October 20, 2008

Mahasiswa mahu penyelewengan PRK lalu turut diperjelas



PRK lalu yang penuh dengan pelbagai tuduhan negatif menjadi satu tanda tanya di kalangan mahasiswa apabila mantan YDP MPP sesi 2007/08, saudara Raimi Rahim mendedahkannya dengan mengutus surat kepada Harakah, sebuah akhbar parti politik. Kebanyakan mahasiswa masih belum menyedari akan pendedahan ini kerana bimbang dilabel sebagai pembangkang sekiranya didapati menyimpan akhbar tersebut. Sebelum ini Upsikini melaporkan bahawa mahasiswa mempersoal pendedahan tersebut. Terbaru, Upsikini diminta oleh beberapa pengirim e-mel yang mahu isu itu turut diperjelas selain isu penyelewengan wang MPP. Dalam pada itu, pihak yang bertanggungjawab digesa untuk telus dan jangan sekali-kali menganggap mahasiswa tidak ambil peduli tentang hal-hal ini. Seorang mahasiswa semester 1 yang ditemui sebagai berkata, beliau merasa terkejut dengan isu-su ini kerana suasana UPSI yang dilihat tenang sebelum ini rupa-rupanya dipenuhi dengan pelbagai masalah dalaman yang pada pandangan saya begitu besar dan perlu diberi perhatian seajarnya.
Seorang lagi responden yang ditemui berkata, semua isu yang berlaku merupakan perkara biasa dalam berorganisasi tetapi apa yang penting ialah pihak yang berkenaan perlu professional dalam menanganinya supaya warga UPSI khususnya mahasiswa diperjelaskan perkara tersebut dalam keadaan yang terkawal.
Isu penyelewengan PRK yang lalu menjadi satu artikel yang hangat diperkatakan awal bulan lalu.

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum..rasa tertiraik dgn cerite y disampaikn..

sy hrp sgt kepada sapa y pernah menbaca berite ini di akhbar..bacalah dengan tenang dan fikir-fikirkan lah..

dah terang lagi bersuluh bahawa terdapat kesalahan yang nyata dalam laporan tersebut..

sebagai contoh..nama Timbalan Naib Canselor..

fikir2 kan lah..dengan hati yang tenang..

selamat mengundi..jadilah pengundi yang bijak..

Anonymous said...

salam, saya setuju bahawa ada beberapa fakta dalam kiriman emel kepada harakah tersebut yang tidak tepat. Moga-moga mereka yang menyiarkannya juga bertanggungjawab. Jangan sehingga menjadi ajen fitnah. Mantan Presiden juga harus ke depan dan menafikan tuduhan tersebut. Barulah adil.

Asrul aka YaGaMi LaiTo said...

assalamualikum.

saya berpendapat dengan dua pengkritik sebelum ini. saya merasakan mantan Presiden dan barisan MPP bangun dan menafikan pernyataan tersebut. fitnah ini akan memburukan nama UPSI. wsalam