January 15, 2010

Mahasiswa Pendidik kecewa dengan tindakan KPM

Tanjong Malim, 15 Jan- Mahasiswa bidang pendidikan terutama di Universiti Pendidikan Sultan Idris melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang menarik semula beberapa bantuan makanan kepada pelajar-pelajar sekolah.

Menurut Exco MPP dari wakil Pro Kebajikan, Norhisham bin Che Hamid, penarikan semula bantuan ini sesuatu yang mengecewakan dan melihatkan ketidaksungguhan kerajaan dalam membantu rakyat.

“Kami selaku bakal pendidik amat kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh pihak KPM dalam hal ini. Di mana kah kesungguhan pihak kerajaan dalam memberikan bantuan terutama dalam bidang pendidikan ini? Saya kira sewajarnya perkara ini diberikan perhatian yang serius terutama dalam mendahulukan rakyat.

“Paling mengecewakan kami adalah apabila Rancangan Makanan Tambahan (RMT) juga telah ditarik sementara waktu. Seperti mana yang kita tahu, RMT ini adalah bantuan untuk pelajar-pelajar miskin. JIka bantuan ini tiada, apakah mereka perlu berlapar sehingga habis sesi persekolahan,” katanya.

Menurut seorang lagi mahasiswa pendidik yang ditemui, Mohd Zahar bin Mohamad berkata KPM perlu menangani perkara ini dengan bijak dan mendesak agar bantuan-bantuan ini diberikan semula dalam kadar yang segera.

“Kita dapat maklumat ada pelajar-pelajar yang tinggal di asrama perlu pulang setiap minggu dan jika ingin tinggal di asrama, mereka perlu membayar RM 8 sehari. Saya kira perkara ini sangat tidak wajar dan membebankan. KPM perlu bijak dalam menangani perkara yang melibatkan rakyat. Kami selaku bakal pendidik Negara pada masa depan, ingin mendesak kerajaan supaya mengembalikan semula bantuan yang ditarik ini dengan kadar yang seberapa segera.

Mulai 2010, pihak KPM dikatakan telah menaikkan yuran makan asrama daripada RM 1 kepada RM 3 bagi ibu bapa yang berpendapatan RM 5000 dan ke atas. Lebih mengecewakan KPM dikhabarkan menarik semula Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bagi pelajar-pelajar miskin. Bagi yang tinggal di asrama, subsidi kerajaan telah dikurangkan dari 24 hari kepada 20 hari sebulan.

14 comments:

Anonymous said...

kerajaan nampak macam terdesak je

Anonymous said...

RM 2 BILLION KPM POTONG PERUNTUKAN UTK BHGAN ASRAMA SEKOLAH SELURUH MALAYSIA MENYEBABKAN SEMUA PELAJAR PERLU PULANG SETIAP MGGU-SUMBER PENGETUA SEKOLAH N KPP HEM JPN..

Anonymous said...

pasni kene naikkan harga barang lain plak. bodoh!

Anonymous said...

apa dah jd pd kpm?takkan nak biarkn pelajar sekolah berlapar?sy wakil kpd pihak pndidik begitu KECEWA thdap kpm..

Anonymous said...

Kita same2 la berdoa agar ekonomi negara kita akan pulih seperti biasa..

Anonymous said...

Salam Sejahtera,

Mohon maaf sebab mungkin komen ini berupa pendapat yang tidak sehaluan dengan komen-komen yang saudara kita lain utarakan dalam blog ini. Saya juga tergolong sebagai mahasiswa pendidik yang bakal menjadi guru kelak. Saya berpendapat bahawa seharusnya, mereka yang menggelar Mahasiswa pendidik lebih profesional dalam mengemukakan sebarang pendapat. Tindakan mempersalahkan KPM semata-mata seolah-olah menuding/melemparkan kelemahan sendiri kepada pihak KPM. Kemukakan sebab musabab kenapa KPM berbuat demikian. Nyatakan fakta yang benar dan bukti agar komen-komen yang diposkan dalam blog ini tidak mengelirukan pembaca, sekaligus membentuk sikap prejudis kepada mana-mana pihak secara tidak langsung. tq

Anonymous said...

ada sumber ke ni?? BUdak upsini balik2 salahakn KPM.....UPSI tu bawah KPT bukan KPM kalau dah terdesak sgt jgn la amalkan budaya meghentam KPM...

