October 16, 2008

Calon menamakan wakil calon masing-masing

Pada hari ini semua calon dikehendaki menamakan semua wakil calon masing-masing bagi membolehkan wakil-wakil calon tersebut terlibat dalam aktiviti kempen. Setiap calon hanya dibenarkan menamakan wakil calon masing-masing sebanyak 5 orang selain pencadang dan penyokong. Kesemua wakil calon yang didaftarkan kepada pihak Sakretariat akan diberikan tag sebagai tanda bahawa mereka adalah wakil calon. Proses menamakan calon dibuka pada jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang tadi. Upsikini dilaporkan tiada sebarang masalah berlaku sepanjang proses ini.
Percubaan sistem e-voting akan dibuat esok pada jam 10.00 pagi di Bilik Seminar Bangunan Bitarasiswa yang akan dihadiri semua calon dan wakil calon.

9 comments:

Anonymous said...

salam.
Tahniah kerana berjaya mewujudkan blog PRK UPSI ini.Sebagai bekas mahasiswa UPSI yg baru shj bergraduat, saya terpanggil untuk berkongsi dengan calon dan wakil calon sekalian.
Memandangkan PRK masih menggunakan sistem e-voting, ketelusan sistem itu masih diragui kerana sistem itu boleh dimanipulasi oleh "golongan berkepentingan" (NC,TNC HEP)untuk memenangkan calon Aspirasi. Usahlah anada percaya 100% ke atas sistem ini. Saya menyarankan agar calon dan wakil calon berkumpul esok untuk menyatakan perlunya wakil calon berada di "main sistem" atau main komputer e-voting ketika Hari Pengundian.
Berdasarkan pada PRK yg lepas, ternyata berlaku penipuan e-voting di mana ia telah dimanipulasikan. Saya sarankan agar calon dan wakil calon HARUS berada di main server ketika hari pengundian bagi melihat sendiri "real time" pembuangan undi. Wakil calon perlu memantau sepanjang tempoh pengundian supaya jumlah pengundian tidak di tipu.
Percayalah, sekiranya anda tidak bertindak sedemikian, sekali lagi pihak HEP akan melantik Pengawas baru untuk menjadi Majlis Perwakilan Hal Ehwal Pelajar.
Saya tidak yakin campur tangan pihak Naib Canselor sebagai "master election" dalam e-voting dapat memperlihatkan PRK kali ini putih suci. Calon harus berani melakukan saranan saya ini. Jika tidak, mebazir air liur sahaja berkempen. Masa, wang dan tenaga juga membazir.

Salam Perjuangan...
ams

Anonymous said...

Kenapa perlu dipertikai e-voting? Selalunya yang mempertikaikan ialah pihak pembangkang. Sebagai contoh, mereka selalu mempertikaikan yang PRU tidak adil dan menyalahkan SPR bila mereka kalah. Tetapi bila menang mereka tidak kata pula SPR tidak adil?

Saya ingin menarik perhatian pembaca, kali pertama e-voting diperkenalkan di UPSI, siapakah calon-calon yang menang? Ada juga calon yang beridealisme pembangkang menang. Tidak timbul isu ia boleh dimanupulasikan.

Sedarlah wahai calon-calon, yang menentukan kemenangan ialah undi oleh rakan-rakan anda yang lain. Jika anda kalah, itu bermakna anda masih belum menarik perhatian rakan-rakan anda yang lain.

Sehubungan dengan itu, hang jebat mengucapkan selamat mempengaruhi rakan-rakan anda yang lain mengundi anda. Selamat ber pilihanraya

Anonymous said...

