October 20, 2008

Anak didik individu yang terlibat dalam penyelewengan didedah

Upsikini hari ini menerima e-mel yang mendedahkan calon-calon yang dikatakan sebagai anak didik individu yang terlibat dalam penyelewengan wang MPP yang dilaporkan Upsikini semalam. Dalam e-mel tersebut, beliau menjelaskan bahawa sememangnya kumpulan Pro Aspirasi masih wujud tetapi tidak menggunakan nama tersebut dalam PRK kali ini. Buktinya, mereka menggunakan taktik kempen yang sama dan penyokong yang tidak berbeza corak sokongannya seperti PRK sebelum ini ketika berkempen. Beliau meminta agar mahasiswa menilai calon-calon ini sebelum memberi undi kepada mereka. Calon-calon yang didakwa sebagai anak didik individu yang terlibat dalam penyelewengan tersebut adalah Abdul Rashid bin Husain, Nor ‘Ain binti A Razak, Muhamad Nazarul Hazwan Abd Razak, Munirah binti Ab Wahab, Azmi bin Mohamad Sofian dan Syaiffuldin bin Mohamad. Pada sesi MPP yang lalu, mantan YDP MPP merupakan proksi kuat beberapa individu yang terlibat dan atas dasar itu beliau dilantik sebagai YDP MPP. Ulasnya lagi, ini merupakan perancangan yang begitu tersusun bagi melenyapkan kes ini. Dalam perenggan terakhir e-mel tersebut beliau sekali lagi menyarankan mahasiswa menolak pemimpin yang dinyatakan kerana mereka ternyata anak didik Pro Aspirasi.
Kiriman lain yang diterima mengatakan bahawa kes ini tidak perlu diperbesarkan kerana ia adalah kes lama dan isu basi yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu bertujuan memenangi PRK kali ini semata-mata. Tambahnya, kes itu tidak ada kena mengena dengan kepimpinan MPP yang lalu kerana itu di luar bidang kuasa MPP. Beliau juga meminta agar mahasiswa tidak mudah percaya dengan taktik kotor ini kerana MPP yang akan naik sesi ini tidak langsung mempunyai kaitan dengan individu yang didakwa menyeleweng wang tersebut. Beliau walau bagaimanapun optimis, calon yang berkelayakan akan menang pada PRK kali ini meskipun dilabel sebagai Pro Aspirasi.
PRK kali ini memperlihatkan satu suasana yang begitu sihat apabila calon-calon bijak menggunakan peluang berkempen sepenuhnya walaupun bukan dalam sesi rapat umum.

2 comments:

Anonymous said...

assalammualaikum wbt...

utk perhatian upsikini,sy kenal sgt2 dgn bbrpa nama yg telah di utarakan di atas nun...mmg x dinafikan bhwa mereka ini mempunyai hubungan yg akrab dgn "beliau" tu...
wlaubgmnapun, tidak wajar tuduhan tersebut dilemparkan kpd mereka. mmg lah ade pepatah mengatakan "kalau kite bsahabat dgn penjual minyak wangi,kita juga akan berbau wangi"...tp, xsmestinya nama2 tsebut tu pon terlibat sama dlm "jenayah" tu...
rambut sama hitam, tp isi hati lain2...
konklusinya, tuduhan tu x adil utk org2 tu...kenal dahulu hati budinya,sebelum mengadili seseorg...

wallahu'alam....wassalam...
-ukhuwah fillah abadan abadaa-

p/s:x baik fitnah org.nk exam ni nk kne bersihkan hati..so, fitnah tu bile nk mintak maaf dgn tuan/puan nye bdn..??
-alfitnatu assyaddu minal qatl-

Anonymous said...

xbaik memfitnah. ianya umpama makan daging saudara sendiri. bayangkan anda makan daging mak anda, ayah anda. baik le minta maaf cepat2. dosa dengan Allah boleh diampunkan oleh Allah tetapi dosa sesama manusia sampai ke mati. kenapa manusia suka mencari dosa kering....