Rapat umum yang dianjurkan pihak Sakretariat PRK yang bertempat di Kolej Harun Aminurrashid lancar. Rapat umum yang dimulakan agak lewat akibat hujan terpaksa diubah tempatnya daripada gelanggang bola tampar ke Foyer Blok 1. Kempen bermula pada jam 10.15 minit malam berlangsung dalam keadaan terkawal pada awalnya tetapi sedikit kecoh selepas beberapa calon selesai berucap. Kebijaksanaan Sakretariat PRK yang menjadi pemudahcara rapat umum tersebut menenangkan keadaan dengan memberi amaran kepada mereka yang membuat provokasi mendapat sokongan daripada hadirin yang hadir untuk mendengar manifesto calon. Sepanjang rapat umum ini calon begitu tenang menyampaikan hujah dengan cara yang tersendiri diselang seli dengan sorakan para penyokong. Calon terakhir yang menyampaikan manifesto, Nur Aqilah Hanis bt. Mohd Yussof membuat kejutan apabila membuat penjelasan berkenaan dakwaan fitnah yang dilakukan oleh penulis sebuah blog terhadap rakannya Mohd Fadhiri bin Ariffin. Dakwaan fitnah yang mengatakan Mohd Fadhiri menggelapkan wang sebanyak RM600 semasa beliau memegang jawatan sebagai Bendahari Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Ungku Omar dijalaskan oleh beliau dengan disertakan surat penafian daripada Penolong Pengurus Asrama Kolej Ungku Omar, Encik Raizol Ramli. Penjelasan ini menjadi perhatian seluruh hadirin yang hadir dan mendapat tepukan gemuruh selepas ucapannya tamat.
Setelah selesai rapat umum pada jam 11.20 minit malam, beberapa penyokong menghampiri seorang wakil calon Nur Aqilah. Upsikini dilaporkan bahawa penyokong tersebut merupakan kumpulan Pro Aspirasi yang berang dengan tindakan wakil calon tersebut bersorak dengan ungkapan ‘revolusi’ dan ‘perubahan’ yang disahut hadirin yang hadir. Upsikini cuba mendapatkan wakil calon tersebut bagi mendapatkan maklumat tetapi gagal kerana dibawa beredar dari tempat kejadian oleh rakan-rakannya.
Hadirin yang menyaksikan kejadian itu segera beredar bagi menyuraikan keadaan. Beberapa minit selepas itu, mantan YDP MPP sesi lalu, secara tiba-tiba menyampaikan ucapan bagi menjelaskan beberapa perkara. Upsikini sempat mengikuti ucapan tersebut dan dalam nada yang lantang beliau mendakwa terdapat golongan pembangkang di UPSI. Sakretariat yang sedar akan ucapan itu segera menghentikan beliau daripada terus berucap setelah mendapat aduan daripada beberapa mahasiswa. Peraturan PRK kali ini melarang mana-mana pihak melabel calon-calon dengan gelaran atau kumpulan tertentu. Upsikini dilaporkan bahawa beliau berhasrat untuk menafikan laporan akhbar Harakah berkenaan taktik kotor PRK yang lalu yang menggunakan namanya sebgai pemberi maklumat.
Pada masa yang sama Upsikini sempat meninjau kawasan sekitar tempat berkempen. Rata-rata calon yang ditemui sedang sibuk mengedar kad nama mereka bagi memancing undi mahasiswa di sini.
Tepat jam 12.00 tengah malam, sakretariat melarang calon meneruskan aktiviti kempen dan mengarahkan semua mahasiswa beredar dan balik ke bilik masing-masing.
Esok merupakan hari penentuan PRK UPSI bagi memilih ahli MPP sesi 2008/09. Waktu pengundian yang bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 6.00 petang bakal menyaksikan pertarungan sengit semua kerusi terutamanya kerusi umum.
October 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
slm..sungguh panas mlm td...sy selaku mantan JMK KUO... amat terkejut dengan kes yg melibatkan saudara.. FADhiri..
beliau di fitnah semata2.. sepanjang pengenalan sy dgn beliau..kami byk menjalani progrm bersama.. beliau seorg yg telus lg amanah..apth lg seorg yg tawaduk yg sering mendampingi surau waima slalu menjadi imam.... sy tidak akn percaya perkara sedemikian yg akan dilakukan oleh beliau...apapn sy mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudari Aqilah krn membuktikan yg Fadhiri tidak berslh... jika ingin siast pon byk lg benda yg blh di siast..cnthnye RM 36 k 2..
so fhm2 jela..
jgn_cari pase87
hehehehe...Wakil calon Nur Aqilah tu sekarang berada kat bilik aku. Jangan risau.Beliau selamat..Budak2 sains sukan mmg xbertanggungjawab dan xsedar diri..
Post a Comment