wahai hang jebat..waktu e-voting kali pertama diadakan siapa TNC HEP ketika itu? Siapa pegawai HEP ketika itu?Hang Jebat kena kaji dulu sebelum melontarkan pandangan. E-Voting telah diragui pada PRK lepas. Apa yang berlaku semasa zaman MPP04/05 ketika e-voting pertama kali diperkenalkan memang terbukti berlaku ketelusan. Tetapi Aspirasi masih tidak mampu menang. Waktu itu demokrasi amat subur sekali ketika dipimpin oleh En.Husyaini bekas Ketua UPP dan En.Azman L Kadir bekas Pen.Pendaftar HEP. HEP tidak menyebelahi mana2 kumpulan calon baik Aspirasi mahupun Pro Mahasiswa. Hasilnya Aspirasi tidak mampu menyapu bersih walaupun duit datang berhujan-hujan daripada UM-BN.
Hang Jebat kena tau sejarah dahulu.Selepas kekalahan demi kekalahan berlaku, akhirnya KPT menghantar "Giant Killer" mereka daripada UPM iaitu Prof.Dato DR.Abdullah Al-Hadi menjadi TNC HEP. Maka bermula kemasukkan Dato Dr.Abdullah AL-Hadi, aspirasi barulah boleh bernafas. Itupun setelah Pro Mahsiswa memboikot PRK 05/06. Dengan itu Aspirasi mulalah bertapak dan mendapat layanan kelas pertama daripada Prof.Dato Dr. Abdullah Al-Hadi.
Kesimpulannya Aspirasi tidak lah kuat mana pun.. Melainkan mendapat bantuan daripada HEP..Harap Hang Jebat dpt penjelasan.

Anonymous said...

Pada tanggapan saya ketoyong amat meminati PRK di UPSI. Sebelum saya komen ingin saya membetulkan sedikit fakta yang ketoyong nyatakan.

Ketika itu En Husyaini merupakan bekas penolong pendaftar UPP dan En Azman L. Kadir pula ialah bekas Kaunselor di Unit Kaunseling HEP.

Saling tegur menegur untuk kebaikan bersama dan fakta yang benar.

Berbalik pada isu pokok, mungkin kita boleh akui yang Aspirasi tidak sekuat mana, tetapi adakah ProMahasiswa juga sekuat seperti yang dijangka? Ataupun hanya pandai berkokok sahaja?

Dan jika ProMahasiswa menang pada kali ini, maknanya sistem e-voting itu telus?

Semua ini cakap-cakap orang yang tewas. Kalau kalah mulalah salahkan itu, salahkan ini dan tidak nampak yang salah ialah diri sendiri.

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, cara untuk menarik undi rakan-rakan mahasiswa yang lain adalah lebih penting. Jika kita disokong oleh rakan lain, kita akan dapat undi yang banyak.

Selamat mengundi

Anonymous said...

terima kasih hangjebat kerana membetulkan fakta.ada juga kebenaran apa yg saudara lontarkan.Saya ingin sahaja turun membantu raakn2 di upsi utk PRK kali ini.tp sayangnya terpaksa membantu ibu dlm keadaan uzur. sememangnya yg 'menang jadi arang, yang kalah jadi abu'..setiap kekalahan boleh diterima andai ketelusan itu benar2 telus.saya berharap kemenangan bersama pihak yg benar. daripada kabar yg saya terima, kumpulan pro mahasiswa telah membentuk pelapis sejak PRK yg lepas.saya yakin setidak 11 calon yang ada, 9 orang pun dah kita alhamdulillah..Harap HEP menjadi telus...

Anonymous said...

Saya doakan agar kesihatan ibu saudara bertambah baik. Saya puji sikap ketoyong yang berbincang dengan penuh keterbukaan. Sikap ini lah kita perlu ada dalam sikap mahasiswa.

Walaubagaimana pun, perumpaan yang ketoyong gunakan iaitu menang jadi arang, yang kalah jadi abu tidak saya setujui. Sebagai mahasiswa yang matang, baik menang atau kalah sepaptutnya bersama-sama untuk memajukan universiti di msyarakat. Kini UPSI dipandang lekeh setelah kes mahasiswa kita lambat dipostingkan.

