Tanjong Malim, 7 Jan- Persatuan Pendidikan Islam UPSI (PPI) ingin mengajak kepada seluruh warga UPSI untuk sama-sama mengecam tindakan Mesir yang menyekat bantuan ke Palestin dan tindakan kerajaan negara itu yang bersekongkol dengan Israel menindas umat Islam di sana.
Dalam email yang dikirimkan semalam, Presiden PPI UPSI, saudara Muaz Abdul Hamid menyatakan bahawa seluruh warga UPSI perlu membantah tindakan kerajaan Mesir menghalang anggota konvoi Viva Palestina di Pelabuhan El-Arish, yang mahu menghantar bantuan kemanusiaan seperti makanan, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan bernilai lebih AS$1 juta kepada rakyat Gaza.
“Saya ingin mengajak kepada seluruh warga kampus tanpa mengira agama dan bangsa untuk kita sama-sama memberikan sokongan kepada rakyat Gaza dan mengecam tindakan Mesir yang menyekat bantuan kemanusiaan oleh anggota konvoi Viva Palestin.
“Saya juga ingin menyeru kepada semua untuk kita sama-sama mengadakan solat hajat dan berdoa sama ada secara bersendirian ataupun berjemaah agar Allah membantu rakyat Palestin yang dalam kesusahan akibat tanah air mereka dirampas oleh kerajaan haram Israel,” katanya.
Dalam pada itu, Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan MPPUPSI, Adriyani Yamin berkata bahawa Isu Palestin ini adalah isu nasional dan perlu diambil berat oleh semua .
“Isu Palestin ini menuntut kita untuk kita sedar bahawa umat Palestin ini telah ditindas sejak dahulu lagi. Tanah air mereka dirampas, anak-anak kehilangan ayah, isteri-isteri menjadi janda, rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal. Lebih malang lagi, kerajaan haram Israel tetap berkuasa tanpa ada sekatan dari mana-mana pihak terutama daripada negara-negara Islam."
“Ke mana perginya solidariti kita umat manusia dalam memberikan sokongan dan bantuan atas dasar ihsan kita nsesama manusia. Sudahlah tanah mereka dirampas, mereka dinafikan pula bantuan untuk makanan, kesihatan dan pendidikan yang menjadi asas kepada seseorang manusia itu,” tambahnya lagi.
Terbaru, Kerajaan Mesir telah menghalang anggota konvoi Viva Palestina di Pelabuhan El-Arish, yang mahu menghantar bantuan kemanusiaan untuk rakyat di sana. Selain itu, dua hari lalu pasport mereka juga dirampas Kerajaan Mesir sehingga memaksa mereka hanya duduk beramai-ramai di pelabuhan sehingga pasport dipulangkan semalam.
2 comments:
pandanglah sekitar sebelum menjauhkan pandangan...
bagus cadangan ini untuk mengecam tindakan mesir...kenapa kita tak lakukan perkara seumpama ini semasa hak posting pelajar upsi...perjuangkanlah....lakukan piket
Isu dunia semakin kritikal..apa yang saya lihat sekarang, berbalik kepada isu agama juga..boleh dikatakan jika berlaku kekecaman disebabkan oleh ada yang ingin memusuhi agama Islam.
Post a Comment