDP (walaupun dicalonkan) sedangkan hang cuma dok ada 1 sem aja? Mcmana nak jaga kebajikan pelajar kalo sem 8 dah praktikum??? Ape hangpa nak pi jual nasi lemak beramai - ramai ka?
Pengundi ni pun satu bongek sebab buta hati pilih budak2 sem 6. Kena rasuah ker? Apapun saya puji sifat2 dan peribadi serti pekerti mulia yang ada pada saudara Arif... X bermakna saya menghentam tp saya x suka dia... Bercakap berdasarkan pengalaman. Syor saya, kalo nak jadi jugak YDP, Arif waima Akmal sekalipun atau si Iron Lady Aqilah kena banyak menimba ilmu dulu.

Anonymous said...

Saya bukanlah hebat dan bukanpun MPP, namun sekadar mahu berkongsi idea.Bolehkan...

Sbg seorang MPP anda..........

Pertama hubungan MPP dengan semua student haruslah nampak berkarisma dan unggul. tidaklah terlalu santai(ayat BERLAPIK untuk mpp yang lepas)dengan mahasiswa.

Kedua, hubungan dengan persatuan-persatuan dan kelab haruslah diperbaiki dengan hemahnya. adakan program dan satu diskusi.saya percaya majunya mpp jika dibawahnya adalah naungan2 persatuan yang mencecah lebih 60 persatuan..barulah setiap program,aktiviti sampai dan melibatkan semuanya.

ketiga, kalau ada sebarang acara pastikan MPP tidak sibuk dengan protokol, menjaga vip, sambutan atau kata mudahnya sibuk dengan semua urusan.MPP kan mmpunyai rexco, biar sekiranya silap, namun yang silap dilakukan itulah menjadi tonggak kejayaan seseorang kelak.

Keempat, MPP sesama MPP haruslah mempunyai Ukhwah dan saling berkerjasama antara satu sama lain. Jgn berpuak-puak sehinggakan tidak mahu masuk kebilik MPP.

Kelima, Program didalam kampus dan membabitkan kebajikan mahasiswa harus dipergiatkan. Juga program kemasyarakatan seperti bekerjsama dengan mana-mana kelab yang cenderung dengan aktiviti kebajikan. Jika ada ketidak puas hatian mahasisiwa tolong sampaikan secara telus,jangan biarkan UPSI portal sebagai medan pelajar untuk menyampaikan macam2 hal yang sudah tentu tidak pasti ada penyelesaiannya.

Keenam, jgn ulang dan bangkitkan isu POSTING. pertamanya urusan posting semuanya adalah urusan pentadbir universiti dan yang sudah tentu ALLAH punya kuasa.JAdi isu lapuk sebegini jgn diangung2kan. "Undilah saya, jika undi saya jamin posting selesai" (teringat semasa PRK tahun lepas). MasyaAllah bukankah tuhan yang punyai kuasa bukan beliau.

Ketujuh, dalam sesetengah hal, sifat universal harus diterapkan. Jgn terlalu sempit sehingga yang dirasakan rasional ditolak ketepi. Hiburan itu perlu namun jgn sampai menyekat. Yang penting kandungan hiburan haruslah relevan dan menurut lunas2 ketimuran.

Kelapan, popularkan dan sering publishkan sebarang program didada-dada akhbar. Hubungi PRO bagi setiap program yang dilakukan.Hubungi akhbar.

Akhirnya, nasihat saya kepada semua MPP. Teruskanlah memajukan universiti. Saya yang sering mewakili universiti dalam beberapa siri program dan pertandingan, kadang-kadang rasa kecil sgt dengan UPSI. Buatlah sesuatu demi IBU KANDUNG SULUH BUDIMAN ini agar dikenali seluruh IPT.

Anonymous said...

specky2..ana ada masa wartawan interview akmal..dah wartawan tu tanya bersedia ke x kalu dia dicalonkan sebagai ydp..xkan dia nak jawab xbersedia kot...aparra..ana nak tipu,,..ana ada sekali ngan dia masa tu..n ramai lagi orang lain..yang pasal arif..bile plak dia nak jadi ydp?...ish3..cuba tanya ain dia sem berapa dah?sem 5 kan?budak sem 5 sekarang akan praktikal sem 7...sama jela mcam akh arif..jadi ape masalahnya anda pertikai kan arif sorang je..kami percaya aqilah dan akmal layak untuk jawatan ydp..berbanding calon aspirasi..xde sape yang layak..

andalusia said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

aku student biologi..aku lagi kena rajin membaca dari ko..aku pon ada baca statement dia tu dalam kosmo..
sekadar menambah yang kat atas tu..hehe

Anonymous said...

Pada pandangan saya saudara Akmal lebih layak memegang jawatan YDP MPP kerana beliau merupakan seorang yang berpengalaman luas dan bertanggungjawab. Selain pernah memegang jawatan Presiden PMS, Exco kerohanian KUO dan Pengerusi Surau KUO, beliau juga pernah menyandang jawatan Naib YDP JPP Matrikulasi Negeri Sembilan. Ini sudah membuktikan bahawa beliau merupakan orang lama dalam organisasi. Selain itu apa yang dapat saya lihat pada diri akmal adalah suatu sikap yang bertanggungjawab, peramah, sabar dan komitmen dalam setiap tugas yang diberikan. Akmal juga merupakan seorang mahasiswa yang berakhlak mulia. Saya tidak berniat untuk memuji akmal sebaliknya inilah apa yang dapat saya gambarkan terhadap peribadi beliau.
Orang takkan undi akmal sekiranya beliau tidak layak. Sebaliknya semua orang kenal sikap dan peribadi saudara akmal. Beliau benar-benar memiliki sikap seorang pemimpin yang berkeliber. Tenang dalam menangani pelbagai isu. Walaupun difitnah beliau tetap tenang dan tak melatah. Sikap ini juga dapat dilihat semasa malam terakhir berkempen. Walaupun diganggu oleh penyokong pihak lawan dengan perkataan yang .... namun beliau masih mampu tersenyum. Kesimpulannya, Saudara Akmal adalah satu-satunya calon yang layak memegang tapuk pimpinan MPP dgn sikap, peribadi dan akhlak beliau yang baik.