Sehubungan dengan itu, kita perlau berganding bahu untuk menaikkan nama baik upsi di mata umum.

pesan jebat - bersatu kita teguh, bercerai kita roboh

Anonymous said...

hang jebat
Pada pandangan saya, 'ketoyong' menggunakan pepatah yg 'menang jadi arang,yang kalah jadi abu' kerana itulah adat bertanding. Agak sukar untuk mewujudkan perpaduan dikalangan mahasiswa UPSI khususnya yg beragama Islam kerana ada diantara mereka yg menolak ISLAM.
Senang cerita ASPIRASI lah. Adakah kita perlu sokong PENGANJUR MAKSIAT spt Konsert Digi? Adakah kita mahu menyokong PEMBODEK HEP??Adakah kita mahu menyokong pemimpin yg tidak tahu MEMBELA KEBAKJIKAN MAHASISWA??
Semestinya tidak kerana mereka (ASPIRASI) suka 'menangguk di air yg keruh'. Contohnya isu posting yg dilaung2kan sebagai usaha atau pencapaian ASPIRASI mendapatkan posting.Padahal ia adalah hasil kerja keras pentadbiran UPSI khususnya TNC Akademik dengan pihak KPM yg menguruskan segala2nya. Tetapi dgn muka x malunya ASPIRASI 'claim' bahawa itu kejayaan mereka..CEhhhhhh pooodahhhhh!!!!!
Percayalah setiap kali PRK perkara sama akan diulang2 sebagai manifesto mereka. Inilah ciri Aspirasi menangguk di air yg keruh.
Seperkara lagi, di mana Kampus Baru di Proton City??Apa sudah jadi??Janji hanya tinggal janji. Sampai bila mahasiswa UPSI hendak duduk di Muzuim ciptaan penjajah ini???? Sudah 10 tahun berlalu.Yg ada hanyalah pagar batu + besi sahaja.Tanah yg gersang menanti utk dibangunkan. Mahasiswa makin bertambah.Tetapi masih duduk belajar di Muzium SITC.Aspirasi penyokong kerajaan. Tapi sayang, Kampus Sendiri tidak diperjuangkan.Malah sibuk nak tutup Fakulti Pendidikan Universiti lain yg sudah 'well established'.eeeee...xtau malu..sedarlah level UPSI kat mana oiii....
Jadi sedarlah kpd bakal MPP yg baru.Janganlah byk beretorik. Utamakanlah kebajikan mahasiswa dahulu.Jgn lupa,Perjuangkanlah Kampus Baru supaya generasi yg akan dtg menghargai perjuangan anda...
Cukup2la mainkan isu posting yg sudah pasti akan posting...
Aku nak Kampus Baru kpd MPP baru...
Aku nak Kampus Baru kpd MPP baru...
Aku nak Kampus Baru kpd MPP baru...
Aku nak Kampus Baru kpd MPP baru...
Aku nak Kampus Baru kpd MPP baru...

scodeng said...

wei kelamin said..kau ingat senang nak kampus baru..bukan cipta rumah kotak kau tau x. ambil masa lebih kurang 20 tahun kok..kau..kat UPSI tak der level..kau ni sebenar mahasiswa\i universiti mana?..cakap sedap mulut jer..klau UPSI tak der level sbb orang macam kau la.bukan nak bela UPSI tapi kutuk lebih2 pulak...dah dapat belajar kat muzium upsi..bersyukur sajelah...asyik salahkan kat MPP yang diwakili calon Aspirasi jer..sedar lah sikit....apa kat kalau kau bagi komen2 yang bernas dan menjadi tatapn yang sedap didengar...

kau ni tau2 jer Asprasi x jaga kebajikan..mana bukti tunjukkan bukti..kalu x tau jangan cakap kosong jer..pandai cakap x bukti tak der..MPP Aspirasi setahu aku dah banyak jugak bejuang..tpi ada seketikanya x dipedulikan oleh org yang btjawab..macam kau ni..kutuk lebih2 kat MPP buat per.?..biasalah manusiani kan org yang berada dibarisan atas senantiasa dipersalahkan atas kelakuannya..sedangkan kuman yang jauh kita nampak, sebesar2 gajah didepan x nampak..tu la orang panggil rabun ayam...baik kau jadi macam kucing..kucing malam boleh lihat sbb matanya cerah....kelamin, kelamin apa nak jadi dengan kau ni asyik mengutuk jer..jadilah orang yag baik sikit budi bicara..sekian

Anonymous said...

ingin saya memperbetulkan fakta Hang Jebat. memang betul ketika e-voting pertama En Azman merupakan kaunselor ketika itu, tetapi en husyaini bukannya pen. pendaftar UPP ketika itu. Harap maklum.