Tanjong Malim, 26 Jan. – Penggunaan nama ‘Mahasiswa Pendidik’ yang digunakan beberapa calon dalam cogan kata mereka dijelaskan Ketua Penerangan Pro Kebajikan sebagai pendekatan baru dalam membawa visi dan pemikiran baru di kalangan pengundi – bukan menggantikan nama Pro Kebajikan.
Beliau berkata, nama ‘Mahasiswa Pendidik’ digunakan bagi tujuan membuka minda pengundi ke satu tahap yang lebih tinggi dalam memilih pemimpin mereka dan bukan menggantikan Pro Kebajikan.
Ditanya sama ada AMI sudah dimaklumkan tentang perkara tersebut, beliau berkata AMI telah pun dimaklumkan melalui wakil mereka dan penetapan menghantar kurang calon pada PRK kali ini juga telah dijelaskan.
“Pihak kami (Pro Kebajikan) telah memaklumkannya kepada wakil AMI namun mungkin mereka belum ada pertemuan sesama mereka dan tak dapat nak beri penjelasan kepada semua ahli AMI”,jelasnya.
Mengulas tentang keputusan menghantar kurang calon pada tahun ini beliau berkata keputusan itu dibuat selepas meneliti semua data dan kajian yang telah dijalankan serta saranan beberapa pihak untuk kita menghantar calon yang benar-benar mempunyai kredabiliti untuk menggalas tugas sebagai pemimpin palajar.
“Keputusan ini keputusan bersama, Biro Politik dan Risikan juga ada buat kajian, AMI juga ada bagi saranan, jadi kita pilih yang benar-benar mempunyai kredabiliti untuk bertanding dan menjadi suara sebenar mahasiswa di sini”,ulasnya.
Terdahulu , Presiden Alumni Mahasiswa Islam (AMI) UPSI yang juga merupakan mantan Ahli Majlis Tertinggi Pro Kebajikan mempersoal kewajaran kumpulan terbabit menukar nama dan menghantar kurang calon dalam PRK kali ini.

1 comment:

- betul ker? apa penanda arasnya.. tudung yg labuh ke? atau projek yang pernah dijalankan..
- kenapa takde pun calon di sini yang tampil dan membuktikan yang korang betul2 layak dipilih.. sibuk dengan menifesto, janji yang akan diadakan pada masa depan.. ( belum tentu dilaksanakan.. sekadar berusaha)
- kami harap calon2 dapat membuktikan apakah kerja-kerja atau projek yang telah dijalankan sepanjang korang bergelar pro kebajikan.. kalau setakat berjanji semua org boleh apa.. pikir2 kan lah.
- kalau free nanti boleh tak ahli lembaga pengarang blog ni mempamerkan pretasi terkini calon2 yang ada.
apa pun gud luck.. all the best
Post a Comment