Keputusan PRK yang diumumkan secara rasmi semalam selepas tamat waktu bantahan memperlihatkan tidak ada perubahan senarai calon yang menang dalam pengumuman selepas waktu undian Selasa lalu. Namun, ura-ura mengatakan Rashid, calon umum yang tewas dalam pertandingan PRK kali ini masih mempunyai peluang untuk merebut kerusi umum sebelum kabinet dibentuk. Menurut seorang sumber yang menemui Upsikini pagi tadi, Rashid mungkin boleh menganggotai MPP sekiranya salah seorang calon kerusi umum yang menang tempoh hari menarik diri daripada menganggotai MPP. Berdasarkan keputusan PRK yang diumumkan, Rashid menduduki tangga ke 6 selepas Nur Aqilah Hanis dengan perbezaan undi sebanyak 107 undi. Sekiranya salah seorang daripada calon umum yang menang menarik diri berkemungkinan Rashid akan menggantikan kerusi tersebut. Ada cakap-cakap mengatakan calon yang mungkin akan berbuat demikian adalah Mohamad Nazarul Hazwan. Ini berikutan beliau masih berada di semester 3 dan masih berpeluang untuk bertanding pada PRK akan datang. Rashid sebelum ini disebut-sebut sebagai calon yang akan merebut kerusi nombor satu MPP.
Sekiranya diselidik kembali, Rashid berkemungkinan juga tidak akan berjaya menggantikan kerusi tersebut kerana beliau tidak melalui proses bantahan sebelum keputusan rasmi dikeluarkan. Rashid mungkin berjaya menggantikan tempat tersebut sekiranya beliau membuat bantahan ke atas mana-mana calon yang menang dan sekiranya bantahan itu diterima dan diakui oleh calon tersebut, Rashid akan diangkat menggantikan satu kerusi yang kosong. Walau bagaimanapun, tempoh bantahan telah tamat dan tidak ada sebarang bantahan yang dibuat dalam tempoh itu. Ada juga pendapat mengatakan Rashid tidak mungkin dapat menggantikan kerusi yang dikosongkan selepas waktu bantahan kerana sekiranya calon yang menang menarik diri, kerusi itu akan dibiarkan kosong dan tidak akan ada pengganti.
Hazwan juga dkatakan tidak akan semudah itu melepaskan kerusi yang telah dimenanginya kerana sekiranya beliau menganggotai MPP kali ini dan tidak dicalonkan sebagai YDP, beliau akan berpotensi besar mendapatkan jawatan nombor satu tersebut pada PRK akan datang. Hazwan dan Rashid juga dilaporkan antara calon yang berada dalam pool ‘Pro Kualiti’.
Malam ini, semua calon yang menang akan bersidang untuk kali kedua dan berkemungkinan besar kabinet MPP akan dibentuk.
October 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
TAKNAK...TAKNAK RASHID....
DIA MEMANG BOLEH BUAT KERJA NAMUN MULUT DIA TU TERLALULAH LEZER...
PR DIA PUN TAK BAGUS SANGAT..
KAMI (SBHGN) ADALH RAKANNYA JUGA DALAM PERJUANGAN DI UNIVERSITI, SAYA TAHU DIA BOLE WAT KERJA NAMUN UNTUK MENGATAKAN BELIAU OK MEREBUT JAWATAN MPP ATAU YDP..
EMM SAYA RASA TAK PAYAHLAH..BAGIJE KAT ORG LAIN..
TAKNAK.TAKNAK RASHID...TOLONG!
p/s : Rashid jgn marahye.
saya sokong2x!!...Rashid xlayk mnjdi pemimpin kami...kami mahukn pemimpin yang benar2 berkaliber dan berintegriti...rashid bukanlah pemimpin yang kami mahukan...
maaf, tp ni la hakikat sbnar kpimpinn kmi mahukn pemimpin yg kmi yakin kredibilitinya....
Tak nak jugak..Kami mahukan pemimpin yang berkaliber..bukan macam Rashid. saya knal die kerana saya satu matrikulasi dengan die dulu.(KMNS).
biarlah pemimpin atasan kami adalah daripada suara ramai student UPSI ini. Mereka telah pun bersuara melalui undian mereka baru-baru ini...
salam..
kpd pembaca blogger sekalian.anda jgnlah emosi sgt. pasal kes rashid ni, perkara kecik jer. Bukan semua org perfect. Rashid pun x perfect. Anda pun x perfect.
Tapi dlm kes ni,rashid telah kalah.Anda pun dah puas hati.Saya pun puas hati. Kekalahan rashid mungkin disebabkan personaliti dia yg tidak digemari oleh sebahagian mahasiswa.
Tetapi saya percaya, disebalik kekalahan tersebut, rashid dpt menimba 1 pengalaman. Rashid ni sepanjang yg saya kenal orgnye mmg berbakat. Dia seorang yg kritis dan byk membaca. Dia juga bagus dlm melakukan keje2 spjg menjadi RExco MPP. Jadi, pengalaman dan kebolehan rashid x boleh dipinggirkan begitu sahaja.
Saua sarankan, barisan kepimpinan baru yg akan diterajui oleh sdr.Akmal Madzir supaya menawarkan tempat Rexco mpp kpd rashid supaya dia terus dpt memberi sumbangan atau khidmat kpd MPP secara x langsung UPSI sendiri.
Mengenai tingkahlaku rashid yg dikatakan lazer atau mulut celupar, saya mengakui perkara tersebut. Diharap, rashid dpt menerima pandangan ini sbg bekalan utk jadi pemimpin di masa hadapan. Saya juga menasihatkan rashid supaya sentiasa senyum, pergi ke surau, jgn sombong dan angkuh. Cuba menjadi "humble". Insyaallah mahasiswa akan boleh terima anda. Mungkin anda tidak sedar selama ini tingkah laku anda diperhatikan. Jadi ubah la sikap tu.Insyaallah anda boleh. Sebab anda berbakat.
Selamat Maju Jaya Rashid...
ai...rashid...naza..
knp nk boikot naza plak??die ok ape..weh, korg terpikir x??bdk2 ni prktkm sem7, so, rs2 nyer, mpp mane akn trun padang utk handle konvo bdk y nk grade nnt??
salam..
tol gak ko ckp ek..
apa la..so keputusan undi dah kuar baru nak fikir..tapi masih belom terlambat k..
Post a Comment