January 31, 2010

TNC HEP&A jumpa calon menang malam esok

Tanjong Malim, 31 Jan – Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (TNC HEP&A) Profesor Dr. Shaharudin Abd Aziz dijadual akan membuat perjumpaan tertutup bersama semua calon yang menang dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) UPSI esok.

Perjumpaan tersebut dikatakan bertujuan bagi memberi taklimat berkenaan pembentukan kabinet Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang diramal bakal menjadi polemik di kalangan warga UPSI terutamanya dalam menentukan kerusi nombor satu MPP.

Dalam pada itu, pertemuan tersebut juga dijangka akan memperjelaskan berkenaan kes cop palsu yang menjadi perhatian ramai pihak termasuk pemerhati daripada IPTA lain.

Dalam perkembangan berkaitan, esok akan berlangsung pengundian bagi kerusi etnik cina yang menyaksikan pertandingan antara Lee Kok Heng dan Lok Yun Lai.

2 comments:

Anonymous said...

Salam

Inilah keadaan semasa PRK. Semua dok pentingkan jawatan tetapi bila timbul masalah posting semua senyap tidak berani kehadapan. adakah kamu menjadi pemimpin demi kepentingan peribadi? Untuk melancong? Mana wakil MPP sesi 05/06..Tolong selesaikan masalah posting kami.

Anonymous said...

belajar la dulu.. kalut dok pikiaq posting tu buat ap.. banyak keja lg boleh buat.. ni la orang melayu (kalu melayu la).. manja.. hasil dari tarbiyah BN la kot..