Anonymous said...

ada la masalah tu.. korang jgn nak kecewa je.. xdpt posting kecewa,kecewa plak dgn dpli.. mcm tu je la bdk2 upsi asyik kecewa jer..korang yg bakal guru x tau lagi mcm mane keadaan dkat sekolah-sekolah skrang ni.. baru bakal guru dah mcm nentang kerajaan.. mcm mane la nak dpt posting.. HAMBAR...

Anonymous said...

kerajaan xdak duit oiii... duit dibazirkan untuk projek yang x mendatangkan apa2 pada rakyat, contoh, formula 1... ckp saja rakyat dapat jana ekonomi, padahal yang makin kaya golongan kroni, dpt hasil drpd projek2... inilah hasil sokongan kita selama ini, nasib rakyat x terbela...

Anonymous said...

jgn la nk hentam kerajaan konsep 1MALAYSIA 2 dh lma kerajaan amal xtolong lg ke yg duit ko kedarah(makan) 2 apa banda PTPTN 2 pinjam gan ceti ka....banda ni akan selesai jgn nk risau la yg pnting tumpu pa stdy...ni asyik xpuas ati ja apa la nk jd..kpda gol yg suka mhentam kerajaan 2 pkr2 la sama jgn biar diri jd mcm gol yg bkenaan 2 la paham2 sndri la...hentam2 kerajaan tp nk jgk kmudahan apa yg ada kn pelik...

Anonymous said...

DAH LA BUDAK2 UPSI.. UPSI DAN JADI ANTI KPM..PASTU DUK MERAYU-MERAYU MCM DAH KURANG WARAS NAK DPT POSTING.. KPM MESTI BYK BACA KOMEN2 DR BLOG NI.. BILA BACE KOMEN2 CAMNI LAGI LA DIORANG TAK TOLONG..KORANG NAK JADI GURU.. GURU BWH KERAJAAN.. SO BEPIKIR LA DENGAN WARAS DAN JGN ASYIK ANTI GOV N KPM...

Anonymous said...

ramainya org KPM kat sini... mempertahankan seratus peratus majikan mereka...

EH said...

saya pelajar UPSI amat dukacita dengan segelintir pelajar yg hanya tahu mengkritik...kita belajar di upsi untuk menjadi warga pendidik...jadi kita perlu memikirkan pro dan kontra terhadap sesuatu perkara..bukan melihar kontra...ini bukan budaya UPSI...UPSI KINI perosak minda mahasiswa...sepatutnya kita kene bersatu demi UPSI yang 1....jangan cepat terkejut dengan sesuatu perkara....UPSI KINI perlu dilupuskan!!!!!!!media ini perosak dan penghasut ideologi mahasiswa....klu UPSI KINI byk kan papar tentang isu bagaimana hendak menambahbaikkan PENDIDIKAN MALAYSIA lagi bagus dari mengecam....

Anonymous said...

Pandangan saya ialah Ibu bapa yang kaya harus membayar makanan anak walaupun pendidikan percuma diberikan di sekolah asrama penuh! Cuba bayangkan anak-anak pensyarah kanan, prof madya dan prof yang bergaji RM6,000 - RM16,000 (kalau dah pencen dan kerja lagi di UPSI, mereka mendapat lebih RM20,000) menghantar anak ke asrama penuh dan bayar RM1 sehari utk makanan. Ini dipanggil ekspoloitasi wang rakyat. Pahala mereka akan terhakis di akhirat sambik anak mereka makan secara mengekploitasi wang rakyat! Makanan RM1 atau percuma, kalau diberikan kepada pelajar-pelajar asrama yang berasal daripada luar bandar, memang merupakan satu kebajikan yang merupakan amalan mulia oleh KPM. Perlu bezakan mereka yang memerlu dan mereka yang mengeksploitasi. Wassalam.