Tanjong Malim, 31 Jan. – Perdebatan siapa yang bakal menjadi calon terbaik untuk menyandang kerusi nombor satu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI mula menjadi buah mulut ramai pihak.
Terbaru, UPSIkini dimaklumkan calon yang menang tanpa bertanding di tiga kerusi etnik Jumaat lalu tidak berminat untuk memegang jawatan dalam Majlis Tertinggi MPP seperti yang ditawarkan Mahasiswa Pendidik namun menegaskan supaya kerusi nombor satu MPP haruslah di kalangan calon Umum.
Pendirian tersebut mengesahkan lagi keddukan mereka yang tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak dan mahu kekal sebagai bebas.
Walau bagaimanapun, perebutan kerusi YDP mungkin menjadi lebih rumit meskipun apabila calon yang mendapat undian tertinggi dalam kerusi tersebut merupakan calon wanita.
Dalam keputusan pengundian bagi kerusi Umum Khamis lalu, calon kerusi umum yang memperoleh undian tertinggi adalah Shaiha Bt Sulaiman dengan undian sebanyak 5051 undi, lebih 126 undi berbanding Nik Azrul Nik Kamarudin dari Mahasiswa Pendidik yang memperoleh 4925 undi.
Kedua-dua calon tersebut dikatakan antara yang bakal mengisi jawatan nombor satu MPP, menurut pendapat beberapa pemerhati.

2 comments:
Apa kata kalau jawatan MT dipegang oleh mereka dari calon umum..yang menang tanpa bertanding tak payah la nak pegang...
Dalam pimpinan Islam sendiri, lebih afdhol pemimpinnya adalah lelaki dan wantita menjadi pembantunya... Saya sokong jika nik naik jadi YDP, lagi pula bakat kepimpinannya mengalir dari jawatannya dalam PMS selaku YDP...
Salam buat semua mahasiswa!
dari praktikum students
Post a Comment