Tanjong Malim , 21 Januari - Penamaan calon bagi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) sesi 2009/2010 akan bermula esok bertempat di Bilik Seminar Bitarasiswa. Seluruh mahasiswa kampus disarankan agar turun melihat bagaimana perjalanan Pilihan Raya Kampus pada kali ini seterusnya menilai bakal calon yang akan bertanding.
Dalam hal berkaitan, hari penamaan calon esok akan bermula pada 8.30 pagi - 5.30 petang melibatkan penamaan calon dan ses bergambar pada 8.30 pagi - 11.00 pagi , 12.00 tengahari pengumuman calon layak bertanding , 2.45 - 3.45 tempoh rayuan dan bantahan serta penarikan diri pencalonan seterusnya berakhir dengan taklimat kepada calon dan wakil calon.
Dalam pada itu, tempoh antara penjualan borang dengan hari penamaan calon pada kali ini begitu singkat iaitu sehari berbanding sesi lepas selama 2 hari dan timbul tanda tanya kenapa tempoh itu disingkatkan berbanding sesi lepas seterusnya menimbulkan kesukaran kepada bakal calon bertanding untuk menguruskan borang.
Mediawan UPSIkini bertemu dengan seorang bakal calon dari Fakulti Bahasa pada petang tadi dan beliau menyatakan bahawa, "tindakan menyingkatkan tempoh waktu penjualan borang dengan hari penamaan calon adalah cubaan pihak tertentu untuk membuat kami kelam kabut dan saya jangka calon-calon 'mereka' tela diberitahu lebih awal.
PRK pada kali ini dijangka akan berlaku pertembungan antara dua pihak yang dikatakan bakal mencorak suasana pilihan raya kampus pada kali ini.
1 comment:
ala...suh org sokong mcmner?ptptn kitaorg pn x msk2 lg nk suh kitaorg sokong...mne p nye wakil suara kami bila kami memerlukan prtolongan? Ptptn boleh wat bnda mcm ni kt kami tp ade ker MPP sblom ni brada brsama kami untuk brsuara? Semuanya takut untuk brsuara. Klu takut baik tak payah jadi pmimpin kami. Kami dah jelek ngan manifesto2 wakil mmp lps yg smuanya tak boleh bikin. Hal kcik ttg ptptn ni pn x leh selesaikn mcmne nk jd wakil utk selesaikn mslh2 besar? Harapan sy mmp akan dtg tak brmasalah spt sem ni...truk!!!
Post a Comment