Anonymous said...

Untuk pengetahuan saudara dan saudari. Ini adalah kisah benar yang mungkin anda belum tahu dan belum penah dgr. Ada seorang hamba Allah tu, dia mmg dengki sangat dengan akmal. Sbb semasa pemilihan presiden PMS, dia gagal sandang jawatan presiden PMS. USahkan presiden, apa jawatan pun tak dapat. Dia ni gila kuasa. Tp syg takde sapepun nak lantik dia jadi Presiden PMS. Jawatan dah ada tp tamak dan gila kuasa. Mlm tu semua ahli PMS marah sgt kat dia ni. Ganggu majlis orang je. Pastu duk tanya benda bukan-bukan. Majlis pemilihan jawatankuasa PMS malam tu lambat habis sbb budak gila kuasa ni la. Dengki budak ni tak habis kat situ je. Di buat pulak fitnah terhadap akmal. Ada lagi. Mungkin ada yang tak tahu peristiwa malam terakhir kempen. Hampir terjadi pergaduhan disbbkan budak ni. Dia tampil ke depan.. pastu siap melabel orang lagi. Lebih teruk lagi siap mengkapirkan orang lain. Sape ye budak ni??? Nak tahu.. Tanya ahli PMS.

Anonymous said...

Aku tahu sape specky...
Ko ni tak habis-habis lagi. Budak2 PMS tak nak ko. Lembik dan tak amanah. Mulut jahat. Ko ni tak hbis2 dengki. Jahat betul la ko ni. Mcm mana boleh jadi mpp lepas hah? ko ni memalukan budak sains je.

Anonymous said...

Tidakkah anda semua sedar bahawa specky ni bkn seorg pelajar..??adakah dia ini dato M??cube lihat kembali post2 dia sebelum ni..sy jamin dia bkn seorg pelajar TETAPI mungkin seorg pegawai di sebuah jabatan di upsi ataupun seorg balaci dia yg baru sahaja bergradua?..dia adalah sekretariat PRK...cube lihat kembali post2 die...lihat kembali...

Anonymous said...

mls btul layan statement specky yg sungguh dangkal pemikirannya ni, tp fakta kena betulkn jugak,

Kosmo menulis, tp Akmal tak berkata, paham x?-
..................................
akmal tak pernah berkata seperti yg tertera kt paper tu, nk tgk rakaman interview Akmal ke? Aqilah pn xdenye dia nk tmbah saya bersedia berbakti kpd rakan2 yg lain. nnggok sngguh ko ni, spekulasi, sape pn blh buat, klu kami nk sebut nama ko kt cni pn blh, klu salah pn, apa buktinye,

pimpinan waktu praktikal-
................................
tahun 2003 - seawal 04/05, mantan YDP UPSI buat praktikal kt Pahang, xde hal pn, klu pengundi ngok sgt p ngundi budk sem 6, maknenye HEP trlebih ngggggok lg la sbb bg budak sem 6 brtanding,

Setitis ilmu dr seluas lautan -
.................................
ko bajet ko ada parameter ke nk ukur sejauh mana level ilmu Akmal, Arif, n Aqilah? kalaulah mereka mungkin memiliki setitik air di lautan brbanding ilmu Allah, maka x tau nk ckpla ko ni kat mana tahapnye,
Sekurg2nye mereka tahu klu ad seorg lelaki x turun surau utk solat brjemaah, hukumannya amat berat, apatah lg bg yg x solat terus,
Sekurg2nye mereka tahu aurat wanita menutup semuanya kecuali muka dan tapak tgn, labuhkn tudung menutupi bhgian dada, bukn pakai tudung ikut fesyen!
ko tahu x semua tu?
br 2, klu tahu pn, masukkn dlm amar maaruf nahi mungkar x spnjg ko hidup ni?

ptptn generate dr langit?
..................................
mengikur research Prof DiRaja, Pak Ku(Ungku Aziz Ungku Hamid, hasil galian petronas mampu membiayai keseluruhan perbelanjaan mahasiswa di IPT seluruh negara tanpa menjejaskn kos sara pembangunan dan lain2 di Malaysia. Ko kn jenis rajin mmbaca, hah crla artikel tu klu x caya.
cukai pintu, cukai jalan, cukai prniagaan n mcm2 cukai yg dikenakn pd rakyat tu kemana prginya? ko blh nafikn klu ko sndiri yg tgk penyata keluar masuk kewangan negara, klu x duk diam2! sejak dr dulu lg minta dibentang, x prnah2 nk tnjuk, bak kata syahir, klu kita ad buku akaun, xkn kita nk tnjuk kt org, alsn dh la x konkrit, mslhnya ni akaun guna duit rakyat, petronas pn milik rakyat, xde sape pn dpat pusaka laut yg ad pertoleum

-never say die if u stil put yr brain in toilet!-

Anonymous said...

Alhamdulilah. Moga Allah merahmati kalian

Anonymous said...

moga ALLAH merahmati kamu juga..dan mencampakkan taufik dan hidayah kedalam hati kamu dan kami semua..ameen

Anonymous said...

cuma nak bg cadangan..korang sediakan je list jawatan yg pnah disandang akmal...dr tadika smpai sekarang..haha